
Kerajaan hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkta, pengeluaran itu adalah bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.
Katanya, mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.
“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion ringgit. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya.
Selain itu, Zafrul berkata, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada sembilan peratus mulai Januari tahun depan untuk tempoh 12 bulan.
“Ini bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay. Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.
“KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.
“Skim ini telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai 11.6 bilion ringgit,” katanya.
RAKYAT MULA MENGADU KEPADA ABAH
Ada yang bersyukur menerima pengeluaran akaun 1 KWSP tetapi ramai juga yang luahkan rasa kecewa kerana jumlah tidak mencukupi. Tambah pula pengeluaran ini bersasar dan bukan untuk semua orang.
Komen Dari Orang Ramai
Minta pertlmbangkan lagi pengeluaran akaun 1 kwsp sebanyak 500 yg bersasar..secara general,rakyat nak sama rata..one off 10k..banyak hvtang dan keperluan nak diselesaikan..masa hadapan adalah masa sekarang..tolong pertlmbangkan sekali lagi..kami berharap dpt dipertlmbangkan.

Disapp0inted dgr bajet 2021 . tk brhrap kwsp tapi harap sgt dgn m0ratarium di lanjutkan even still bekrja tapi gaji dah kena potong kerja pon 3hari je smnggu . Kalau m0ratarium tuh lanjut dpt kurangkan bban . ni pon nk kena mohon tpi bgi yg kena buang kerja jer dh tuh yg mcm sy masih bekerja tapi gaji kena p0tong kaw kaw mcm mne ??? svmpah disapp0inted giler.
Anak minimum 1 org dah ada bantvan..bg yg xde anak mcm mana pulak abah…kami pun ada tanggvngan juga..byr rumah, keperluan asas, mkn minum dll…mohon abah pertimbangkan ye…apa2 pun abah mmg terbaik..tahniah abah dan team kerajaan yg bertungkus lumus utk mencari keputusan yg terbaik buat rakyat..semoga Allah memberi ganjaran buat semua..Amin.

Assalamualaikum abah, Knp pengeluaran acc 1 kwsp tu utk golongan bsasar je..Abis penlaga tjejas? Surirumah anak ramai? Keje gaji skit tggvnggn ramai ni mcm mna. Kenapa kena bsyarat. Mohon buat mcm i lestari… Sape nk keluarkan keluar je.. yg xnk xpyh.
Sumber : Malaysia KINI | FB Muhyiddin Yassin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment