
Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.
Foto sekadar hiasan. Hi.. Assalamualaikum readers semua, Apa khabar musim MCO ini? Harap semua baik-baik saja.
Saya namakan bekas suami saya Z ya. Saya berkahwin tahun 2015, kena gantung tak bertali separuh tahun 2016, dan bercerrai Jan 2017.
Saya dengan bekas suami tak bercinta sebelum kahwin. Kami pegang prinsip ‘bercinta selepas nikah’. Konon-kononnya lah. Saya ni noob bab lelaki dan bercinta.
Lepas habis degree, mak bising suruh nikah. Dia nak anak-anak dia nikah muda macam dia.
Jadi saya yang tak berkawan sangat dengan lelaki, ambil inisiatif daftar di salah satu website cari jodoh.
Situlah kami berjumpa dan berkenan untuk nikah. Saya punya happy lah tak boleh cerita. Yelah, saya tak pernah berkapel. It’s a big no no for me.
Memang saya jaga diri saya untuk suami saya sahaja. Jadi bila ada yang melamar aku, dan saya juga memang suka dia.
Subhanallah happy nye Allah yang tahu. Background Z ni agak mantap sebab kerja offshore, lulusan overseas dan ada rupa.
Saya ni pula ibarat pipit berkepit dengan enggang. Tapi sebab dia suka saya dan dia juga yang bersungguh-sungguh membuat persiapan kahwin kami.
Jadi saya teruskan juga perkahwinan walaupun masa tu macam ada hesitate juga nak nikah. Tahun 2015 kami bernikah.
Tapi sebab commitment kami masa tu, dia bekerja di sebarang laut saya pula dalam pengajian habiskan master kami terpaksa PJJ.
Long story short, lepas dekat setahun PJJ, kami ada gaduh2. Takde lah besar punya.
LllSaling terasa dan bl0ck-bl0cking tu biasalah suami isteri huhu. Dah nama pun PJJ, on the phone je lah masing2 boleh tunjuk protes.
Then, saya pun dah habiskan pengajian, saya ingatkan g4duh tu boleh baik semula, ternyata saya silap.
Raya tahun 2016 saya takkan pernah lupa, Z balik Cuma untuk beritahu dia mahukan percerraian. Bilang dia, sayang dia terhadap saya sudah hilang.
Dia mahukan percerraian persetujuan bersama. Itu yang paling cepat untuk settle di mhkamah.
Saya terkedu. Saya tahu saya ada silap, malam itu juga saya pelok kaki dia, saya minta maaf, dan mintak dia Tarik balik apa yang dia cakap. Dia kata nasi dah jadi bubur.
Sebenarnya Z ni orangnya baik, sangat baik. Bila keadaan jadi tegang dia jadi macam tu. Selang beberapa hari, saya seperti disampok menangis non stop badan sejuk ketika beraya dirumah ibu bapa aku.
Masa tu mak bapak saya dah dapat detect masalah kami. Sepanjang saya digantung tak bertali, ada juga minta tolong pihak mertua untuk tolong pujuk, tapi no respons. Sampaikan mereka pindah rumah pun saya tak tahu.
Dan sepanjang saya digantung tu juga bertubi-tubi family saya diserang ‘sihir’. Sepanjang digantung tu pula saya hanya duduk dirumah parents, masih memberi harapan supaya dia pulang, ambil saya semula.
Saya tak apply mana-mana kerja sebab saya takut nanti Z tak tahu nak ambil saya dimana.
Tapi semua tu hanya tinggal mimpi. Then, saya jatuh dalam deep depressi0n. Bila duduk bilik, saya Nampak kipas pusing, saya Nampak saya gntung diri saya kat kipas tu.
Saya menangis tak kira siang malam. Saya tahu mak pak saya pun menangis tengok keadaan saya masa tu.
Bila saya sedar, saya istighfar saya solat, nangis lagi mengadu kat Allah. Ada satu masa tu, bila saya terlampau sedih, tiba-tiba saya teringat kat best friend aku, masa tu dia sedang buat phd di oversea, saya call dia.. walaupun tengah malam kat sana, dia bangun jugak nak dengar cerita aku.
Bila saya nangis, dia pun menangis. Sampai sekarang saya ingat kata-kata dia dan jadi penguat aku. Bilang sahabat saya “M, yang buang kau tu sorang tu ja. Saya masih sayang kat kau. Mak bapak kau pun masih sayang kat kau..”.
Lepas tu dia pujuk lagi, dia belikan saya tiket kesana kononnya untuk mengubat hati aku.
Dalam sedih tu saya happy sebab memang impian nak gi oversea, walaupun bukan dengan cara yang saya pernah plan. Akhirnya kisah kami berakhir jua di Bulan Januari 2017.
Bagi saya tiada apa lagi yang nak dipertahankan kalau orang tu dah tak sayang. Seusai habis kes mahkamah saya pun berangkat ke oversea.
Hati masa tu feel ‘numb’. Mak menangis masa saya hantar saya kat KLIA. Sahabat saya plan lain, tapi saya ada plan lain.
Sesampai saja saya disana saya daftar shortcourse kat sana. Alhamdulillah saya diterima. Masa tu depression dan sihir tu masih ada. Ada juga malam-malam saya teringat saya akan menangis.
Gangguan masih non stop. Lepas cerrai tu saya rasa diri saya kotor, sebab bawak gelaran Miss J, walaupun umur baru pertengahan 20-an.
Orang yang rapat je yang tahu apa yang jadi kat aku. Di oversea ada juga yang menghulurkan salam perkenalan.
Mana yang nak kenal aku, memang saya bagitahu terus terang status aku. Ada yang ikhlas, ada juga yang Cuma nak mengambil kesempatan.
Mana yang ikhlas tu (kebetulan dia non-muslim dan berfikiran terbuka). Bagi dia status tu dah tiada apa, bagi diaorang perkara cerrai tu perkara biasa, tiada apa nak dimalukan.
Tapi tidak pada family aku, sebab pak cik mak cik saya tiada sejarah yang bercerrai. Jadi cerrai ni perkara taboo dalam family kami.
Tu juga antara sebab saya bawak diri. Disana saya belajar cara merawat diri dalam shortcourse tu.
Alhamdulillah, I’m getting better walaupun gangguan masih ada. Ada orang yang perasan pasal ‘gangguan’ tu. Bilang orang tu, “siihir tu takkan pergi selagi awak tak m4ti”
Terkedu jugak saya bila mendengarnya. Tak tahulah apa yang didendamnya. Saya menangis lagi, duk memikirkan kenapa siihir tu kuat sangat.
Apa salah saya sampai macam tu. Saya dah lepaskan, jangan ganggu hidup saya lagi. Disebabkan itu juga, jadi saya tutup semua ‘pintu’ kearah kahwin.
Ayah marah betul bila dia tahu saya fikir sihir tu agak kuat. Bilang ayah, sihir tu tak kuat. Hanya saja Allah izinkan itu berlsaya ke atas diri aku.
Saya bungkam. Tapi jauh dalam hati saya sangat berterima kasih kat nasihat2 ayah.
Disana juga ada classmate yang ajak saya gi pub. Untuk discuss test kami. Ada juga dia offer beer, tapi saya tolak cara baik dan saya pesan air kosong je. Instead of discussing our test, dia ajak cerita pasal agma.
Jadi saya layan je. Terpikir juga, kalau saya mati dalam pub ni confirm ramai kata saya mati dalam su’ul khatimah. Nauzubillah.
Padahal masa tu saya tengah berdakwah kot. jadi jangan cepat hukum orang ya! Kita tak tahu. huhu. Setelah beberapa bulan, dan tamat short course tu, saya pun pulang ke tanah air tercinta.
Masa tu saya ingatkan saya dah pulih sikit dan dah boleh move on. Tup2 saya dapat berita Z dah kahwin lain. Saya total mentally breakdown.
Pergi kerja pun macam badan melayang-layang. Saya deactivate semua socmed aku. Saya rasa total l0ser. Rasa dikhianati, rasa I’m the most stupiid person dan macam-macam lagi.
Alhamdulillah ada a few kenalan (circle saya bekerja masa tu kerja dlm bidang psikologi) diaorang bagi saya terapi, sebab Nampak keadaan messed up saya masa tu.Alhamdulillah semangat saya pulih balik walaupun tak sepenuhnya.
Then saya quit kerja, sebab bos saya bagi saya jadi ‘mental’ balik. Ada juga kawan cakap, walaupun macam-macam jadi kat aku, Alhamdulillah saya masih waras, dan iman saya ‘tak terbang’ masa duk kat oversea dulu.
Alhamdulillah. 3 bulan pastu, Saya dapat offer sambung phd. Saya happy sangat sebab tu impian aku.
Saya ingatkan saya dah okay. Tapi tekanan buat phd tu lain macam sikit. Saya sempat amik 1 sem je. Pastu saya berhenti.
Saya tak tahan, sebab masa tengah buat proposal tu, saya Nampak saya terjun dari beranda rumah sewa saya (saya duduk uma tingkat 15 masa tu).
Bila saya depress, saya tahu ‘benda’ tu akan datang balik. Tiap malam saya mimpi ngerii, mimpi myat, mimpi membnuh atau dibnuh orang.
Ala-ala filem h0rror gitu. Tambah pulak kena tikam belakang dengan co-researcher buatkan saya penat dengan dunia akademik. Saya rasa akhlak saya sebagai muslim hilang.
I think much better classmates saya kat oversea dulu. Saling menghormati, saling membimbing, saling empati.
Jadi, Saya buat keputusan nak take a break dalam dunia akademik. Bila saya jumpa guru (supervisor) saya yang boleh ajak saya kenal Tuhan melalui ilmu (expertise) yang dia ada. Ada rezeki nanti Insha Allah saya sambung balik.
Saya ada jumpa, tapi belum rezeki lagi nak sambung dengan dia. Besar kan cita-cita aku.
Huhu. Tolong doakan. Last2 saya ambil keputusan untuk kerja freelance. Saya jadi seronok. Saya pulun kerja dari siang sampai malam.
Bila saya terlalu penat saya akan terus tidur, dan tidur tu pulak tidur mati. Tak fikir bukan-bukan. Dan takde dah external pressure, sebab saya kerja sendiri.
Just pressure dari mak je lah suruh kawin lagi. Dia risau bila dia tutup mata takde orang jaga aku. Saya tepuk dahi masa tu. Allah kan ada.
Allah janji siapa jaga Allah, Allah akan jaga dia (Hadis sahih). Tapi mak kan. Biasalah. Masa ni pun saya terus proceed self-therapy. Because I’m aware I’m not totally ok.
Saya banyak dengar ceramah agma, saya belajar untuk move on, Lagi pun hampir 3 tahun peristiwa bad memories tu.
Ni antara yang kuatkan aku, saya share dengan korang yang tengah struggle macam aku. Saya pernah dengar kat radio Ikim, ustazz ni tengah cerita pasal Ummu Salamah.
Sahabiah ini sangat cintakan suami dia. Malang tak malang, suami dia mniggal waktu perang.
Ummu Salamah tak dapat move on, sebab dia rasa suami dia paling hebat, tak ada siapa dapat menyaingi Allahyrham suami dia.
Macam tu jugak yang saya rasa pasal Z. Tak ada siapa dapat ganti tempat dia dalam hati aku. Sebab dia cinta pertama aku. Cewah. Biarlah orang kata saya bdoh. Masa tu lah.
Ok sambung cerita, dia berjumpa dengan Rasulullah lalu Rasulullah ajarkan satu doa ni.
Ni juga yang saya amal bila saya sedih terlampau dan setiap kali lepas solat, kalau kita maknai maksud dia.
Masya Allah, power doa ni- Boleh google Doa Ditimpa Musibah, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
Ya Allah berikanlah pahala diatas musibah yang menimpsaya dan gantikanlah saya dengan yang lebih baik”.
Bila saya baca doa ni, bila part musibah saya akan nangis, sebab bawak gelaran Miss J ni bagi saya satu musibah sebab saya terdedah dengan fittnah-fittnah dunia.
Huhu. Dan bila sampai part gantikanlah saya dengan yang lebih baik, saya cuba positifkan diri walaupun saya Nampak dihadapan saya Cuma kegelapan sebab saya ni Miss J.
Tak ada orang yang nak kahwin dengan bekas orang lain. Hina sangat rasa. Kalau ada pun, lelaki2 yang nak berbinikan no 2 dan seterusnya.
Saya tak nak rampas kebahagian orang sebab saya tahu rasa perit bila kebahagiaan kita dirampas orang lain.
Tapi guess what dari kisah Ummu Salamah tadi, rupa-rupanya Allah gantikan dia dengan bersuamikan Rasulullah sendiri.
Tentulah Rasulullah lebih baik dari arwah suami dia. Doa tu tepat pada sasaran, Allah ganti jauh lebih baik dari aruwah suami dia. Jadi saya amal doa ni.
And at the same time saya buat affirmation sebelum tidur. Ni juga yang banyak bantu saya bentuk self-image balik lepas hancur selepas kes cerrai.
Korang boleh buat camni harap dapat bantu sikit-sikit.
“Saya maafkan dia, Saya redha dengan apa yang berlaku, I love myself and I am enough”
Alhamdulillah sikit-sikit saya jadi positif. Dan saya cuba untuk move on. Masa saya kerja freelance tu kakak saya duk berkempen suruh kenal2 dengan orang lain, dia kata dia boleh move on kenapa tidak aku. Kakak saya ni single mother dekat 11 tahun.
Dia jadi balu seusia saya jadi Miss J. Aruwah suami dia meningal eks1den). Bapak saya pun tak kurang jugak sama naik bulu duk kenalkan kenalan2 dia yang muda2 la. Tapi semua saya tak berkenan.
Last saya tersahut pulak cabaran diaorang, saya ‘ter’bekenalan dengan sorang mamat ni, Saya namakan dia B ya.
Thru medium yang sama saya kenal Z, tapi website lain la pulak, nak kenal face 2 face ni saya segan.
Sepanjang saya kenal dia, B selalu buat saya gelak. Sebab dia ni suka buat noob. Kami pun tak bercinta, kenal terus ajak kahwin.
Ya saya takut juga jadi macam dulu, tak kenal tapi terus kahwin. Tapi kali ini saya bertawakal kat Allah. Saya belajar serah bulat-bulat kat Allah.
Saya tahu saya tak boleh kawal suami aku. Sepanjang proses terapi aku, Saya belajar apa yang kita ada sekarang semua pinjaman. Satu masa Pemilik nya akan ambil balik. Dengan apa cara sekalipun.
Kita Cuma menikmati pinjaman Dia. Kita tak pernah miliki apa pun. Bila kita diberi nikmat, kita kena belajar bersyukur.
Walaupun sekecil-kecil nikmat. Bila saya tukar fahaman macam ni. Saya cepat tenang. Saya mudah redha.
Akhirnya, saya nikah dengan B awal tahun lepas. B tahu semua masalah ‘psik0logi’ aku. Termasuk dengan gangguan tu. Bukan tak berubat.
Sudah. Macam-macam ustazz saya jumpa. Last2 konklusi nya kita sebagai pesakit kena kuatkan diri sendiri, Jadi hadap jelah. Dan terus buat amalan pendinding diri.
Kerja B pun lebih kurang dengan Z. Kami pun PJJ. Ada juga yang bilang saya bdoh lagi, tak belajar dari kesilapan, tapi bilang mak aku, kita bukan Tuhan boleh tentukan siapa jodoh kita.
Tapi dengan B lain sikit, dia boleh keje offshore, tapi dia tak nak katanya nanti dia jauh dengan family. Nanti dia rindu family dia. Kira dia ni family man jugak lah.
Last2 dia pilih keje site kat darat.(Kekeke, sebenarnya nak dapat keje offshore ni susah nak dapat melainkan kau grad overseas dan result ko perlu power kalau dari UA, huhu).
B ni Freelance juga. Siapa kata kisah rumah tangga tak ada gduh-gduh lagi. Tapi dengan B ni, bagusnya dia tak cepat sentap.
Kadang ada masa juga dia garang, last-last kalau saya tak boleh cope saya akan nangis.
Saya dah tak macam dulu. Kalau dulu kalau boleh semua saya nak telan sendiri. Sekarang tak, apa saya rasa la ni jugak saya luah.
Selalunya nangis jelah. B tahu masalah aku, selalu at the end dia akan mengalah, dia akan datang minta maaf dan pelok saya bagi reda.
Dengan B saya boleh buat macam kawan, saya boleh cerita banyak benda kat dia, walau pun kadang bagi saya merepek je citer tu, tapi dia layan je.
Ada masa ada juga sesi memerlii, kalau dulu, terasa akan adalah sesi bl0ck membl0ck. Tapi dengan B lain.
Lepas sesi memerli masing2, kami gelak sama2, duk ketawakan masing2 betapa nooob nya kami.
Allah dengar doa aku. B bukan duda. Dia anak teruna. Jadi saya tak rampas hak sesiapa. Sebab tu yang paling saya bencii.
Walaupun dia lagi tua dari aku, sebab baya dia ramai je tak kahwin lagi (saya masih 20-an ok, kami beza 2 tahun je, huhu).
Pernah juga saya suarakan saya concern pasal Miss J saya sedangkan dia bujang. Dia kata takapa. That’s not his concern. Dia kata sekarang banyak je kes macam aku.
Saya bersyukur sangat dipertemukan dengan orang yang baik. Rupa2nya dia pun from broken family.
Jadi dia faham sangat. Dia tak pernah ungkit pasal status saya sepanjang kami kenal dan kahwin. Alhamdulillah.
Awal tahun ni Allah kurniakan kami baby boy. Orang panggil baby PKP. Huhu. Comel sangat.
Setiap kali saya pandang muka dia, saya rasa tiap kali tu jugak saya nak buat sujud syukur. Despite all these tribulations, Allah bagi hadiah yang indah jika kita bersabar.
Saya bersyukur, banyak sangat hikmah dari kejadian tu:
Saya belajar kenal diri aku, Saya baru belajar kenal Tuhan (walaupun dilahirkan islam), saya belajar kenal siapa kawan siapa lawan bila jatuh, Saya belajar utk self-love (ni ramai perempuan lupa bila dah kahwin), Saya belajar untuk bersyukur dalam nikmat yang orang pandang ‘sedikit’.
Walaupun sekarang si B ni jobless sebab PKP (banyak projek site tutup). Kami masih cukup makan, Kami masih ada tempat berteduh dan kami masih boleh menjana income dari rumah sikit-sikit.
Mohon readers doakan, keluarga kecil kami terhindar dari pandangan denggki orang, Allah sampaikan kami sehingga betul2 Till Jannah, diberi pekerjaan yang baik (kekeke, jgn ditanya apa guna sijil bergulung untuk suri rumah macam aku), dan kita semua bahagia dunia dan akhirat.
Untuk yang pernah patah hati.
Belajarlah beri peluang kepada diri untuk memaafkan, beri peluang untuk pengalaman baru, beri peluang kepada orang baru.
Tak semua cerita pengakhirannya sama. Apa yang jadi dulu hanya memori. Dulu dan akan datang tiada. Yang ada hanya sekarang.
Nikmati masa sekarang, Live here and Now. lagipun hidup kita tak lama untuk membenci. Binalah hidup baru.
Jangan takut untuk mulakan hidup dari zero. Janji Allah, setiap kesusahan akan ada kesenangan. Insha Allah.
Kata hukama’ omputih “The best revenge is no revenge. The best revenge is by moving on”. Nak tahu kita dah move on, kita tak lagi berduka saat bibir kita mengungkap kisah yang membuat kita derita.
Jika dulu saya ambil keputusan bdoh (by c0mmitting su1-cide)- Nauzubillah, saya tak rasa apa yang saya ada sekarang. A small happy family.
Saya tak ada si kenit kesayangan ni. Sebab tu setiap kali saya pandang muka dia sy rasa mahu sujud syukur sentiasa. Dia ibarat small little angel aku.
Untuk yang suka menganiaya orang, yang suka main ilmu h1tam ini.
Berhentilah. Allah tak tidur. Setiap perbuatan akan ada pembalasan. Kalau bukan sekarang satu hari tetap akan kena. Masih ada ruang untuk bertaubat.
Allah sayang hamba-hambaNya yang bertaubat. Kita tak akan pernah bahagia dengan meny4kiti orang lain.
Untuk lelaki yang suka ambil kesempatan.
Ingatlah tak semua Miss J ni desperate, it only shows how ‘low’ you are. Bila ada lelaki yang muliakan perempuan walaupun Miss J, saya selalu doakan syurrga untuknya sebab dia memartabatkan wanita.
Doa aku, syurrga juga untuk lelaki yang melayani dengan baik wanita2 lain terutama isteri dan ibu mereka.
Kurniakan mereka syurrga tertinggi buat mereka Ya Allah kerana mereka mencontohi sifat kekasihMu, Rasulullah SAW.
Untuk pejuang2 mental health.
Jangan pernah mengalah, dunia ini memang tempat kita berpenat untuk berjuang, insha Allah ganjarannya ada di syurga sana.
Teruskan terapi dan ubat (jika ada), dan sayangi diri demi diri sendiri juga. Jangan berputus asa dengan Tuhan.
Teruskan berdoa, Allah Maha Mendengar, kalau dia tak kabulkan kat dunia ni, Dia kabulkan di akhirat nanti. Doamu tak pernah tersia-sia.
Dan Untuk Z, saya ikhlas maafkan awak, saya doakan awak bahagia dengan keluarga baru awak.
Jaga family baru awak baik2. Jangan tinggal bila dah tak sayang. Saya ingat semua kebaikan awak.
Terima kasih untuk itu. Terima kasih juga sebab jadi hikmah untuk saya belajar banyak benda termasuk belajar untuk saya terima diri saya seadanya.
Terima kasih kat mak ayah, dan keluarga serta sahabat jadi tulang belakang saat jatuh.
Terima kasih B kerana terima baik buruk sayang. Hanya Allah yang mampu balas semua kebaikan B.
Terima kasih Tuhan untuk semuanya.
Tiada yang baik dan buruk dari Engkau ya Allah melainkan semuanya untuk kebaikan hamba-hambaNya.
Cinta itu bukan dengan memiliki dan menyakiti. Tetapi adalah pembebasan dari perasaan memiliki sehingga bersama-sama mendapat salam dari Tuhan yang Maha Mengasihi (Yasin, 58).
-Dari saya yang sedang belajar rasa berTuhan. – Ex Miss J (Bukan nama sebenar).
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.
Be the first to comment