Mak jodohkan aku dgn gadis psitif HIV, Maha Suci Allah, kasih sayang yang lahir dalam hati saya ni memang ikhlas bukan berlandas nafsu semata.

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca, bila baca confession, banyak pulak cerita yang menunjukkan kesampahan lelaki.

Suami cuurang dengan jiran, suami pkul isteri, suami tak straight, sesak jiwa saya. Jadi, rasa terpanggil nak kongsi cerita saya di sini. Harap dapat memadam sedikit rasa tsayat dalam kalangan wanita tentang perkahwinan.

Saya Din. Tahun ni umur 30. Saya duda. Kem4tian isteri 5 bulan lalu. Arwh isteri saya biarlah saya namakan sebagai Nina. Saya dan Nina punya jarak jauh beza usia. Dia 38. Kami kahwin atas dasar pilihan mak saya. Mak saya suka sangat dengan Nina.

Mak kata Nina baik, Nina hormat orang tua, Nina pandai masak. Serba serbi baik senang cerita.

Dan sebab Nina ni kecil molek orangnya, tak nampak yang umur dia hampir 40. Kami nampak macam sebaya. Bila mak kata nak jodohkan saya dengan Nina, saya serba salah.

Sebab saya dah ada girlfriend masa tu. Kami belajar sama-sama kat U, tapi dia junior saya. Saya panggil dia Ita. Mak tak tahu pasal Ita sebab saya plan nak bagitahu pasal kami bila Ita dah habis belajar.

Tapi bila mak dah keluar cerita pasal Nina, saya macam blur kejap. Mak asyik push saya untuk cuba kenal & kawan dengan Nina.

Sebab mak dah berkenan sangat. Pendekkan cerita, sebulan lepas mak sampaikan hasrat nak bermenantukan Nina, mak saya men1nggal. Mak memang dah lama s4kit.

Sayalah yang jaga mak selama di hspital. Mak kenal Nina sebab berjiran katil kat hspital.
Bila Nina melawat mak dia, berbual-buallah dengan mak saya.

Tu yang suka sangat dengan Nina. Lagi pulak mak saya ingat saya memang tak ada sesiapa, lagilah mak saya nak sangat kami kahwin. Lepas mak pergi, saya buat istikharah. Saya tak nampak Nina, tapi saya nampak mak.

Setiap kali buat istikharah, saya nampak mak. Sebak gila rasa sebab saya memang ikhlas n sayangkan Ita. Tapi istikharah tu? So saya ikut jawapan istikharah. Saya pilih Nina. Ita menangis teruk.

Ita kata saya kena s1hir Nina sebab saya sanggup tinggal Ita yang dah bertahun bercinta demi Nina, seorang anak dara tua. Entah.

Saya pun tak tahu nak explain apa kat Ita. Ita minta saya pergi berubat n dia sanggup tunggu sampai saya sihat balik, tapi dia minta saya jangan kahwin dengan Nina.

Saya pesan kat Ita, jangan tunggu saya. Ita berhak dapat lelaki lebih baik. Klisè sangat kan jawapan saya. Macam drama pkul 7. Tapi saya memang nak dia bahagia walaupun tanpa saya.

Persiapan pun dibuat. Meriah giila. Sebab Nina anak sulung yang telah dilangkah bendul 3 kali. Jadi parents dia excited sangat n nak buat majlis grand kiranya. Saya ikutkan jek.

Kemuncak cerita bila pergi pejabat agma untuk interview sebelum kahwin. Biasanya, sampul keputusan ujian drah akan dibuka oleh pegawai pejabat agma depan bakal pengantin.

Masa tu saya dah selesai interview. Tetiba pegawai agama yang interview Nina panggil saya masuk bilik dia dan terbongkarlah segala kisah. Nina H1V+.

Nina menangis macam budak kecil masa tu. Pegawai agama minta saya fikir baik-baik apa langkah seterusnya. Terpulang pada saya nak teruskan atau batalkan perkahwinan.

Bila masuk kereta, saya tengok Nina. Tapi saya tak tahu nak cakap apa. Nina minta maaf sesungguhnya. Nina kata dia b0doh sebab dia ingatkan dia boleh tipu saya tentang ini.

Nina lupa yang ada ujian drah segala sebab dia hanya nak tutup mulut makcik-makcik bawang yang sibuk tanya bila nak kahwin sedangkan hakikatnya dia tak patut kahwin pun.

Dah tu, saya pak sanggup ke? Yaa Tuhan. Bala apa pula kali ni. Saya rasa frust sangat.

Jawapan istikharah ni membawa saya kepada musibah ini ke? Saya buntu. Nina cakap, terpulang kalau saya nak batalkan majlis. Lagi sebulan. Nak batalkan?

Nak cakap apa kat keluarga? Saya tanya, parents Nina tahu tak pasal ni. Nina kata, tak ada siapa yang tahu.

Saya teruskan. Saya tak tahu kenapa Tuhan lorongkan hati saya ke pilihan ini. Serius. Bila fikir-fikir balik, macam g1la juga keputusan saya ni. Malam perkahwinan itu saya nangis mengenang nasib yang menimpa.

Sepanjang perkahwinan, lepas solat berjemaah, doa kami adalah supaya urusan kami dipermudahkan, tak kira apa jua kesudahannya.

Saya ajar Nina solat, mengaji. Nina cakap dia suka saya sebab dia selalu dengar saya mengaji untuk mak saya masa di hspital.

Sebab tu Nina cuba sedaya upaya untuk ambil hati mak saya supaya jadikan Nina menantu. Nina cakap, dia tak nak m4ti menderiita sorang-sorang tapi at the same time, Nina tak nak family dia tahu yang dia ada H1V+.

Maha Suci Allah, kasih sayang yang lahir dalam hati saya ni memang ikhlas bukan berlandas nfsu semata.

Semakin hari, saya nampak perubahan Nina. Kuulit Nina mengering macam berkeruping & berbekas hitam. Bila dalam rumah pun Nina pakai lengan panjang & tudung.

Sebab Nina kata dia malu kulit dia buruk. Selalu sangat demam sampai sesak nafas. Nak jalan pun tak larat.

Batuk tak sembuh-sembuh. Sehinggalah dia s4kit terlantar, saya yang jaga Nina sepenuhnya.

Kawan-kawan pejabat Nina semua buat andaian yang Nina kena s1hir sebab tak ada siapa sangka perempuan baik seperti Nina boleh ada H1V+.

Sehinggalah Nina pergi. Selepas Subuh, hari Khamis. Lepas saya mandikan Nina, dia kata dia s4kit perut. Masa tu Nina macam dah boleh bergerak sikit. Saya papah dia ke bilik air.

Lepas siap, Nina kata dia sejuk sangat. Saya selimutkan Nina n masa tu lah Nina n4zak depan mata saya. Tiba-tiba.

Nina sempat minta maaf sebab seolah dia dah aniaya hidup saya n ucap terima kasih banyak kali sebab jaga dia sampai akhir hayat. Nina pergi macam tu jek. Mudah. Tenang. Saya terkelu kejap.

Tak tahu nak rasa apa. Nina pergi bersama aibnya yang tertutup rapat. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun n Penerima Taubat hambaNya.

Oleh sebab Nina masih muda n tak ada history s4kit teruk, so kena buat post mortem untuk claim insurans. Mulanya saya tak nak bagi sebab saya risau kecoh pulak tentang punca s4kit Nina yang sebenar.

Tapi keputusan post mortem menunjukkan yang Nina kena Tibi (batuk kering) sebab pekerjaan Nina yang selalu keluar negara. Even parents Nina pun tak tahu sampai ke sudah.

Jadilah saya duda muda. Perkahwinan kami hanya 5 bulan. Bak kata Nina, Allah hantar saya untuk tutup aib n jaga Nina ke hujung nyawa.

Andai itu takdirNya, saya redha. Semoga Allah tutup juga aib saya n berikan saya ganjaran kebahagiaan di dunia n akhirat. Cinta sejati tu wujud ye, semua.

Saya tak galakkan korang buat keputusan seperti saya sebab saya rasa kisah saya ni rare sangat. 1 dalam seribu kot. Bukanlah saya nak kata saya ni jejaka beriman ke apa.

Cuma mungkin ini ujian untuk saya n alhamdulillah saya berjaya tempuh hingga ke hujung cerita. Now saya dalam proses nak menenangkan diri.

Semoga cerita saya akan jadi semangat buat wanita-wanita di luar sana untuk percaya yang lelaki baik itu masih wujud untuk anda. Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah terakhir.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Mohd Shahidan, Sy ada kenalan yg H1V+. Terkena sebab ddah. Sudah lama dijemput ilahi. Belajar sekolah agma. Bacaan al-quran dia bagus.. byk juga surah hafazan. Tapi sebab keluarga dan peng4ruh rakan.. terjebak jua.

Arwh kena tangkap dan masuk pusat serenti. Emaknya mngal masa dia dalam pusat serenti. Arwh sangat insaf.

Mampu henti ketagihan ddah dgn sendiri. Jadi imam di surau pusatnya. Sehinggalah arwh dpt keluar awal.

Bekerja bersungguh2 merata negeri tapi dibuang selepas tahu dia bekas pen4gih. Masa tu ada gadis tergilakan arwh. Arwh menolak dgn baik. Namun, gadis dan kelurga tersebut berkeras.

Akhirnya kahwin. Dapat anak sorang. Semasa anak masih kecil, arwh s4kit tenat. Dalam kes4kitan menghampiri aj4l.. mulut arwh xberhenti berzikir. Malah menegur sapa2 yg salah baca Al-Quran.

Selepas menghembus nafas terakhir. Arwh diuruskan oleh hspital. Apa yg ajaibnya. Allah maha kuasa.

Isteri dan anaknya bebas H1V.. Isterinya sudah berkahwin lain. Ada anak 2 org. Anak arwh dah sekolah menengah.

Allah maha besar. Allah maha pengampun. Allah maha memakbulkan doa org bertaubat.

Zureen Ahmad, Sesungguhnya masih ada lelaki yg berhati mulia. jadi jangan judge semua lelaki sama ye.

Alhamdlillah semoga confessor diberi ganjaran oleh Allah kerana tunaikan amanah ibu, melindungi dan menjaga wanita yg di saat-saat akhir serta menutup aiibnya. Respect to you.

Adie Oren, Suruh din carik ita, cerita balik a to z, tapi bab h1v tu jgn la cerita, ckp la ni betul2 keinginan arwh mak sebelum mnngal, bawak ita pg tempat dating dulu, belanja kf-c.

Ita msti on balik la..kita merancang, Allah sebaik2 perancang.. So din dapat dua2, ita dapat, keinginan arwh mak dia pon dapat.. Gud luck din, mungkin org ingt awk duda, tapi awk still teruna.. Cayok.

Lela Mokhtar, Sisuami menerimanya tetapi tidak cuba memahami penyaakitnya. Apabila seseorang ada H1V, ada rawatan yg dipanggil HAART yg boleh membantu menyekat vrus H1V dari trrus merebak melemahkan imun sistem yg mendedahkan pada peny4kit yg boleh membawa kepada kem4tian.

Jika isteri tadi nina mulakan rawatan dan tahap vrus xdpt dikesan maka dia xlagi boleh menjangkiti sisuami malah boleh dapat anak yg x dijangkiti.

Sepatut semasa ujian H1V pra perkahwinan, seorang pegawai kesihatan akan menasihatkan bakal suami apabila perkahwinan ingin diteruskan dan menerangkan persoalan rawatan haart tadi dan kepentingannya pada bakal isteri.

Cerita ini menunjukkan pihak yg menjalankan pra perkahwinan tidak mengikut prosidur sebenar tujuan ujian h1v pra perkahwinan dan menyebabkan kematian isteri tidak mendapatkan rawatan.

Stigma dan diskriminasi dari pegawai agama, pegawai kesihatan dan masyarakat masih tebal dan terus menghukom orag yg ada H1V. Kerana itu H1V bukan pembnoh kami tapi diskrimanasi org yg x bertanggungjawab.

Kami yg hidup dengan H1V lebih 20 thn dah ramai ug ada dalam rawatan boleh kahwen suami x jangkit h1v mahupun anak kami.

Iqa Ismail, Ini bukan soal setia atau siapa yang sedih sebab kehiilangan. Kan confessor bgtau yang dia buat istikharah, istikharah ni jawapan dia dr Allah semata kalau confessor btol2 pasang niat masa istikharah. Jawapan dr Allah jgn kita pertikaikan.

Jodoh tu kan rahsia Allah. Kawan seratus tahun sekalipun kalau Allah kata bukan jodoh tu, bukanlah. Salah siapa sebab berkawan, bercinta bagai sebelum confirm apa apa?

Salah kita sendiri. Tak apalah. Kedua dua org berkorban dlm cerita ni actually, so InsyaAllah ada ganjaran yg besar utk diorg. Doa jela yang baik baik.

Afida Aziz, Moga Allah juga menjaga aib kamu Din.. sesungguhnya masuh wujud lelaki sebaik kamu.. beruntungnya Nina di berikan suami seikhlas kamu.. Al-fatihah utk Nina.. moga DIN dipertemukan dgn insan baik sebagai isteri.

Zul Hilmi, Tahniah din krn mampu menjadi lelaki kiriman tuhan utk nina.. Moga diberi ganjarab syurga utk mu… Tp agak kesal sbb nina tak dpt kan rawatan.. Jika tak.. Die xkan jatuh skit mcm tu…rawatan h1v skrg sngat advance.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*