Tengah bawa kereta buat tik tok dengan Mama keluar mesej, `I pregnant, Macam Mana Ni` , ini tindakan Mama nya

Hidup ini perlu beriringan dengan adab dan akhlak. Setiap tindak-tanduk kita mesti dibatasi dengan waspada dan kesederhanaan. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan hubungan sesama manusia, umumnya.

Begitu juga dengan bergurau senda, jika dijaga adab dan aturannya, ia mampu merapatkan hubungan silaturahim dan menghiburkan jiwa. Tetapi awas apabila kita mula bergurau tanpa peduli akan perasaan orang lain, pasti akan menimbulkan bencana pula.

Baru-baru ini ada seorang remaja pengguna aplikasi TikTok buat ‘prank’ dekat ibunya. Remaja itu seolah-olah seperti tidak sengaja tertunjuk mesej dari seorang gadis berbunyi, “I pregnant, macam mana ni?”. Si ibu kepada remaja terbabit seperti hilang arah apabila melihat mesej seperti itu menyangkakan anaknya telah buat anak orang bunting. Namun itu hanya adalah jenaka atau ‘prank’ mengenakan ibunya.

Video ini mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai, sebenarnya boleh bergurau dengan sesiapa sahay namum kita harus jaga batasan. Jangan disebabkan gurauan bertukar tragedi, menyesal seumur hidup nanti dik. Apa-apa pun ibunya memang cool macam sekepala dengan anak. Kalau orang lain mau kena baling phone tu keluar.

Sebenarnya tidaklah salah jika bergurau, sekadar untuk santai-santai agar dapat membuahkan kedamaian, kegembiraan, keharmonian dan kemesraan. Bahkan bergurau ini dikira sebagai amalan kebajikan apabila kita mampu menyenangkan hati orang lain.

Islam sudah meletakkan garis jelas berhubung perbuatan halal haram daripada segenap aspek termasuk melakukan persetubuhan. Lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang tidak halal baginya iaitu yang belum dinikahinya adalah satu perbuatan zina dan berdosa besar. Bagi mereka yang terlepas daripada hukuman dunia dan tidak bertaubat, penzina digantung dengan kemaluan mereka di dalam neraka sambil dipukul kemaluan mereka dengan cemeti daripada besi sambil dicemuh oleh Malaikat Zabaniyyah.

Kredit: Twitter Astrol AWATNI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Tengah bawa kereta buat tik tok dengan Mama keluar mesej, `I pregnant, Macam Mana Ni` , ini tindakan Mama nya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*