Ramai Tertanya-Tanya Filem Lakonan Mawar Rashid Sehingga Dinobat Pelakon Filem Wanita Popular, Tak Sangka Ini Filem Dia Berlakon Dan Jumlah Kutipan Memeranjatkan

Selain penyanyi Haqiem Rusli yang telah berjaya merangkul Bintang Paling Popular di acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) malam tadi, terdapat satu lagi keputusan yang menimbulkan persoalan.

Ia berikutan keputusan mengenai Pelakon Filem Wanita Popular yang diraih oleh Mawar Rashid sehingga membuat ramai tertanya-tanya mengenai filem lakonannya.

Menerusi carian yang dibuat di internet, Mawar Rashid sebenarnya pernah membintang sebuah filem berjudul Bu Kasih Suci yang diarahkan oleh seorang pengarah wanita iaitu Jeany Amir dan ditayangkan pada tahun lalu.

Dalam filem tersebut, Mawar membawakan watak sebagai Diana seorang wanita bekerja yang bercadang menangguh rancangan kehamilannya untuk menumpu kepada kerjayanya.

Walaupun mendapat sokongan suaminya, Zack (Iedil Putra), ibu mentua Kak Mah (Dian P. Ramlee) tidak setuju kerana ingin menimang cucu lebih awal.

Bagaimanapun, filem berkenaan gagal mendapat sambutan di pawagam apabila hanya meraih kutipan sekitar RM21,000 sahaja.

Meskipun ada yang cuba mempertikaikan kemenangan Mawar, namun harus diingat bahawa pemilihan pemenang ABPBH adalah dibuat berdasarkan undian daripada para peminat.

Jadi, ia tidak seharusnya menjadi persoalan memandangkan Mawar sendiri pastinya mendapat undian terbanyak peminat-peminatnya sehingga dia muncul sebagai pemenang kategori berkenaan.

“2 Minggu Lepas, Abang Mimpi Anje Naik Stage…,” – Mawar Rashid Menang, Raf Yaakob Sebak Kenangkan Jatuh Bangun Isteri Dalam Seni

Suami kepada pelakon dan usahawan, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob ada memberikan dedikasi bersempena dengan kejutan kemenangan yang diraih isterinya itu pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33) malam tadi.

Mawar, 25, mengetepikan calon finalis lain apabila berjaya merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular hasil undian peminat setiannya.

Dalam nada sebak, Mawar yang kini sedang sarat hamil anak kedua di dalam ucapannya turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong selama ini.

Bagi Raf, dia sebak apabila mengenangkan jatuh bangun permaisuri hatinya itu di dalam seni selain turut bermimpi Mawar akan merangkul mana-mana anugerah malam tadi.

Kekal menyokong dari belakang, Raf turut bersyukur atas rezeki yang diterima mereka.

Perkara tersebut dikongsikan Raf menerusi Instagram yang turut mendedahkan perbualan mengenai hal itu.

PELAKON FILEM WANITA POPULAR ABPBH33.

“2 minggu lepas, Abg mimpi Anje naik stage pegang award. Abg bangun pagi, rasa sebak. Abg sebak cos I know your ups and downs dalam industry seni. Allah Swt is fair and today is your day. Alhamdulillah.

“Congratulations my wife. Keep going…keep doing things that you love. Keep inspiring people out there. Jadi lah manusia yang sentiasa memberi manfaat pada orang lain. My support towards your career will never end. Love you my Lady @mawarashid.

“Last but not least thank you so much Team @mawarnizers, @mawarosehq and family yang non stop vote Mawar. Rejeki indah dari Allah Swt. Dia yang mengizinkannya. Syukur Alhamdulillah,” tulis Raf.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga bersama pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael.

Sumber  KopiPlanet.com/mediahiburan

Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*