
Kuala Lumpur: Ibu pengacara terkenal Neelofa iaitu Noorkartini berkongsi luahan perasaan indahnya sewaktu dia mengandungkan anak kesayangannya itu.
Menerusi, perkongsian di Instagramnya, Noorkartini menulis dia berasakan sesuatu yang luarbiasa sepanjang tempoh kehamilannya.
‘Ketika aku mengandungkanmu, aku dapat rasakan sesuatu yang luar biasa. Perjalanan 9 bulan itu amat indah untukku, lahirmu membahagiakanku, memelukmu memberi kepuasan padaku, melihat keletah mu, wahai anak ku.
“Kau tetap anak kecil di mata ku, yang tak jemu aku membelai dan mencium mu, kau lah cinta hatiku @neelofa,” tulisnya berserta emoji hati.
Menerusi hantaran pada kapsyen foto dimuat naiknya sekitar 14 jam lalu, ia menerima lebih 83,000 tanda suka daripada pengikutnya dengan lebih 1,300 komen.
Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Noorkartini dan berasakan luahannya itu lahir daripada ketulusan hati seorang ibu yang sangat menyayangi anak perempuannya.
Semalam, Harian Metro melaporkan Neelofa dikata sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.
Noorkartini yang membuat perkongsian di Instagramnya umpama menjelaskan situasi sebenar mengenai ikatan hubungan anaknya itu dan PU Riz.
“Bismillahirrohmannirohim, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, syukur pada mu Ya Rabb, saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.
“Aku yakin dengan ketentuanmu yang mana insan ini dapat membahagiakanya, menyerikan dan yang akan melengkapi hidupnya, yang akan menyokongnya setiap apa utusannya,” tulisnya.
Noorkartini juga berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak perempuan kesayangannya itu.
Ibu Sahkan Neelofa Dan PU Rizz Bakal Kahwin, Sekali DS Vida Bagi K0men Panjang
Ibu pengacara Neelofa, Noorkartini Noor Mohamed mengesahkan spekvlasi anak perempuannya dirlsik Pu Rizz melalui muat naik foto dan kemas kini di akaun Instagramnya, sebentar tadi.
Kartini mengatakan diirnya bahagia kerana Neelofa sudah menemukan insan istimewa yang bakal membimbing bidadarinya.
“Bismillahhirohmanirohim
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.. aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerlkan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya..
“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn @neelofa ku sayang, jantvng hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,” tulis Kartini.
Sebelumnya, di laman sosi4l beberapa foto Neelofa dan PU Rizz bersama tetamu yang hadir ke rumah keluarganya menimbulkan spekvlasi bahawa ada majlis yang diadakan.
KOMEN DS VIDA
Awani juga melaporkan sumber memberitahu PU Rizz merlsik Neelofa selepas menunaikan solat Asar bersama.
Keduanya dikatakan akan menikah sekitar Mac 2021.
Instagram: @noorkartini
Sumber : GEMPAK/hmetro
Be the first to comment