
KEMENANGAN pelakon Mawar Rashid dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) pada Jumaat lalu menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Enggan membiarkan netizen berterusan mempertikaikan kemenangan itu, Mawar menjelaskan keputusan tersebut berdasarkan undian peminat yang dikira mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.
Menurut Mawar, 25, penjelasan yang dibuat ini bukan untuk mempertahankan dirinya namun ingin menghargai usaha keras peminat dan keluarganya.
Mawar pertahankan usaha keras peminat.
“Semua sedia maklum kemenangan dalam ABPBH ini berdasarkan undian peminat. Undian dikira paling tinggi dengan mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.
“Ramai yang tidak tahu proses undian berpuluh ribu itu datang daripada pembelian satu peranti telefon selain dari proses scan QR code dengan jumlah 700 setiap kali scan.
“Jadi, boleh bayangkan tak bagaimana usaha mereka. Sebagai contoh, kenapa orang pertikaikan 22 juta undian Haqiem, sedangkan peminat dia mengundi mengikut apa yang sistem ABPBH laksanakan.
Undian dikira paling tinggi dengan mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.
“Mereka yang mempertikaikan kemenangan ini ada hak untuk bersuara. Tapi saya mahu jelaskan perkara ini sebab nak pertahankan usaha keras kelab peminat dan keluarga saya,” katanya kepada mStar.
Malam ABPBH33 yang bersiaran langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil turut menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular dengan jumlah undian lebih 22 juta.
Untuk rekod, isteri kepada pelakon Raf Yaakob ini memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular berdasarkan lakonannya dalam filem berjudul Bu, Kasih Suci yang ditayangkan April tahun lalu.
Dalam pada itu, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini memuji peminatnya yang pandai mengatur strategi dengan mengundinya dalam kategori tersebut.
“Saya hargai usaha dan sokongan peminat dan team Mawarosesquad bagi memastikan kemenangan saya walaupun dalam kategori ini.
“Pada saya, mereka bijak mengatur strategi sebab kalau mereka undi di kategori TV mesti saya belum ada rezeki sebab 7 hari Mencintaiku menjadi fenomena
“Insya-Allah saya akan jadikan kemenangan kali ini sebagai titik permulaan bagi saya lebih bekerja keras dan membuktikan sesuatu untuk diri sendiri, keluarga dan terutamanya peminat,” ujarnya.
Pada awal pembabitannya, dia pernah digelar ‘Mawar GST’, ketika bersaing pada program pencarian Dewi Remaja, kira-kira lima tahun lalu.
Antara drama lakonan Mawar adalah Tundukkan Playboy Itu, Suamiku Paling Sweet selain filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Bu, Kasih Suci.
“Syukur, Alhamdulillah, saya sebenarnya dalam industri ini ada jatuh bangun. Bagaimanapun, saya terharu kerana ini kali pertama dalam tempoh tujuh tahun dalam industri, saya menang anugerah.
“Saya sangat sebak kerana kemenangan ini adalah disebabkan peminat yang tidak jemu menyokong saya.
“Bagi saya, trofi ini sangat bermakna. Saya berhasrat untuk mengembangkan bakat yang ada, seterusnya membina nama dalam industri.
“Ini adalah rezeki bayi dalam kandungan yang sekarang sudah tujuh bulan. Doakan saya ya.
“Terima kasih kepada peminat yang undi Mawar, TV3 dan rakan media,” katanya.
Pun begitu, sejak diumumkan sebagai pemenang ramai yang mencetuskan tanda tanya filem apakah yang dibintangi pelakon itu sehingga berjaya mengangkat popularitinya.
Pening netizen cari filem apa Mawar Rashid berlakon
Setelah dicari dan mencari, kami berjaya jumpa filem yang dikatakan punca Mawar Rashid menang anugerah tersebut.
Filem itu berada di pawagam pada tahun 2019 dan namanya adalah Bu, Kasih Suci
“Bu Kasih Suci” tiga cerita dalam sebuah filem
Tetapi tidak dapat dipastikan adakah betul 100% filem ini sebenarnya tetapi rasanya ini sahaja filem yang mawar rashid berlakon pada 2019.
Turut mendapat tumpuan adalah Mawar Rashid yang merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik. Selaku tulang belakang, suami meluahkan rasa bangga melihat pencapaian isteri dalam bidang seni.
Dalam pada itu, Mawar juga sempat berlakon dalam telefilem s3ram berjudul Penaklukan Syaiitan pada 2019
sumber: mstar
Be the first to comment