Terkini!! Elaun Mencari Pekerjaan khas untuk mereka yang kehilangan kerja, ini yang Perkeso tawarkan kepada mereka yang diberhentikan

KUALA LUMPUR: Seramai 90,470 orang hilang pekerjaan bagi tahun ini berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 28 Oktober lalu.

PERKESO menjelaskan, dalam tempoh sama, seramai 33,341 orang berinsurans di bawah SIP kembali bekerja menerusi program penempatan pekerjaan semula PERKESO dan Portal MYFutureJobs.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan penempatan pekerjaan semula termasuk di bawah program insentif pengambilan pekerja Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diuruskan PERKESO ialah 102,025 kes bekerja semula.

“PERKESO ingin menasihati pekerja yang terbabit dalam pemberhentian kerja seperti Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau sebagainya, supaya melayari laman web PERKESO, www.perkeso.gov.my bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung faedah SIP atau PENJANA dan juga tatacara membuat permohonan,” katanya.

Dalam pada itu, PERKESO memaklumkan sedia membantu kakitangan syarikat penerbangan yang terjejas ekoran diberhentikan dan penutupan operasi syarikat, menerusi faedah dibawah SIP serta PENJANA.

Agensi itu memaklumkan, SIP PERKESO menyediakan perlindungan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan penggantian pendapatan menerusi elaun mencari pekerjaan untuk tempoh satu hingga enam bulan.

“Untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerja yang kehilangan pekerjaan, PERKESO menyediakan latihan vokasional dan kemahiran bagi mengukuhkan kepakaran dan pengetahuan mereka.

“Kursus latihan dan kemahiran dibiayai PERKESO sehingga RM4,000 manakala peserta akan menerima elaun latihan sebanyak RM10 hingga RM20 sehari untuk tempoh maksimum enam bulan” kata kenyataan itu.

PERKESO juga katanya, akan menyalurkan bantuan melalui inisiatif PENJANA iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja menerusi platform MYFutureJobs, yang menyediakan latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran.

Katanya, majikan yang menggajikan pekerja melalui program ini, boleh menghantar pekerja mereka menjalani kursus latihan secara percuma untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan tugas baru.

“Seperti kebiasaannya, PERKESO mengambil tindakan proaktif dalam menyalurkan bantuan kepada pekerja walaupun mereka belum mengemukakan permohonan faedah kepada PERKESO.

“Baru-baru ini, PERKESO melaksanakan satu program temuduga terbuka secara maya pada 22 dan 23 Oktober walaupun pekerja belum mengemukakan lagi borang permohonan untuk faedah SIP,” katanya.

Perkeso tawar bantuan pekerja industri penerbangan hilang kerja

Antara faedah SIP termasuk Elaun Mencari Pekerjaan untuk tempoh satu hingga enam bulan, selain bantuan mendapatkan pekerjaan baharu menerusi Program Penempatan Pekerjaan Semula.

Program sama menerusi platform MYFutureJobs di bawah inisiatif PENJANA yang menawarkan latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran turut disalurkan Perkeso, menurut kenyataan itu.

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

  • Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal
  • Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan
  • Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon.
  • Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya

Untuk rekod sehingga Rabu lepas, sebanyak 90,470 kes kehilangan pekerjaan dilapor kepada Perkeso bagi permohonan faedah SIP dan seramai 33,341 Orang Berinsurans di bawah SIP kembali bekerja menerusi program penempatan pekerjaan semula dan Portal MYFutureJobs.

Perkeso turut menyediakan Latihan Vokasional dan Kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja yang kehilangan pekerjaan, dengan setiap kursus dibiayai Perkeso sehingga RM4,000 manakala peserta menerima elaun latihan RM10 hingga RM20 sehari untuk tempoh maksimum enam bulan.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi nombor careline Perkeso di 1300-22-8000, menurut kenyataan tersebut.

Perkeso komited bantu petugas hilang pekerjaan

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersedia membantu kakitangan beberapa syarikat penerbangan tempatan yang diberhentikan daripada industri berkenaan.Menerusi kenyataan agensi itu, faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ditawarkan yang sedia menyediakan perlindungan kepada pekerja hilang pekerjaan.

Ia merupakan penggantian pendapatan di bawah Elaun Mencari Pekerjaan untuk tempoh dari sebulan hingga enam bulan selain dibantu melalui Program Penempatan Pekerjaan Semula.

“Untuk meningkatkan kebolehpasaran, Perkeso turut menyediakan Latihan Vokasional dan Kemahiran bagi mengukuhkan kepakaran dan pengetahuan mereka,” jelasnya hari ini.

Kursus berkenaan dibiayai oleh Perkeso sehingga kos RM4,000 manakala peserta akan menerima elaun latihan RM10 hingga RM20 sehari untuk tempoh maksimum enam bulan.Perkeso juga menyalurkan bantuan kerajaan melalui inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja menerusi MYFutureJobs.

Skim itu turut menyediakan latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran, malahan pihak majikan  boleh menghantar pekerja untuk menjalani kursus ditawarkan ini secara percuma.“Seperti kebiasaan, Perkeso mengambil tindakan proaktif dalam menyalurkan bantuan kepada pekerja walaupun mereka belum mengemukakan permohonan,” kata kenyataan itu.

Bahkan, Perkeso telah melaksanakan program temuduga terbuka secara maya pada 22 dan 23 Oktober lalu meskipun pekerja terbabit belum serah borang untuk memohon faedah SIP.Matlamat Perkeso ujar kenyataan itu, adalah untuk memastkan segala bantuan yang ada, boleh disalurkan dengan kadar segera berikutan banyak kes pekerja yang dibuang kerja.

Berdasarkan statistik agensi itu sehingga 28 Oktober lalu, seramai 90,740 kes disahkan hilang pekerjaan dilaporkan kepada SIP Perkeso bagi permohonan pelbagai faedah di bawahnya.“Dalam tempoh sama, sejumlah 33,341 kes Orang Berinsurans di bawah SIP telah kembali bekerja menerusi program penempatan semula Perkeso dan portal MYFutureJobs,” katanya.

Ini menjadikan bilangan keseluruhan kes berjaya dapat pekerjaan baharu termasuk di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja Penjana diuruskan Perkeso ialah 102,025 kes.Bagi mereka terlibat dalam pemberhentian kerja sama ada Skim Pemisahan Sukarela VSS atau MSS dan sebagainya, dinasihatkan agar segera melayari laman sesawang Perkeso.

Sumber Bernama/Bharian/RJ

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*