
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi Belanjawan 2021.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.
“Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.
“Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.
“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Jelas beliau, ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021.
Antara inisiaitf lain, Tengku Zafrul berkata, kadar caruman minimum KWSP pekerja turut dikurangkan daripada 11 kepada 9 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay.
“Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.
“KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000,” katanya.
Skim tersebut ujar beliau telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Najib Razak juga ada memuat naik satu posting mengenai pengumuman kerajaan tersebut
Berikut pula reaksi dari orang ramai di posting facebook Najib Razak, di mana ada di kalangan mereka masih tidak berpuas hati
“okay, bukan tak bersyukur. Tapi rm500 tu apa ja la tu. lepas tu utk yg layak jak tu. Sdh la bil letrik dan air banyak tunggakan. pastu ntah kenapa sya dikategorikan golongan m40 walaupun gaji tak smpai 2k pun. dah la ada anak masih baby, gaji pun makin berkurang disebabkan covid ni, lps tu nak beli barangan rumah makanan dan segalanya, ada ibu yg dah berumur 60 keatas, nak tlg bayarkan letrik dan air lagi. Ya Allah, stressnyaaaaa. Tolonglah permudahkan rakyat. Rakyat dah susahhhhhhhh ni
“Astagfirullahal adzhim.. bersyukur la wahai saudara2 ku yang dikasihi sekalian.. daripada tidak ada.. harapkan kerajaan yg dulu, belum tentu korang dapat walau rm10 utk beli kuaci jenama matahari perisa majerin.. sedap makan masa tgk tv3 drama Hotel Del Luna jam 11pm tiap hari Selasa Hingga Khamis.. hari ni pun ada, jam 10pm tv9
“bukan xnk bersyukur dato seri tp tu kn duit simpanan kami..xkn nk guna duit sendiri pon kn mntk izin org lain..600k sahaja yg layak mknenya kami yg golongan sederhana nie xdptlh bantuan tu kan..xpelah bkn rezeki kami yg xterpilih nie…nnti kem slm jelah dgn midin eh dato seri ckp kat dia sepenggal jelah dia jdi pm kut lps nie ade yg undi dia lagi xtaulh kabo camne…tahniah pd yg layak tu..berbelanjelah dgn berhemah yer…
“Yg kena pkp satu malaysia.. yang terjejas satu malaysia.. yg boleh keluarkan duit yg hilang kerja je.. tu pun 600 ribu orang je dapat keluarkan.. berbanding berjuta2 orang pencarum.. kita ni yg memerlukan seolah2 dipandang sebelah mata je.. one off pun takde.. sejujurnya sangat kecewa..
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment