Rakaman detik2 cemas dua helikopter terhempasss selepas bertembung di Taman Melawati

[??????] ? ?????????? ?????????? ?????? ????? ???????????

Ampang: Helikopter yang terhempas berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati di sini, hari ini,dipercayai bertembung dengan sebuah helikopter lain ketika sedang membuat ujian penerbangan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 11.46 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, kemalangan membabitkan dua helikopter bertembung dan terhempas.

“Terdapat empat mangsa termasuk seorang wanita. Dua mangsa lelaki tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

“Dua mangsa selamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba masih menjalankan operasi di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses selanjutnya.

Ini identiti M4ngsa Yang Terlibat,Bukan Calang Calang Orang

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan identiti dua mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Ampang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.

Manakala, dua mangsa yang terselamat adalah Datuk Ahmad Jauhari Yahya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Tan Chai Elan.

Beliau pada masa sama turut menyerahkan siasatan terperinci kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lokasi kejadian sebentar tadi.

Nahas helikopter: Beberapa dentuman kuat, kejutkan penduduk Taman Melawati – Saksi

Beberapa dentuman kuat mengejutkan penduduk di Taman Melawati, Ampang lewat pagi tadi.Menurut salah seorang saksi, Jeffry Rizal, dia bergegas keluar dari rumahnya selepas mendengar bunyi dentuman tersebut.Sejurus itu, dia melihat dua buah helikopter sedang hilang kawalan.

Sebelum ini Polis mengesahkan identiti dua mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Tan Mellawati, Ampang pagi tadi.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.

Manakala, dua mangsa yang terselamat adalah Datuk Ahmad Jauhari Yahya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Tan Chai Elan.

Rakaman detik-detik cemas

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*