Dah Empat Hari Kjadian Itu Berlalu, Bapa Siti Surya Akhirnya Buat Keputusan Mengejutkan Ini Yang Buat Ramai Rasa Sebak

Selepas empat hari kjadian yang mnimpa Allahyrham Siti Nur Surya, 19, orang ramai masih tidak putus mendoakan dan mengucapkan tkziah kepada keluarga arwh.

Pastinya bapa Allahyrham, Ismail Muda, 58, antara individu yang paling terkesan. Apatah lagi beberapa gambar Ismail dalam keadaan sayu tular dan menimbulkan rasa hiba orang ramai.

” Saya sanggup hilang harta daripada kehilangannya, kalau nywa boleh dbeli, saya sanggup berhabis harta untuk mendapatkan semula,” kata Ismail.

Begitulah harapan tinggi bapa kepada Allahyrham Siti Nur Surya, 19, terhadap anak gadisnya untuk terus menjaga ibunya, Zaini Musa, 55, yang terIntar ak1bat knser 0tak sejak dua tahun lalu.

Ismail berkata, Siti Nur Surya yang mesra dipanggil kakak adalah harapan tinggi keluarga untuk menjaga ibunya dengan sepenuh masa.

Katanya, adik-beradik arwh yang lain sudah berkeluarga menyebabkan masa untuk menjaga ibunya agak terhad.

Menurutnya, Siti Nur Surya juga menjaga ibunya dengan teliti dan setiap perkara yang dilakukan mengikut jadual waktu.

” Dia akan bagi ibunya makan, mandi, tukar lampin mengikut jadual waktu, malah dia tahu bagaimana untuk membuatkan ibunya tidak bosan walaupun terIntar atas katil.

” Dia tahu keadaan ibunya bagaimana dan melakukannya dengan penuh sabar. Saya percaya tidak semua orang boleh lakukan seperti yang dia buat,”

Ismail berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat di rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong di sini, hari ni.

Menurut Ismail, ketiadaan Siti Nur Surya menyebabkan dia buntu untuk mencari seseorang bagi menguruskan isterinya.

Katanya, dia akan berusaha mencari pembantu untuk menjaga isterinya tetapi perlu berhati-hati dalam perkara itu.

” Saya akan menggajikan seorang pembantu untuk menjaganya tetapi perlu buat keputusan betul dan boleh dipercayai.

” Bukannya saya perlukan seseorang yang sama sebagaimana arwh anak jaga tetapi sekurang-kurangnya ada yang mampu menjaganya,” katanya.

Ambil keputusan untuk berpindah

Ismail berkata, selepas kejadian mny4yat hati men1mpa Siti Nur Surya, dia mengambil keputusan untuk berpindah dan tinggal di rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong.

” Di sini, ramai saudara dan adik-beradik tinggal berjiran dan senang meminta bantuan apabila perlu,” katanya.

Ismail mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang sudi menghulurkan bantuan pelbagai bentuk termasuk sokongan moral.

Dia juga mengucapkan terima kasih diatas kunjungan pendakwah bebas Ebit Lew ke rumahnya semalam.

Menurut Ismail, kehadiran pendakwah itu memberi ketenangan dan menguatkan semangatnya untuk menghadapi dugaan dan ujian Allah.

” Dia datang kira-kira 6 petang semalam. Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan moral beliau dan ia memberi sedikit ketenangan kepada saya dan keluarga menghadapi dugaan dan ujian Allah yang berat ini,” katanya.

Sumber Asiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*