Mlm tu sengaja aku duduk couple seat,dia ckp sng nak dakap aku,dia kena pilih tunang dia atau aku mlm tu.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Assalamualaikum semua. Aku jenab berumur lebih 20 tahun. Dalam hidup setiap orang mesti tak lari dari kisah cinta nak nak umur yang makin meningkat dan serius dalam hubungan tetapi sebaliknya.

Apa yang kita berharap dan merancang tak semestinya akan tertunai. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahuinya. Aku harap kisah aku ni dapat dijadikan pedoman buat kita semua.

Aku baru 3 bulan putus cinta dengan tunang orang. Mula mula kenal,dia adalah orang atasan aku. Aku pun tahu status dia dari awal lagi.

Pada awalnya hanya sekadar kawan dan menghormati dia sebagai bos tetapi lama kelamaan aku mula jatuh hati.

Dia sanggup buat apa saja untuk aku, tinggalkan kerja dia untuk menolong aku,berhabiskan duit untuk aku,bila aku skit dia orang pertama terpacak depan rumah aku.

Cakap apa saja semua benda dia akan buat sampai kerana budi aku jatuh cinta.Kami hanyut dalam dunia kami sendiri bagai dalam dunia ni hanya ada aku dan dia sahaja (jangan fikir bukan2 ya) sampailah prestasi kerja dia menurun dan selalu dimarahi orang atasan kerana hilang dari radar tempat kerja.

Kemana lagi kalau tak hilang ke tempat kerja aku dan akhirnya dia berhenti kerana tak tahan tapi kami masih bersama.

Sepanjang dia menganggur dia tak pernah berubah malah sentiasa ada untuk aku sampaikan hasrat dia untuk meminjm dengan along kerana hutang kereta yang tertunggak lalu aku offerkan diri untuk bagi dia pinjam duit. Apalah sangat banding duit yang dia habiskan untuk aku.

Setelah beberapa bulan dia menganggur, akhirnya dia dapat kerja baru dan dia tarik aku masuk ke company itu. Mula mula aku takut tapi akhirnya aku setuju.

Aku hantar notis sebulan ketempat kerja lama aku. Beberapa minggu lepas itu,dia senyap untuk beberapa hari.

Dan akhirnya aku dapat tahu dia memilih tunang dan keluarga dia berbanding aku. Dia cakap dia sayangkan tunang dia dan keluarga dia dan tak sanggup kehilangan mereka.

Allah saja yang tahu perasaan aku sewaktu itu. Berhari hari keminggu aku menangis merayu padanya sehingga aku tak lalu untuk menguruskan diri.

Jawapan yang diberi pada aku “saya sayang tunang dan keluarga saya”.

Disebabkan aku dah hantar notis berhenti jadi aku terpaksa masuk company yang sama dengan dia.

Aku masih berharap belas ehsan darinya,aku merayu bagai tiada maruah kerana sayangnya aku pada dia. Bekerja satu bumbung ibarat membnuh diri sendiri.

Aku bagaikan orang gla,siang gelak macam tiada apa apa yang berlaku,bila malam menangis kerana tak mampu nak bendung rasa dihati.

Betullah orang cakap, orang paling banyak ketawa tu sebenarnya orang paling sedih. Sehinggakan aku persoalkan pada seseorang kenapa Allah uji aku sebegini?

Senang saja jawapannya, ‘sewaktu kau dan dia,aku tengok kau dah tak jaga solat,balik 2/3 pagi,balik kampung jarang.

Allah hadirkan ujian untuk bagi kau sedar tapi semudah itu kau mengeluh. Semakin berat ujian semakin Allah nak bersihkan.’ Terkesan dihati aku.

Masih segar lagi ingtan aku, hari tu nk tgk wayang cerita Polis Evo 2, tanyangan pukul 8 malam dan 11.20 malam. Sengaja aku pilih midnight. Couple seat.

Duduk paling hujung. Nak lepas kan rindu. Pada hal aku tak layan sgt pon cerita tu. Hanya suka dalam dakapan dia.

Aku alpa, keindahan dan keseronokan yang seketika akhirnya memakan diri aku. Dia tak kacak mana pun, cuma muka dia tu agak manis bila dipandang, ala2 Remy Ishak. Dia pula manis berkata2 dgn aku.

Selama itu aku muhasabahkan diri aku,aku ingat balik selama dengan dia banyak buruk atau baik yang aku dapat.

Sejak itu aku menjauhkan diri dari dia. Aku cuba meminta hutang aku tapi aku dimakinya balik.

Katanya aku tak kenang jasa dia selama dia bantu aku,jadi aku dengan seikhlasnya untuk menghalalkan hutang aku padanya disebab budi.

Semakin untuk pulihkan hati dan bangkit semula, tiba tiba aku dapat whatsapp dari dia mengatakan yang dia rindu dan sayangkan aku.

Dia rindu nak peluk dan dakap aku, malam itu malam paling bahagia bg aku. Hati aku berkobar2 semangat untuk dapatkan dia kembali.

Aku keluarkan balik baju2 yg pernah dia belikan pada aku yg pakai time keluar bersama dia. Yes aku da ready dengan nafas baru, bangkit kembali dgn si dia.

Malam tu aku tidur tak lena, asyik skrol gambar2 lama kami berdua, tengok resit2 makan dan wayang yg pernah aku belnja dia sebelum ni.

Video pon aku masih simpan rakam telatah dia makan shell out. haha.. Comot sangat kalau dia makan ketam ke udang, sbb kulit nk kopek dulu.

Bahagianya aku macam orang gla tapi tak lama selang beberapa hari kemudian dia up status makan bersama tunang tersayang. Rupanya aku diberi harapan palsu.

Ujian Allah untuk aku membuatkan aku makin sabar dan kuat. Akhirnya aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan sambung belajar.

Aku harus kuat,nekad pergi jauh dari dia,bayang bayang dia yang tak kan kembali lagi. Aku akan hantar notis sebulan. Doakan aku tabah dan kuat untuk hadapi selama sebulan selama sebumbung dengan dia.

Rasanya cukup hint suruh aku berhenti berharap. Aku hanya ingin teruskan hidup dan melupakan segalanya.

Makin hari ke hari ke minggu ke bulan aku sedar semua ini ada hikmahNya. Ada rahmat Allah nak beri dan gantikan dengan sesuatu yang kita sendiri tak pernah duga.

Aku semakin cemburu bila lihat status whsapp nya sering kali bertuka tuka makan dgn tunang, berjalan ke sana ke mari, pergi bersama beli cincin.

Aku cuma berangan angan saja masa utk beli cincin dgn dia, tapi malang hint untuk beli cincin pun tak nampak.

Aku fikir dia hanya sekadar berkawan dgn aku untuk melupakan bekas tunang dia sebelum ini. BETUL!!sangkaan aku betul, aku hanya kain buruk untuk dia lap keburukan dan kesedihan seketika.

Dia kembali kepada tunang dia, lagi bahagia aku tgk mereka berdua. Kemana saja berdua.

Betapa besarnya nikmat Allah pada hambaNya sedangkan hambaNya sering alpa dan masih belum merasa cukup dengan apa yang disekelilingnya.

Permulaannya memang aku sering salahkan dia salahkan diri aku sampai satu masa hati aku terasa dijentik oleh Allah.

Allah hadirkan dia dalam hidup kita untuk memberi pengalaman atau pengajaran dalam sebuah hubungan. Aku sedar apa yang berlaku semua ini adalah suratan takdir ilahi.

Bukan aku tak redha dengan ketentuanNya, dan tak mungkin aku mengulangi kekhilafanku lagi.

Zul, aku doakan kau bahagia dengan si dia yg kau cintai, hargai la cinta si dia. Aku perlu lupakan kau, mungkin jodoh kita tak panjang, aku panjatkan restu untuk korang berdua.

Disetiap doaku tak pernah putus mohon padaNya, Allah maha dzat yang bolak balikkan hati ini andai dia bukan untukku.

Moga Allah ampunkan segala dosa dosaku dan dosa dosa dia sepanjang perkenalan kami. Allah uji kerana Allah sayang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*