
Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, adalah perancangan kewangan awam paling berani dengan sebahagian besar peruntukan adalah untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat dan ketahanan ekonomi.
Di sebalik kekangan hasil kerajaan berikutan kesan penularan pandemik COVID-19, Belanjawan 2021 disusun teliti dengan fokus untuk membantu rakyat mendepani cabaran semasa, khususnya golongan yang terkesan serta petugas di barisan hadapan.
Bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ dianggap oleh sebahagian besar ahli ekonomi sebagai belanjawan paling kritikal dan amat diperlukan susulan negara ketika ini berdepan krisis berkembar terburuk dihadapi Malaysia, iaitu kesihatan dan ekonomi.
Ahli ekonomi secara umumnya berpendapat Belanjawan 2021 adalah menyeluruh dan meliputi segenap lapisan masyarakat, antaranya isi rumah B40, M40, pekerja dalam pelbagai bidang, belia, wanita, peniaga kecil dan besar.
Individu layak boleh memohon pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1, mulai bulan depan. Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, jika permohonan diluluskan, amaun boleh diakses sebanyak RM500 sebulan itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon, bermula Januari tahun depan.
Najib Razak Tidak Puas Hati Bulan Depan Rakyat Boleh Keluarkan KWSP
Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak kongsikan pendapatnya di laman FBnya tentang pengeluaran KWSP pada bulan depan. Berikut adalah luahannya.
Kenapa terdesak untuk umumkan sesuatu yang tidak memenuhi keperluan?.
Kenapa nak teruskan dengan had pengeluaran RM500 sebulan hanya untuk mereka yang kehilangan kerja sahaja jika ianya tidak memenuhi keperluan dan kehendak ramai?.
Adakah hanya 600,000 warga Malaysia yang hilang kerja perlu dibantu?.
Bagaimana pula dengan mereka yang tak hilang kerja tetapi pendapatan bulanan mereka turun mendedak sebab OT, elaun, point servis, komisyen dan sebagainya dikurangkan atau gaji asas mereka dipotong majikan?
Ramai pekerja juga terpaksa bersetuju dengan majikan untuk ambil no-pay leave atau half-pay untuk membantu kelangsungan majikan.Mereka tak hilang kerja tapi pendapatan berkurang pada masa komitmen bulanan mereka tetap tinggi.
Mengapa pembayaran one off sehingga RM10,000 ini amat diperlukan oleh pencarum dan kenapa ianya perlu diperluaskan kepada mereka yang tidak hilang kerja?.
Antara sebabnya, pembayaran one-off ini sebanyak RM10,000 boleh digunakan sebagai penyelesaian hutang tunggakan mereka seperti bil utiliti, bayaran sewa atau pinjaman rumah, keperluan untuk anak-anak, caruman insurans tertunggak dan sebagainya.
Jika tak boleh buat RM10,000 sekaligus. Boleh bertimbangkan lump sum RM3,000 atau RM5,000 sekaligus. Bakinya dibayar secara beransur setiap bulan untuk 3 atau 6 bulan lagi.
Selain daripada itu, wang “lump sum” tersebut juga boleh digunakan sebagai modal asas untuk memulakan perniagaan kecil terutama sekali bagi mereka yang sudah kehilangan kerja. Sebagai contoh, wang ini juga boleh digunakan untuk membeli peralatan seperti motosikal bagi menjadi pemandu penghantar makanan atau barangan.
Rakyat juga boleh menjadikan wang tersebut sebagai modal permulaan untuk memulakan perniagaan secara dalam talian atau “online business” yang kini semakin pesat mengembang.
Keperluan ini tidak dapat dipenuhi sekiranya dibayar cuma RM500 setiap bulan sahaja.
Sudah tentu, pengeluaran one off RM10k ini dapat membantu Kapt Azrin mengembangkan perniagaan warung Kaptennya. Secara tidak langsung, Mak Cik Kiah juga dapat mengembangkan lagi perniagaan pisang goreng beliau kepada perniagaan air tebu dan sebagainya.
Ramai yang mahu duit lump-sum untuk rolling.Sekali lagi, hanya RM500 sebulan dan dihadkan untuk mereka yang sudah hilang kerja sahaja TIDAK memenuhi keperluan ramai.
Tiada sebab Belanjawan 2021 ditolak – Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz optimis Belanjawan 2021 akan diterima di Dewan Rakyat.
Ini kerana, menurut beliau, belanjawan yang dibentangkan pada Jumaat lalu adalah untuk membantu negara.
“Saya optimis belanjawan yang memberi fokus kepada rakyat dan menjana semula ekonomi negara ini akan diluluskan.
“Kalau belanjawan ini dapat menolong negara, tiada sebab kita tolak,” katanya dalam sidang media di Wisma Bernama, di sini, pada Sabtu.
Sumber: ASTRO AWANI | BHARIAN ONLINE | FB Najib Razak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment