Tak Pernah Berlakon Tapi Tengok Diri Tercalon, Remaja Pelik Gambar ‘Muncul’ Di ABPBH

Malam berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) telah melabuhkan tirai dengan menobatkan Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popolur. Selain itu, anugerah dalam kategori tercalon juga turut dihiasi dengan wajah-wajah baru.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang pengguna Twitter, Wafiy Rosli mendakwa dirinya tercalon dalam ABPBH sedangkan dia langsung tidak tahu mengenai pencalonan tersebut.

Tercalon dalam ABPBH

Menerusi perkongsian Wafiy Rosli di Twitter, dia agak terkejut apabila mengetahui ‘dirinya’ tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular (ABPBH). Bercerita lanjut, Wafiy mengakui hanya menyedari perkara itu selepas diberitahu oleh rakannya.

Tambah remaja ini lagi, dia mendakwa langsung tidak tahu mengenai fotonya digunakan untuk paparan ‘calon’ bagi kategori tersebut sedangkan dia bukanlah seorang pelakon.

Gambar asal Wafiy

Walaupun tidak merangkul anugerah bagi kategori tersebut, Wafiy mengaku agak berbangga dengan ‘pencalonan’ dirinya dalam anugerah berprestij itu. Sementara itu, Wafiy sempat bergurau sekiranya dia tahu dirinya tercalon, sudah pasti dia akan meminta rakan-rakan di Twitter untuk mengundinya.

‘Saya dah jadi artis’

‘Tak pernah nampak pun’

Di ruangan komen, kebanyakan pengguna Twitter terutamanya rakan Wafiy terkejut dengan ‘pencalonan’ tersebut sedangkan mereka tidak pernah nampak Wafiy berlakon di kaca televisyen. Selain itu, ada yang mendakwa kemungkinan pihak pengurusan ingin meletakkan gambar Dr Hafiz Zainal tetapi tertukar dengan foto Wafiy.

Ada yang kata gambar edit

Sementara itu, ada juga dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa gambar tersebut telah disunting tetapi Wafiy seolah-olah menafikan perkara tersebut dan mendakwa itu adalah foto asal.

Sumber: Wafiy Rosli

Luahan penerbit ABPBH 33 selepas acara itu teruk dikec4m ramai

Memetik laporan Berita Harian, Penerbit Eksekutif ABPBH 33, Nurhul Huda Khalid, memaklumkan penganjuran ABPBH 33 dijalankan mengikut SOP.

“Tidak menafikan, cabaran besar dalam merealisasikan anugerah berprestij ini. ABPBH 33 adalah satu-satunya anugerah yang tetap diadakan dalam pandemik COVID-19…”

“Saya mahu menegaskan, kami mematuhi panduan yang diberikan MKN dan Kementerian Kesihatan…”

Tambahnya, janganlah memandang majlis seumpama itu hanya dari sudut populariti sahaja, sebaliknya lihat manusia daripada sudut manusiawi dimana ramai yang mencari rezeki dalam bidang tersebut.

“Saya tahu orang hanya nampak anugerah dari sudut populariti, tetapi tidak tahu di sebalik penerbitan acara ini. Sebenarnya, kami berkongsi rezeki dengan ramai yang tidak bekerja ketika pandemik COVID-19 menular…”

“Antara mereka adalah pemuzik, penari, pengawal keselamatan, pekerja penyelenggara dan pembersihan serta ramai lagi…”

“Dengan adanya anugerah ini, kami membantu ramai yang hilang punca rezeki. Jadi, janganlah terlalu mengecam, kami pun mencari rezeki kerana inilah sumber pendapatan…”

Sementara itu, pengendali acara, Perunding Kanan Runaway Success, Zurina Abu Bakar, berkata penghayatan norma baharu tidak menolak mana-mana pihak menganjurkan acara asalkan mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa.

“Tidak kira besar atau kecil, asalkan kita patuh SOP, semua itu tidak menjadi masalah.

“Vaksin untuk COVID-19 belum ditemui. Takkan setahun lagi kita hendak menunggu untuk mengadakan acara?

“Kita tahu, dalam tahun ini, ekonomi kita terjejas. Jadi, bagaimana kita hendak rangsang semula ekonomi tanpa adanya acara-acara seperti ABPBH 33,” katanya.

Zurina berkata, asalkan ABPBH 33 dianjurkan mengikut SOP, semua pihak tidak perlu bimbang.

“Dahulu, orang semua takut dengan sindrom kurang daya tahan penyakit HIV. Tapi sekarang, apabila sudah ada ubat, penyakit itu sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita.

“Sama juga dengan COVID-19, hidup kita dalam norma baharu sudah menjadi sebahagian daripadanya,” katanya.

Shirazdeen berkata, penganjur mana-mana acara mengambil risiko dan memastikan keselamatan semua pihak tidak dikompromi, termasuklah ABPBH 33.

Sementara itu, pengendali acara, Perunding Kanan Runaway Success, Zurina Abu Bakar, berkata penghayatan norma baharu tidak menolak mana-mana pihak menganjurkan acara asalkan mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*