Keluarkan Wang Caruman KWSP Merupakan Satu Cadangan Rasional, Sebab-sebabnya Dijelaskan

Kuala Lumpur: Membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran sehingga RM10,000 adalah cadangan yang rasional pada ketika ini.

Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Wan Norhidayah W Mohamad berkata, langkah itu bagi membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat yang terkesan pandemik Covid-19.

“Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan mendesak ini, tindakan membenarkan rakyat untuk mengurangkan bebanan kewangan dengan menggunakan wang sendiri adalah langkah yang prihatin dan mampu meredakan kegusaran mereka.

“Cadangan pengeluaran ini juga dilihat tidak akan membebankan kerajaan kerana tidak membabitkan dana tambahan yang perlu ditanggung oleh kerajaan sendiri, seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

“Bagaimanapun, cadangan pengeluaran KWSP ini boleh diperhalusi lagi dengan hanya membenarkan golongan yang betul-betul terjejas untuk membuat pengeluaran seperti golongan B40, individu yang kehilangan pekerjaan dan mempunyai tanggungan yang ramai,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, bayaran juga boleh dibuat secara berperingkat, contohnya sebanyak RM500 hingga RM1,000 sebulan yang dikreditkan terus ke dalam akaun individu.

Menurutnya, cara itu dilihat mampu menjamin kelangsungan kewangan mereka (pencarum) sekurang-kurangnya untuk setahun yang akan datang berbanding dengan bayaran sekali gus RM10,000.

Dr Norhidayah berkata, langkah membenarkan pengeluaran KWSP itu membolehkan rakyat berbelanja dan sedikit-sebanyak dapat membantu merancakkan ekonomi negara.

“Keuntungan daripada langkah ini akhirnya akan kembali semula kepada kerajaan.Apabila ekonomi kembali pulih, rakyat dapat menaikkan semula caruman mereka untuk simpanan hari tua,” katanya.

Kredit:HMetro

PM Kata Sukar. Sekali CEO KWSP Bagitahu Cara Lain Selain Keluarkan Akaun Satu

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk membenarkan pengeluaran daripada Akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diblmbangi menlmbulkan masalahh kewangan kepada pencarvm pada masa depan.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias, berkata carvman di KWSP adalah insvrans masa hadapan pencarvm dan jika pengeluaran simpanan dari akaun itu dibenarkan ia bakal membhayakan mereka untuk mendapat perlindvngan itu.

Katanya, pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 tidak seharusnya menjadi satu-satunya cara untuk pencarvm mendapatkan tunai ketika melalui kesvkaran mereka.

“Ketika ini, kerajaan menyediakan bantuan kewangan menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN), BPN SME+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin yang menelann belanja sehingga 55 bili0n untuk kumpulan B40 dan M40 serta kumpulan sasar lain.

i-Lestari

“Malah pencarvm turut dibenarkan untuk mengeluarkan wang akaun KWSP menerusi i-Lestari, dengan lebih 11 bili0n sudah dikeluarkan oleh seramai 4.7 jvta pencarvm, sejak April, tahun ini.

“Justeru, saya menyarankan pencarvm membuat temu janji dengan pegawal Khidmat Naslhat Persaraan (RAS) untuk mendapatkan pelan kewangan mereka ketika berdepan masa svkar ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dilap0rkan berkata, kerajaan svkar membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 carvman KWSP bagi digunakan rakyat yang berdepan wbak C0VID 19.

Kata Muhyiddin, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang Akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbban dengan lmpak ek0nomi akibat penvlaran berkenaan.

Datuk Seri Najib Razak dilap0rkan mencadangkan kerajaan membenarkan pengelvaran caruvman KWSP dari Akaun 1 secara ‘one-off’ sehingga 10,000 untuk kegunaan rakyat yang terjejas akibat C0VID-19.

Respon Orang Ramai

Peniaga kecil mcm aku ni amat perlukan duit utk 3 bulan mendatang ni.. Kwsp tu simpanan hari tua.. Betul.. Tp dgn keadaan skrg ni 10k ni lah yg membantv utk terus hidup melihat hari tua.. Duit sendri je pun.. Sok ek0nomi dah baik boleh menabung smula.. Ape lah.. Dah la bantvan dpat kecik anak.

Duit sendiri pon tak boleh bawak keluar walaupun keadaan terdsak.. Yg hllang keja.. Anak nak sekolah.. Byk lg org nak guna.. Takan dah tua baru cbuk nak bawak keluar.

Buatla syarat2 yg relevant untuk org yg btl2 terksan…agar dpt membantv g0longan sasaran…knp mntah2 men0lak saranan ini sedangkan kwsp adalah duit Dan hak pencarvm….rakyat sedang dlm kesvsahan.

Pengeluaran akaun 1: Pemuda UMNO akan jumpa Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO memohon Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan semula harapan dan hasrat rakyat untuk mengeluarkan simpanan mereka dalam akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sekurang-kurangnya RM5,000.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan juga boleh mengehadkan pengeluaran pada paras RM10,000.

Katanya, rata-rata rakyat merintih dan menyampaikan keluhan serta keresahan mereka tentang kesempitan hidup yang terpaksa dilalui berikutan pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kelangsungan hidup ketika ini.

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan sampaikan secara rasmi harapan rakyat kepada Menteri Kewangan dalam masa terdekat. Cadangan kami berikan kelonggaran pengeluaran hanya ketika rakyat dihimpit kesusahan ketika ini.

“Pengeluaran juga boleh dibenarkan secara beransur-ansur tidak sekaligus. Apabila situasi kembali pulih, pencarum boleh kembali digalakkan untuk menambah semula caruman mereka,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Rata-rata netizen yang membuat ulasan di ruang komen bersetuju dengan saranan Pemuda UMNO dan menggesa kerajaan supaya membenarkan mereka mengeluarkan simpanan akaun 1.

Masing-masing berkata, mereka bukan hendak mengeluarkan keseluruhan simpanan sehingga boleh menjejaskan perancangan masa hadapan sebaliknya tidak melebihi RM10,000.

Perdana Menteri dalam ucapannya hari ini berkata, sukar untuk kerajaan membenarkan rakyat Malaysia mengeluarkan caruman dalam akaun 1 KWSP kerana bimbang mereka akan berhadapan dengan masalah lebih besar kelak.

Sementara itu KWSP dalam kenyataannya malam tadi berkata, akses kepada simpanan akaun 1 bukan satu-satunya cara untuk mendapatkan wang tunai semasa penularan Covid-19.

Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias ​​berkata, kerajaan telah menyediakan banyak bantuan kewangan langsung melalui PRIHATIN, PRIHATIN SME +, PENJANA, dan KITA PRIHATIN berjumlah RM55 bilion untuk B40 dan M40. – MalaysiaGazette

Sumber : BHOnline/TV3/OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "Keluarkan Wang Caruman KWSP Merupakan Satu Cadangan Rasional, Sebab-sebabnya Dijelaskan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*