
Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menafikan maklumat yang tular menerusi media sosial bahawa “ahli perlu membayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada KWSP.”
Sebaliknya menurut KWSP, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.
“Penggantian semula ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1. Setelah jumlah amaun yang diakses daripada i-Sinar diganti semula sepenuhnya, kadar pembahagian caruman akan kembali seperti biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.
“Amaun penggantian semula ini akan hanya diterima daripada caruman ahli pada masa depan dan bukannya secara bayaran tunai daripada ahli yang menggunakan kemudahan i-Sinar,” jelas KWSP dalam kenyataan di sini.
KWSP turut mengingatkan mereka yang berkenaan bahawa istilah yang tepat dalam konteks itu ialah “penggantian semula.”
“Penggunaan ayat-ayat tidak betul seperti ‘pembayaran balik’, ‘bayar semula’, ‘bayar kemudian’ dan yang seumpama menyebabkan kekeliruan kepada ramai pihak,” demikian menurut kenyataan itu.
Semalam, KWSP mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar yang akan memberi manfaat kepada dua juta ahlinya yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan melibatkan anggaran dana berjumlah RM14 bilion.
Berita semalam
KWSP Benarkan PengeIuaran Akaun 1 , Pendahuluan Maksimum Antara RM 4,000 Hingga RM 10,000
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perlncian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.
Kenyataan rasmi oleh KWSP
Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa , KWSP telah mengambiI langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehiIangan pekerjaan , diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
I-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 Juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 Billion akan tersedia untuk ahli yang layak.
Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.
Pengkreditan pertama akan bermula Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.
Secara umum , ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM 100.
a. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1) akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM 9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1) akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun , amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
Berikut contoh pengiraan yang diberikan oleh pihak KWSP
Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan ini perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang telah diterima telah digantikan semula. Selepas itu , caruman akan kembali ke kadar pecahan asal itu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.
Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krlsis , ahli digalakka untuk mendapatkan naslhat kewangan melalui Pegawai Khidmat Naslhat Persaraan KWSP dan/atau agensi kaunseIing dan Pengurusan Kredit.
Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Kenyatan rasmi KWSP
Sumber : Jabatan Hal Ehwal Korporat EPF
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Be the first to comment