
GARA-GARA menggantung rokok elektronik atau vape di leher ketika menyampaikan anugerah bagi kategori Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABPBH33), pelakon Shahiezy Sam menerima kecaman netizen.
Malah, tindakan suami pelakon Syatilla Melvin itu turut ditegur pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) yang mempersoalkan tanggungjawab pihak produksi tidak menyaring penampilan selebriti tersebut sebelum bersiaran secara langsung.
PHM turut menyifatkan tindakan pelakon itu telah mempromosikan penggunaan vape dalam kalangan masyarakat.
Pengendali akaun Public Health Malaysia membuat teguran di perkongsian Facebook pada Jumaat.
“Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca tv.
“Usah sembang mengenai pematuhan SOP, jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung di TV, ” tulisnya.
Sementara itu, Shaheizy menjelaskan bahawa dia terlupa untuk menanggalkan vape berikutan keadaan kelam kabut sebelum naik ke pentas.
“Terlupa sebab kelam-kabut. Memang sejak dahulu lagi, saya ke hulu ke hilir bawa banyak vape sebab bateri cepat habis, ”kata Sam menerusi laporan Kosmo! Online.
Dalam perkembangan lain, ABPBH33 menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Jumaat.
ABPBH33 penuh kejutan! Haqiem Rusli paling popular… Mawar Rashid dan Zahiril Adzim menang pelakon filem popular
PENYANYI Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 yang berlangsung di Axiata Area Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
Menerima undian hampir 23 juta daripada peminat melayakkan Haqiem membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Nissan Leave berserta trofi.
“Pertama sekali terima kasih Allah atas rezeki ini… terima kasih keluarga saya, harap mereka berbangga dengan pencapaian saya teruatamanya kelab peminat Qiemilio!” katanya.
Penyanyi berusia 22 tahun ini turut memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular.
Bagi kategori lain, Pelakon TV Lelaki Popular dimenangi oleh Ben Amir dan Siti Saleha pula membawa pulang kategori Pelakon TV Wanita Popular.
Haqiem Rusli dan Wany Hasrita.
Dua penyanyi popular iaitu Khai Bahar dan Siti Nordiana membuktikan mereka adalah pasangan serasi apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular.
Penyanyi lagu Hatiku Milikmu itu turut membawa pulang trofi bagi kategori Artis Versatil Popular.
Pengacara program Muzik-Muzik dan Big Stage, Sherry Alhadad memenangi dua kategori iaitu Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.
Sementara itu, penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid mengekalkan kejayaan yang diraih tahun lalu bagi kategori Penyampai Radio Popular.
Penyanyi lagu Canggung Wany Hasrita memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular.
ABPBH33 kali ini mengejutkan penonton apabila pelakon Zahiril Adzim memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular menewaskan Datuk Rosyam Noor, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Zizan Razak dan Zul Ariffin.
Manakala, Mawar Rashid pula pertama kali memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular.
Bagi kategori Artis Baharu Popular, pelakon baharu Isyariana muncul sebagai pemenang bagi kategori wanita dan Chubb-E bagi kategori lelaki.
ABPBH33 dikendalikan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda serta hos segmen karpet merah, Sissy Imann dan Sean Lee.
Persembahan pembukaan dijayakan oleh Khir Rahman, Liza Abdullah, Nora Danish, Joey Daud, Man dan Kaka Azraff menerusi sketsa komedi.
Pentas ABPBH33 diserikan dengan persembahan Faizal Tahir, Elly Mazlein, Syamel, Zizi Kirana dan Dolla, Ernie Zakri dan Hafiz Suip, Azlan Typewriter, Yonnyboii dan Zynakal serta Naim Daniel, Ismail Izzani dan Man Keedal.
Acara turut dimeriahkan dengan persembahan Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo serta pasangan adik-beradik, Liza dan Azlina Aziz bersama Noki K-Clique.
Sebelum ini Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menggesa malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 (ABPBH 33) dibatalkan selepas pihaknya mendakwa menerima banyak aduan berkenaan program yang dijadual berlangsung esok itu.
Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan berkata, sewajarnya umat Islam memperbanyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan diri kepada Allah ketika mendepani w4bak Covid-19.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Be the first to comment