KANTOI KAWAN-KAWAN `PIPON` KETIKA PENJUAL BUNDLE INI SEDANG BUAT LIVE, PENJUAL BUNDLE BAGI PENJELASAN PALING SPONTAN KETIKA DITANYA OLEH VIEWER

Pakaian bundle bukan lagi perkara asing bagi rakyat Malaysia. Malah harus diakui ianya juga mempunyai pengikut tersendiri. Dengan harga yang murah dan kualiti baju yang tinggi serta brand yang bukan-bukan calan-calang, perniaggan menjual baju-baju terpakai yang kebanyakannya diimport dari negara maju ini begitu menarik perhatian ramai.

Trend ini menyebabkan lahirnya lambakan kedai bundle yang boleh di lihat dimana-mana terutamanya di night bazaar seperti Uptown dan terbaru secara online. Ramai peniaga bundle mula menjual baju,seluar dan topi secara online live. Mereka akan adakan penjualan secara ‘bid’ dimana pembeli yang tawarkan harga paling tinggi akan dapat barang yang di ‘bid’ itu.

Baru-baru ini ada satu live baju bundle yang menarik perhatian ramai. Bukan kerana baju atau baju yang dijual. tetapi semasa penjual lakukan live, beberapa rakannya nampak seperti sedang menghisap d4d4hh dibelakang.

Hal tersebut ditegur oleh pengikut yang sedang layari live itu, namun penjual bundle ini mengatakan rakan-rakannya sedang membaiki telefon.

Sejauh mana kebenaran itu, anda boleh saksikan rakaman video live dibawah ini.

Tapi apa sebenarnya pakaian bundle ni.

Pakaian bundle ni sebenarnya pakaian yang terpakai yang diimport dari luar negara seperti US, jepun, UK, korea dan negara-negara eropah lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. inilah yang dipanggil BUNDLE. guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. kita boleh jumpa pakaian tu siap dengan tagging dia lagi. kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai.

Jenis pakaian bundle

Jenis pakaian yang ada dalam bundle macam-macam dari kemeja & t-shirt sampailah ke bra dan girdle. hehehe.. memang 1001 macam jenis pakaian. tapi selain pakaian biasa ada juga bundle kasut, selimut, toto, langsir dan macam-macam lagi lah. selagi benda tu boleh digunakan semula, memang akan dijual sebagai bundle.

Komen Netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Be the first to comment on "KANTOI KAWAN-KAWAN `PIPON` KETIKA PENJUAL BUNDLE INI SEDANG BUAT LIVE, PENJUAL BUNDLE BAGI PENJELASAN PALING SPONTAN KETIKA DITANYA OLEH VIEWER"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*