Anak Zahid Hamidi kehilangan orang yg dia paling sayang. Punca k3matian didedahkan. Al Fatihah

KUALA LUMPUR: “Saya keh-ilangan seorang kakak, seorang wanita yang hebat. Saya amat menghargai kejujuranya menerima saya sebagai madu dalam kehidupannya.

“Kejujurannya, pengorbanannya dan kasih sayangnya tiada tolak bandingnya. Saya akan merindui Kak Zana.”

Itu luahan rasa Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kepada Astro AWANI berhubung berita pemergian madunya, Datin Bahazanariah Baharudin.

Dalam wawancara dengannya sebentar tadi, Nurulhidayah terlalu sebak dan sedih bercerita mengenai pemergian seorang wanita yang kental.

Pem-ergian Bahazanariah atau lebih mesra disapa Kak Nana oleh Nurulhidayah merentap seluruh kekuatan yang ada dalam diri anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.

Nurulhidayah dalam tangisan yang sukar dikawal bercerita bagaimana Allahyarham Bahazanariah bersungguh-sungguh yang memintanya berkahwin dengan suami mereka, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

“Arwah yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengidap k4nser payu dara.

“Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu gambarkan kehebatan arwah. Peng0rbanannya akan saya kenang sehingga ke akhir h4yat saya. Terima kasih Kak Nana atas segala-galanya. Saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang kakak sehingga ke lah4d,” ujar Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Kak Long dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.

Allahyarham Bahazanariah (tengah) diapit oleh Saiful Nizam dan Nurulhidayah ketika menghadiri satu majlis keraian. – Gambar Instagram NURULHIDAYAH

Allahyarham Bahazanariah yang berusia 50 tahun menghemb-uskan n4fas ter4khir pada pukul 4.16 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara akibat k4nser payu dara.

Bahazanariah disahkan menghidap k4nser tahap empat pada Ogos lalu.

Beliau menutup usia semasa dalam tidur dan disedari oleh suaminya, Saiful Nizam.

Menurut Nurulhidayah, beliau dan Saiful Nizam yang bergilir-gilir menjaga Bahazanariah semasa Allahyarham menerima rawatan di hospital.

“Arwah Kak Nana seorang yang sangat positif. Sekalipun dalam kesakitan, beliau sentiasa tabah menerima dugaan daripada Allah, tidak pernah sekalipun Allahyarham mengeluh, bahkan sentiasa mengingatkan diri agar bersabar.

“Inilah keperibadian yang akan saya rindui,” kata Nurulhidayah lagi.

Kisah Nurulhidayah berkongsi suami dengan Allahyarham Bahazanariah sentiasa menjadi rujukan dalam pelbagai perbincangan melibatkan isu poligami.

Ini kerana, hubungan kedua-dua wanita itu amat akrab sekali dan sering dilihat bersama-sama dalam pelbagai acara.

Bahkan, Nurulhidayah dan Bahazanariah juga tidak pernah kekok keluar bersama-sama suami mereka dalam satu masa.

Nurulhidayah juga sering memuat naik pelbagai foto mereka dalam akaun Instagram peribadinya.

Kehidupan bermadu mereka amat dikagumi ramai.

Kata Nurulhidayah dalam beberapa wawancara sebelum ini, beliau dan madunya itu sentiasa mengamalkan sikap diplomasi dan saling memahami antara satu sama lain.

Bahkan, kedua-dua wanita itu juga bertuah kerana suami mereka, Saiful Nizam memainkan peranan yang bijaksana dalam memimpin rumah tangga mereka.

“Kak Nana adalah orang yang sentiasa memberi semangat untuk bergelar isteri kedua. Arwah Kak Nana sentiasa ada di sisi saya ketika saya memerlukan dia pada bila-bila masa.

“Sekali lagi ingin saya katakan, saya kehilangan seorang kakak dan wanita yang sangat hebat. Terima kasih Kak Nana atas pengorbanan kakak. Terima kasih kerana menerima saya dalam hidup kakak. Saya akan kenang kakak sehingga ke akhir hay4t saya,” kata Nurulhidayah lagi.

Jenazah Allahyarham Bahazanariah kini berada di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi.

Anak TPM, Nurul Dan Madunya Patut Jadi Contoh Seronok Berkongsi Kasih

Sebelum ini  Kisah rumahtangga anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 39, sebagai isteri kedua bukan lagi rahsia.

Malahan kehidupan Nurul berpoligami dipaparkan secara terbuka di laman sosialnya hampir setiap hari termasuk menunjukkan gambar atau video hubungan mesra bersama isteri pertama, Datin Bahazanariah Baharudin, 48.

Walaupun wajah kedua-dua mereka sentiasa manis dengan senyuman dalam setiap gambar, timbul juga tanda tanya ‘dalam hati siapa yang tahu’ dalam kalangan netizen dan ada juga yang menganggap kemesraan itu sekadar ‘lakonan’.

Bagaimanapun, Bahazanariah yang selama ini dikenali lebih gemar mendiamkan diri di media sosial telah membuat kejutan apabila memuatnaik posting berhubung perkara ini laman Instagramnya, pada Jumaat.

“Sudah lama saya pendam untuk luahkan rasa hati dan berkongsi sedikit tentang perhubungan kami. Saya tidak menganggap Nurul sebagai madu tetapi lebih kepada seorang adik yang sentiasa mencetuskan gelak dan ketawa bila kami bersama.

“Saya tak pernah ada adik perempuan dan saya anak sulung dari lima adik-beradik yang semuanya lelaki. Nurul, membawa dirinya sebagai adik dengan berhemah,” katanya.

Ibu kepada tiga anak itu memberitahu, mereka berdua menjadikan hubungan bermadu sebagai satu ibadah yang menyeronokkan agar suami tenang menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga.

“Untuk orang luar sana, jangan jadikan saya manusia yang terpaksa jadi jahat. Itu bukan saya. Itu bukan Bahazanariah binti Baharudin.

“Terpulang kepada orang untuk menganggap ini satu hubungan yang berpura-pura. Alhamdulillah kami bahagia. Semoga kami terus kuat dalam menghadapi segalanya demi suami dan anak-anak kami. Saya sayang Nurul dunia dan akhirat,” katanya sambil turut menyayangi suami, anak-anaknya dan anak-anak madunya.

Hubungan Nurul dan madunya seperti adik-beradik.

Sementara itu, Nurul ketika dihubungi mStar Online memberitahu, penjelasan madunya yang dipanggil Kak Nana itu dibuat selepas acapkali diasak pelbagai pihak mengenai sejauh mana kebenaran hubungan baik mereka berdua.

“Orang cakap kami berdua macam berlakon, ramai yang PM (mesej peribadi) dia tanya betul ke? Orang cuba nak melaga-lagakan kami sampai yang tanya, kenapa Nurul 24 jam dengan suami, bila masa pula (suami) dengan akak?

“Itu yang membuatkan dia untuk menjawab, kenapa orang lain hendak sibuk sedangkan dia sendiri okay. Ikutkan katanya, dia sebenarnya tak perlu jelaskan kepada orang mengenai kebahagiaan dia,” katanya pada Sabtu.

Beliau turut mengakui sering dilihat bersama suami kerana mereka juga adalah rakan niaga selain lebih ekspresif berkongsi hal keluarga, tetapi Nurul menegaskan suaminya masih menunaikan tanggungjawab kepada isteri pertama.

“Orang ingat saya yang ‘over’ jadi dia pun ambil pendekatan untuk beritahu orang ramai bahawa itu sebenarnya hakikat dia sayang sangat kat saya, dan dia tak nak orang ajar dia jadi jahat dan ganggu hubungan saya dan dia,” katanya.


Nurul (kanan) bersama suami, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dan isteri pertama.
Dalam pada itu, Nurul bersyukur apabila Kak Nana tampil memperjelaskan apa sebenarnya berlaku antara mereka.

“Tapi kami tak boleh nak tutup mulut semua orang. Ada yang suka dan ada yang tak. Bila dia dah buat macam ni, kalau orang nak kata, katalah. Dia cakap ini kali saja, sebab dia bukan selebriti dan tidak nak disalah anggap mahu kejar glamor,” katanya.

Menyifatkan madunya seorang wanita yang baik dan berhati cekal, Nurul berkata, tiada yang tersirat berhubung permintaan wanita itu supaya jangan mempengaruhi pendiriannya ke arah negatif.

“Tiada tersirat mengenai dirinya tidak mahu menjadi wanita yang jahat kerana dia seorang yang baik. Dan… bila saya hidup berpoligami, bukan saya nak menggalakkan untuk berpoligami. Posting-posting saya bersama dia mahu menunjukkan bahawa walaupun tidak berpoligami, kita sebagai manusia perlu berkasih sayang dan hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Sumber sam sohor

Be the first to comment on "Anak Zahid Hamidi kehilangan orang yg dia paling sayang. Punca k3matian didedahkan. Al Fatihah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*