BERITA BAIK! Selain Pengeluaran Akaun 1,Kerajaan Umum ‘Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Berjumlah RM1800, orang bujang pun ada ‘bahagian’!!

BERITA baik! Kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai kepada empat golongan bersasar menerusi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

BPR akan disalurkan bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2021.

Golongan isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan RM1,200 manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 sehingga RM4,000 dan mempunyai seorang anak pula akan menerima sebanyak RM800, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

Kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 sehingga RM5,000 pula bakal menerima RM500 bagi yang mempunyai seorang anak, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan RM750.

“Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula akan menerima bantuan RM350. Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun berbanding syarat sebelum ini iaitu 40 tahun,” demikian menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat petang.

Menurutnya, pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima (peruntukan RM5 bilion) sebelum ini di bawah Bantuan Sara Hidup (BSH).

Selain itu menurut Tengku Zafrul, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan kepada golongan rentan.

Antaranya, kadar bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300; kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500; kadar elaun pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Sementara itu kadar bantuan kanak-kanak keluarga miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga – dinaikkan kepada RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun, atau RM200 seorang anak berumur enam tahun ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga. – Mstar

Akhirnya, Saat Yang Ditunggu Rakyat Telah Tiba. Ini Pembentangan Bagi Pengeluaran KWSP Akaun 1 Dari Menteri Kewangan

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, hari ini.

Ia adalah Belanjawan pertama dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac lalu.

Tengku Zafrul mula pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada 4.23 petang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun membenarkan semua Ahli Parlimen memasuki Dewan Rakyat untuk pembentangan Belanjawan 2021 untuk memberi peluang mendengar pembentangan.

Pengeluaran KWSP Akaun 1

Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM500 sebulan untuk 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli kehilangan pekerjaan. Ahli layak boleh membuat permohonan mulai Januari 2021.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengeluaran itu adalah bagi membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

Menurutnya, mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran akaun satu itu, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga 12,000

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran akaun satu akan melibatkan 4 bilion.

“Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber : TV3/Sinar/OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "BERITA BAIK! Selain Pengeluaran Akaun 1,Kerajaan Umum ‘Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Berjumlah RM1800, orang bujang pun ada ‘bahagian’!!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*