Selepas keguguran Siti Elizad terima tawaran daripada wanita untuk jadi madunya dan mengandungkan anak bersama suaminya, tak sangka ini respon Siti Elizad

PELAKON Siti Elizad berang apabila ada segelintir wanita yang tergamak menghantar mesej melalui Instagram bagi menawarkan diri untuk menjadi madunya.

Ujar Elizad, 36, dia kecewa apabila wanita berkenaan berani membuat tawaran berkenaan selepas mengetahui dia mengalami keguguran.

“Saya masih bersedih sebab tiada zuriat dan keguguran, tapi macam mana dia berani tawarkan diri untuk menjadi madu?

“Ada juga yang mesej untuk mengandungkan anak saya dan suami dengan meminta bayaran. Ya Allah… sampai macam ini ya?” luah Elizad kepada mStar.

Isnin lalu, Elizad berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), Oktober lalu.

Sempat Hamil Minggu Lepas, Siti Elizad Sahkan Kandungannya Kini Telah Gugur

Pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin mendedahkan dirinya kini telah keguguran selepas sempat merasai nikmat menjadi ibu hanya seketika.

Menurut, kandungan tidak kuat dan berlaku pendarahan menjadi sebab mengapa dirinya gugur.Perkara itu dikongsi Elizad sendiri menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Perkara itu dikongsi Elizad sendiri menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

 

“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu. Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti. Tapi kandungan tak kuat danbleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,”

Terdahulu, Elizad mendedahkan dirinya telah hamil selepas menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu di hospital swasta.

Biarpun tiada rezeki menimang cahaya mata lagi huatvamsa ini, namun Elizad memaklumkan beliau dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.

“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying. See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa sebak dengan perkhabaran itu, malah tidak putus mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan kelak.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015.

Sumber Mstar/BeautifulNara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*