Selepas Elli Suriaty kata filem Syahmi tidak capai “standard”, Shamsul Yusof pula buka mulut, memang tak sangka apa Syamsul cakap

Dilabel sebagai filem yang tidak mencapai standard sebenar, pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Sazli akhirnya tampil bersuara.

Syahmi ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak terasa hati atau terguris dengan kata-kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang seakan mengkritik karyanya.

Menurut Syahmi, dia akui filem MTTM menggunakan modal yang sedikit dan jenis kamera juga tidak seperti yang dipakai oleh kebanyakan pengarah atau produksi filem besar di luar sana.

“Ada betulnya juga apa diperkatakan. Saya tidak menggunakan kamera yang mahal dan canggih seperti filem lain, sebaliknya itulah yang saya selalu guna untuk kandungan YouTube saya.

“Tak mengapa, ini permulaan, saya akan buktikan dalam karya-karya saya akan datang.

“Saya ambil kata-kata itu secara positif,” katanya.

Jelas Syahmi lagi, biarpun begitu, terdapat beberapa pendirian yang perlu dia pertahan dan teruskan.

“Dari segi teknikal ya saya akui, tapi bila dakwa bentuk karya itu sendiri tak capai standard filem, itu saya tak setuju.

“Bagi saya semua pengarah ada karya kreatif masing-masing. Jadi saya takkan ubah cara saya berkarya.

“Selain itu dakwaan mengatakan jumlah tontonan MTTM dipengaruhi populariti juga perlu dilihat dari sudut yang positif.

“Saya rasa popular itu perlu untuk pembikin filem.

“Kita nak jual filem mestilah kena ada followers, kena tahu siapa audience kita, apa yang mereka minat.

“Business is business,” katanya.

Terdahulu, Ellie Suriaty Omar meluahkan pandangannya terhadap filem MTTM menerusi sebuah video di YouTube.

Jelas Ellie, industri tidak boleh meletakkan MTTM sebagai benchmark karya kreatif yang sempurna terutama dari segi teknikaliti.

“Kalau kita sebut teknikal kerja sebagai penghasil fiem, ia tidak mencapai, namun kerana ia popular dan ada fanclub sendiri, mestilah dia berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, pengarah terkenal tanah air Syamsul Yusoff terus memberi kata-kata semangat kepada Syahmi untuk terus berkarya

Sekadar info, sehingga kini, MTTM telah memecahkan rekod apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.

Bukan saja itu, kutipan MTTM juga kini berada di tempat kedua filem terlaris di Astro First selepas Polis Evo.

Susulan Itu,

Kritiikan Ellie Suriati Tentang Filem Mael Totey, Mendapat Perhatian Syahmi Sazli,Dengan tenang Syahmi Balas Begini,Padu kata kata Syahmi

PENGARAH dan penerbit Ellie Suriati memberitahu kejayaan filem Mael Totey The Movie yang berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Ellie berkata, filem tersebut masih belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem.

“Mael Totey ada follower yang ramai, berjuta… tetapi dalam industri kita ada banyak genre filem.

“Kita tidak boleh meletakkan Mael Totey itu sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna.

“Kalau kita nak sebut daripada teknikal sebagai pembikin filem, ia tidak mencapai tetapi oleh kerana ia popular dan mempunyai peminat tersendiri sudah tentu dia berjaya, ” ujarnya kepada mStar.

Tenang dengan kritikan dari Elly, Syahmi Sazli terus menyeru peminat untuk terus melanggan filem Mael Totey di Astro First

“Terima kasih @mstaronlineofficial . Teruskan melanggan Mael Totey The Movie di Astro First saluran 480”

Berjaya Kutip 5 Juta, 12 Hari Tayangan

Wah! Sekali lagi filem pertama arahan Syahmi Sazli kutip sebanyak RM5 juta dalam masa 12 hari sahaja.

Dia yang dahulunya seorang Youtuber, menghasilkan konten-konten yang lucu di saluran Youtubenya itu, kini telah berjaya menghasilkan filem pertama dibawah arahannya iaitu Mael Totey The Movie (MTTM).

Filem tersebut sekali lagi berjaya mencatat rekod tersendiri apabila menerima kutipan bernilai RM5 juta dalam masa 12 hari sahaja. Hebat bukan?

Selain itu, hasil kutipan tersebut berjaya menjadikan filemnya antara yang tertinggi ditonton menerusi Astro First ketika ini.

“RM5 JUTA DALAM MASA 12 HARI TAYANGAN! Sekaligus memecah rekod Astro First filem Hantu Kak Limah. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas sokongan anda yang tidak putus-putus!” tulis Syahmi lagi

Pada mulanya, anak jati Kelantan berusia 25 tahun yang mengusahakan Syahmi Sazli Production ini tidak yakin ada pihak mahu menayangkan filem itu kerana dirinya masih baharu dalam dunia sinematik.

“Saya terkejut kerana tidak meletakkan harapan tinggi menerusi filem ini. Bagi saya, apabila filem ini dapat ditayangkan di Astro First, ia sudah dikira kejayaan besar.

“Alhamdulillah Astro sudi menayangkan filem ini dan berjaya menghiburkan orang ramai,” katanya kepada BH Online.

Atas kejayaan itu, Syahmi bersemangat untuk terus menggilap bakat sebagai pengarah.

“Tidak hanya sokongan pengikut membuatkan saya terharu, malah kata-kata positif daripada pengarah berpengalaman seperti Ghaz Abu Bakar dan Syamsul Yusof membuatkan saya rasa karya dihargai.

“Insya-Allah, saya akan belajar menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini. Saya merancang mengikuti kelas pengarahan kendalian Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) untuk menambah ilmu,” katanya.

Bagaimanapun, Syahmi yang dikenali menerusi segmen drama spontan di YouTube, tidak menolak ada pihak memperlekeh karyanya.

Namun, anak muda ini lebih gemar mengambil sikap tidak peduli.

“Apabila saya dikritik, saya fikir semula, apa tujuan saya buat filem ini? Saya buat filem ini disebabkan galakan daripada pengikut saya.

“Jadi, buat apa ambil peduli kritikan yang tidak membina? Apa yang baik saya jadikan inspirasi dan yang tidak berasas, saya biarkan sahaja,” katanya.

Syahmi berkongsi filem yang membabitkan kos kira-kira RM400,000 itu dihasilkan menggunakan wang simpanannya sejak aktif di YouTube, empat tahun lalu.

“Idea filem ini tercetus selepas lakonan pertama saya bersama Asif Suhaimi dan Yoe Parey menerusi filem Syif Malam Raya mendapat sambutan positif.

“Apabila filem itu berjaya, ramai yang memberi galakan untuk saya menghasilkan filem sendiri.

“Daripada galakan datangnya keberanian. Mael Totey The Movie adalah kisah adaptasi drama dari saluran You Tube saya,” katanya.

Filem Mael Totey The Movie menjalani penggambaran selama dua minggu sejak 12 Julai lalu.

Filem genre drama komedi ini mengisahkan pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha mempelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Mael Totey The Movie membariskan selebriti YouTube iaitu Yoe, Asif, Emaleen Minhad dan Aween Ismail.

Turut berlakon penyampai radio Gegar, Ewan, Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.

Nilai Murni Dalam Mael Totey The Movie

1. Jangan pandang rendah atau mengambil kesempatan terhadap orang lain yang kurang dari segi fizikal dan mentalnya kerana mereka juga perlukan layanan, kasih sayang dan perhatian yang sama daripada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

2. Semua orang boleh berjaya walaupun pada anggapan mata kasar kita mereka mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan. Yang penting, jika mereka diberi peluang semangat dan bimbingan yang betul. Mereka juga boleh berjaya sebagaimana orang lain berjaya.

3. Tidak salah menjadi miskin kerana tiada siapa pun yang mahu menjadi miskin tetapi yang salahnya adalah malas berusaha dan hanya mengharapkan bantuan orang lain semata-mata. Walhal Allah telah mengurnaikan kesihatan yang baik, tubuh badan yang sempurna dan peluang yang banyak disekeliling mereka. Selagi ada kudrat boleh keluar bekerja tidak hanya menanti bantuan.

4. Budaya dan adab resam yang sepatutnya dalam urusan perkahwinan harus ditinggalkan. Antaranya nuat keduri besar-besaran sehingga menyusahkan diri sendiri. Selain itu semasa akad nikah tidak digalakkan bertanya soalan tidak sepatutnya, budaya membatalkan air sembahyang dan cara bergambar keterlaluan dikhalayak tetamu. Secara sinis dan spontan filem ini menegur secara halus tentang budaya-budaya tidak sepatutnya.

5. Ramai yang beranggapan Bahasa Inggeris itu susah dikuasai. Filem ini menepis anggapan sedemikian. Hakikatnya ianya memerlukan minat untuk belajar.

6. Ujian daripada Allah swt tidak mengenal siapa. Adakala kita mungkin tersilap langkah dalam membuat keputusan.

7. Peranan kawan-kawan sekeliling yang baik dan ikhlas berkawan yang boleh membawa kita kembali ke jalan yang betul dan mampu memberi semangat untuk terus hadapi ujian hidup dengan yakin.

8. Buanglah sifat dengki dalam diri. Jangan terlalu mengikut kepuasan hati.

9. Belajar bersyukur dan menghargai pasangan yang sanggup susah senang bersama dan juga menerima kelemahan diri kita.

10. Setiap manusia diciptakan mempunyai perasaan.

Korang layan tak drama pukul 7 di tv3 yang terbaru? Best tak drama tu? Boleh tengok sini —-> drama-cinta-sekali-lagi

Serius dalam tak sedar Sha mengeluarkan air mata di hujung movie hampir tamat. Jika ditanya siapakah pelakon paling Sha suka dalam Mael Totey ini pastinya pilihan Sha adalah watak Teacher, selain cantik Teacher juga tidak kekok berlakon. Pendek kata korang tak akan menyesal menonton filem sulung Syahmi Sazli ini yang jalan cerita dekat dengan masyarakat marhain, jauh daripada golongan kayangan. Lawak spontan pun dapat menghiburkan hati dan sesuai ditonton bersama keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*