Pilu dengar kisah gadis dibunuh rakan, Ebit Lew ziarah keluarga Nur Surya, apa yang jadi semasa Ustas Ebit sampai memang memilukan

Prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew bergegas ke Terengganu bagi menziarahi ahli keluarga mangsa pembunuhan kejam itu.

Dalam perkongsian beliau di Facebook sebentar tadi, dapat dilihat kesedihan di mata bapa mangsa, Ismail Muda yang terus memeluk sebalik beliau tiba di kediaman keluarga terbabit.

Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.
Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik.

Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat.

Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga-ebitlew

Prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew bergegas ke Terengganu bagi menziarahi ahli keluarga mangsa pembunuhan kejam itu.

Dalam perkongsian beliau di Facebook sebentar tadi, dapat dilihat kesedihan di mata bapa mangsa, Ismail Muda yang terus memeluk sebalik beliau tiba di kediaman keluarga terbabit.

“Arwah anak yang baik ustaz”

Lebih memilukan apabila Ismail yang berusia 58 tahun meluahkan rasa tersimpan di hatinya berikutan kehilangan Allahyarham yang disifatkan sangat baik dengan menjaga si ibu yang telah terlantar sakit.

“Saya tak dapat lupa ustaz. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser.“Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah,” kata bapanya.

Sempat kongsi kisah nabi

Dalam muat naiknya itu juga, Ebit Lew turut berkongsi kisah ketabahan hati Nabi Yakob A.S kepada keluarga berkenaan sebagai teladan untuk mereka semua.

Pada perkongsian tersebut, pendakwah tersebut juga telah menitipkan sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka semua diberi kekuatan menempuhi dugaan yang berat ini.

Sehubungan dengan perkongsian itu, warganet tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew kerana begitu prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga mangsa bunuh ini.

Mereka juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga Nur Surya tabah menerima dugaan dan berharap agar suspek pembunuhan dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang telah dilakukan.

Sumber: Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*