Usahawan Kosmetik Bergelar ‘Datuk Seri’ Ditahan Terbabit Penyeludupan D4dah Bernilai RM 5 Juta

Umum tahu Malaysia sememangnya popular dengan usahawan kosmetik yang berjaya memperoleh kekayaan menerusi produk yang dijual. Kejayaan dalam bentuk rumah yang besar serta kereta mewah sudah menjadi kebiasaan di kalangan usahawan kosmetik.

Namun lain ceritanya pada kali ini apabila pihak polis telah menahan lima individu termasuk seorang usahawan kosmetik selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan da4dah methamphetamine33 rentas negara dalam dua serbuan di sekitar Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Serdang, Selangor, Selasa lalu.

ezgif-6-86a307353be5

Berdasarkan laporan, pihak polis telah menangkap dua beradik lelaki warga tempatan berumur 25 tahun dan 31 tahun menaiki kereta Ford Mustang menerusi serbuan pertama yang dibuat.

Melalui pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki dad4ah methamph33etamine dengan anggaran berat 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5 juta.

Pihak polis juga turut merampas sebuah kenderaan Ford Mustang dianggarkan bernilai RM500,000 yang didaftarkan di atas nama isteri kepada suspek kedua.

Difahamkan siasatan mendapati suspek berkenaan merupakan seorang usahawan kosmetik di Kelantan dan menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’. Lebih menghairankan, kad perniagaan suspek pertama menyatakan suspek merupakan seorang ‘Datuk Seri’ namun semakan mendapati namanya tiada dalam senarai.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka positif d4d4h dan salah seorang daripada mereka mempunyai 19 rekod jen4y4h lampau.

“Berdasarkan d4d4h yang dirampas, kita percaya mampu membekalkan kepada 253,700 penagih dalam masa sehari dengan mengambil kiraan penggunaan 0.5 gram,” ujarnya.

ice_methamphetamine_bag

Susulan tangkapan itu, katanya, polis berjaya menahan tiga lagi suspek membabitkan dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia berumur lingkungan 32 hingga 43 tahun yang berkhidmat sebagai orang tengah bagi urusan jual beli da44dah.

Selain Ford Mustang, pihak polis turut merampas tiga kenderaan Nissan Almera, kereta MPV Toyota Innova dan kereta Honda HRV serta wang tunai berjumlah RM3,000 yang mana keseluruhan sitaan bernilai RM158,000.

Berdasarkan siasatan, sindiket d44dah yang dipercayai beroperasi lebih lima bulan itu dipercayai menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum diedarkan ke negara jiran. Setakat ini kesemua tangkap4an ditaha4n rem4an selama tujuh hari mulai 11 November hingga 17 November depan dan disi4sat mengikut Seksyen 39B Akt4a Dad44ah Berbah44aya 1952.

Sumber Thevocket

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*