
Jakarta: Hubungan pasangan sensasi, Abah Sarna dan isterinya, Noni Navita akhirnya terlerai apabila berpisah selepas 22 hari berkahwin.
Tribun News melaporkan, perpisahan itu berlaku selepas Abah Sarna, 78 menjatuhkan talak dengan menghantar surat kepada Noni, 17 pada Jumaat lalu.
Kakak Noni, Iyan, 29 berkata, keluarganya terkejut selepas mengetahui perkara berkenaan kerana ia berlaku dengan tiba-tiba tanpa ada tanda keretakan rumah tangga dalam hubungan adiknya dan Abah Sarna.
Malah, Iyan memaklumkan Abah Sarna sebenarnya enggan berpisah walaupun sudah menghantar surat cerai kepada adiknya.
“Memang terkejut kerana tiada angin dan ribut, tiba-tiba jadi hal seperti ini.
“Keluarga kami tidak mempunyai masalah dengan Abah Sarna.
“Namun, masalah itu datang daripada Abah Sarna dan keluarganya yang seolah-olah membantah perkahwinan itu,” katanya.
Iyan menyifatkan tindakan dilakukan seperti merendahkan maruah keluarganya.
Katanya, apa yang berlaku juga menyebabkan Noni murung.
“Selepas menerima surat itu, adik saya tidak berselera makan selama sehari.
” Namun, keadaannya kini semakin baik berbanding tempoh hari,” katanya.
Iya turut menafikan dakwaan yang mengatakan perpisahan itu berlaku disebabkan Noni hamil, sebelum mendirikan rumah tangga dengan Abah Sarna.
” Dakwaan itu tidak benar sama sekali dan kedua-dua pihak perlu bertemu untuk membincangkan perkara ini kerana jika tidak, masalah tidak akan selesai,” katanya.
Terdahulu, perkahwinan antara Abah Sarna dan Noni di Subang ,Jawa Barat, Indonesia mendapat perhatian warganet di laman sosial kerana perbezaan usia mereka.
Hantaran diberikan Abah Sarna kepada Noni iaitu sebuah motosikal Honda PCX, tilam dan almari juga menarik perhatian ramai dan tular di media sosial kerana terpaksa diangkut dengan lori ketika majlis perkahwinan mereka.
Abah Sarna dilaporkan memberi mas kahwin termasuk wang 10 juta rupiah (kira-kira RM2,819).
Berita terdahulu,
Cinta tidak mengenal usia. Itu yang berlaku di Subang, Jawa Barat, Indonesia apabila seorang lelaki berusia 71 tahun menikahi gadis berusia 18 tahun.
Bukan saja itu, hantaran diberikan si lelaki kepada isterinya iaitu sebuah motosikal Honda PCX, tilam dan almari juga menarik perhatian ramai dan tular di media sosial.
Apa yang mengejutkan, hantaran itu terpaksa diangkut dengan lori ketika majlis perkahwinan mereka.
Portal Tribunnews melaporkan, perbezaan usia 53 tahun tidak menghalang kedua-duanya disatukan.
Dilaporkan, lelaki itu dikenali sebagai Abah Sarna manakala isterinya bernama Noni berasal dari Bunut Pangsor, Pegaden, Subang, Jawa Barat.
Perkahwinan pasangan itu menjadi tular selepas gambar pernikahan mereka dimuat naik di akaun Facebook Ririn Priyanti.
“Kalian kalah soswet dari si abah, YANG JOMBLO JANGAN IRI (yang bujang, jangan iri hati),” tulis Ririn Priyanti.
Daripada hantaran itu, pernikahan pasangan itu dipercayai berlangsung di Pegaden, Subang.
Malah, gambar yang dikongsi menunjukkan Abah Sarna dan Noni memakai dua pakaian berbeza pada hari bersejarah mereka.
Abah Sarna dan Noni dilihat mesra seperti mempelai bahagia walaupun perbezaan usia yang sangat jauh.
Abah Sarna turut dilihat mengucup kening gadis yang dinikahinya itu.
Noni pula hanya tersenyum kerana tersipu malu selepas mendapat kucupan daripada suaminya.
Di Facebook milik Agus Suyajaya pula, foto menunjukkan mempelai memakai pakaian pengantin berwarna merah jambu.
Malah, turut disertakan gambar hantaran perkahwinan pasangan itu termasuk sebuah motosikal, tilam, almari dan barangan kelengkapan rumah.
Hantaran itu diangkut menggunakan dua kenderaan ke majlis perkahwinan itu.
Sumber Hmetro
Be the first to comment