
LUMUT – Golongan ulama dan agamawan perlu duduk semeja bagi bersama-sama mencari penyelesaian serta penawar koronavirus (Covid-19) mengikut panduan al-Quran dan hadis nabi.
Pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, melihat kepada keadaan Covid-19 yang masih belum reda malah terus meningkat, umat Islam tidak boleh terus bergantung kepada usaha sedia ada.
Menurutnya, wabak yang melanda dunia itu bukan sahaja mewujudkan kebiasaan baharu di dalam masyarakat malah turut menuntut pengubahsuaian dalam agama yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.
“Golongan agamawan berautoriti seperti mufti dan sebagainya perlu berbincang semula tentang perkara ini. Kaji balik bersama pakar-pakar Islam yang lain dalam pelbagai bidang untuk mencari jalan penyelesaian.
“Kita tidak boleh selama-lamanya begini dan hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) mereka. Saya sarankan agar kita kembali kepada al-Quran dan hadis nabi dalam mencari penyelesaian terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas mengadakan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh, di Pusat Komuniti Teluk Muroh di sini hari ini.
Mohd Kazim menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh di Pusat Komuniti Teluk Muroh hari ini.
Menurutnya, masyarakat Islam melihat kehadiran Covid-19 menjurus kepada satu bentuk pengubahsuaian dalam bentuk agama sebagai contoh penjarakkan dalam solat sedangkan Islam mementingkan saf dirapatkan.
Dalam pada itu, Mohd Kazim turut mencadangkan agar kaedah perubatan Islam seperti disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW digunapakai dalam membendung serta mencari penawar untuk virus tersebut.
“Kita gunakan ubatan sunnah sebab hari ini sampai sekarang mereka katakan tidak ada ubat atau vaksin sedangkan nabi kata madu itu adalah penyembuh, habbatus sauda adalah penyembuh. Jadi kenapa tidak menggunakan perawatan Nabi Muhammad SAW tersebut untuk menyembuhkan.
“Kenapa kita sendiri tidak yakin dengan ajaran nabi, ajaran al-Quran sedangkan kitalah sepatutnya menjadi duta kepada nabi kita, duta al-Quran kita,” katanya.
Beliau berkata, pakar-pakar dalam kalangan umat Islam perlu ke hadapan menggunakan kaedah dan saranan al-Quran serta hadis dalam mengawal virus ini.
Sementara itu, Mohd Kazim turut mencadangkan agar bacaan zikir tertentu dan ayat-ayat al-Quran yang boleh menjadi penyembuh serta penenang diperdengarkan kepada seluruh masyarakat.
Katanya, pelbagai saluran boleh digunakan sama ada menerusi media elektronik dan media sosial untuk memperluaskan bacaan tersebut.
“Mungkin perkara itu boleh dijadikan sebagai salah satu usaha untuk mengawal penularan Covid-19 dan memberi ketenangan kepada masyarakat,” katanya.
Kerana pendapat Ustaz Kazim yang di anggap janggal dan berbeza itu, seorang doktor telah tampil membidas saranan beliau
Ustaz Kazim telah tampil memuat naik status menjelaskan apa yang di maksudkan sebelum ini
” Salam Asar.. sy hormat profesion doktor dan kesihatan.. salahkah sy hanya bercakap utk menggunakan kaedah yg berlandaskan Al Quran dan Sunnah? Sy akui sy bukan doktor dan sy tak layak bercakap mengenai perubatan..hanya doktor shj yg layak.. nak tau pasal sakit jantung sy mai la kita zoom meeting, kita cerita panjang2 pasai jantung sy…
“Sy x pernah pertikai SOP, solat dimasjid pun sy ikut SOP, disekolah sy kami ikut SOP.
“Tapi salahkah sy bertanya? Kenapa seolah2 ada kelopangan dlm pematuhan..
Ada tya, Ustaz hanya cakap ikut quran ikut hadis.. mana dia nya, mana dia penyelesaiannya quran dan hadisnya? Amboi.. mai la jumpa sy kita bncg pulak panjang lebar. Jumpa pun xnak asyik komplen je.
“Sy x kutuk doktor tp bahasa doktor tidak melambangkan anda sbg doktor.Sains dan teknologi bukan segala2nya doc…
# sy bukan ahli konspirasi
#sy bukan ahli fe
Berikut pula reaksi dari pengikut Ustaz Kazim
“Baguslah begitu, ustaz juga perlu tau, ustaz ada pengaruh, pengikut ustaz ramai.
Kalau boleh elakkan perkara membawa fitnah, perkataan yang boleh menyebabkan silap faham.Sama sama kita doakan frontliner kita terus gagah berjuang melawan virus ini insyaAllah
“Saya rasa ustaz seorang yg sabar. Tapi ada masa kita kena bersuara asbab mereka kadang berbangga dengan ilmu yg mereka ada.. Dr sudut yang lain mereka mungkin kurang memahami nikmat disebalik bergantung pd Al-Quran dan sunnah … Saya harap, Allah berikan mereka termasuk saya sendiri kefahaman agama
“Sbb tu masa sy kluar jemaah tabliq sy belajar tentang iman semua ni asbab nasi asbab ubat asbab covid asbab kite kene ambik asbab tapi yakin yg bgi kenyang Allah yg bgi sembuh Allah tu yg sy blaja masa kluar ngan jemaah tablig blaja sunnah nabi tpi jemaah tabliq awal2 dulu kene fitnah ngan covid.. x pe la semua ni ade hikmah.. cume betul gak ustaz cakap smpi bile nk ikot sop bukan kite x ikot ape kkm cakap cume agak lame dan covid makin teruk x kan kite nk jadikan sop ni tetapan.. mungkin kite kene bersuara sbb da lama sngat masjid x bukak solat jarak da lame sngat… trima kasih ustaz sbb bersuara bgi pihak kami yg jahil ni kang kami yg cakap hbis kene hentam ngan ustaz2 akhir zaman mcm2 hadis kluar.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Be the first to comment