Syarat baru keluarkan akaun 1 KWSP memang buat rakyat berang

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi inisiatif i-Sinar.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon, berkata itu adalah antara beberapa syarat yang diputuskan kepada pencarum yang layak memohon program i-Sinar.

“Untuk bantuan kepada pencarum KWSP, sebelum ini dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan sudah membenarkan pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.

“Dalam Belanjawan 2021 pula, kerajaan benarkan pengeluaran Akaun 1 oleh pencarum KWSP dengan beberapa syarat, antaranya ia disasarkan kepada golongan yang terjejas.

“Selain itu, pencarum (yang layak) perlu menghabiskan Akaun 2 di bawah jumlah maksimum i-Lestari terlebih dahulu, baru boleh dikeluarkan Akaun 1,” katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kaedah untuk membolehkan inisiatif pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP turut dinikmati pencarum yang terkesan dalam tempoh pandemik COVID-19, selain mereka yang kehilangan pekerjaan.

Mengulas lanjut, Asri berkata, kerajaan sedang berbincang dengan KWSP mengenai beberapa kriteria lain untuk membantu lebih banyak pencarum yang terkesan menerusi pengeluaran simpanan Akaun 1.

“Kerajaan meminta KWSP supaya memperhalusi dan mempertimbangkan penambahbaikan kriteria pengeluaran.

“Kerajaan akan meneliti semua aspek tentang apa yang boleh dilakukan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara,” katanya.

Perincian i-Sinar diumumkan 18 November – KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan perincian kemudahan akses ke Akaun 1 ahlinya, yang dikenali sebagai i-Sinar dan akan diumumkan pada 18 November ini.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan, hari ini, i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi mendalam bersama pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa, selain memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

KWSP yakin amaun boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April lalu), dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka pendek,” kata kenyataan itu.

i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat mulai bulan depan dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon bermula Januari tahun depan.

Sumber bharian

Be the first to comment on "Syarat baru keluarkan akaun 1 KWSP memang buat rakyat berang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*