Lama tertunda, akhirnya Balkisyh lega dah boleh kahwin dengan duda

Selepas gagal mengesan bapa kandungnya, pelakon Balkisyh dibenarkan berkahwin dengan seorang duda berusia 34 tahun yang dibuat secara wali hakim oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menerusi laporan Harian Metro, pemilik nama Balkisyh Semundur Khan itu meluahkan rasa syukur apabila hakim berpuas hati dengan semua keterangan serta bukti yang diberikan.

Menurut pelakon berusia 33 tahun itu, dia dan bakal suami menyambut baik keputusan hakim yang menetapkan 27 November ini untuk mereka bernikah.

“Isnin depan baru saya hantar semula borang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Selepas itu kena tengok pula kekosongan kuota masjid di sekitar Kuala Lumpur.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), satu masjid hanya membenarkan tiga pasangan saja. Kalau ada kosong, saya akan teruskan. Jika tiada kita akan tunda sehingga ada kekosongan,” katanya.

Terdahulu, hasrat pelakon yang popular menerusi drama Mak Cun itu untuk berkahwin sudah tertunda hampir setahun selepas gagal mencari bapa kandungnya Semundur Khan Gulam.

Walaupun terdapat dakwaan mengatakan bapanya menjadi gelandangan di Sabah, tetapi dia masih belum menerima maklumat yang tepat.

Sedikit info mengenai Balkiysh

Balkisyh binti Semundur Khan (lahir 13 Julai 1987) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan sejak 2001 dan telah membintangi beberapa telefilem dan drama. Balkisyh juga merupakan pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004.

Balkisyh dilahirkan dan dibesarkan di Lahad Datu, Sabah. Beliau merupakan anak perempuan tunggal daripada empat beradik kepada pasangan Semundur Khan Ghulam dan Harijah Tiang. Ibu bapa beliau bercerai atas faktor usia, sejak itu Balkisyh jarang berhubung dengan bapanya.

Balkisyh berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli, adik kepada pengarah dan penerbit Jurey Latiff Rosli pada 2007, dan dikurniakan dua cahaya mata. Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2017. Pada Julai 2018, satu rakaman video menunjukkan Balkisyh dan bekas suami bergaduh menjadi tular di media sosial, berkikutan pertengkaran berlaku antara mereka, malah insiden itu turut disaksikan oleh anak-anak mereka. Balkisyh kemudiannya meluahkan rasa kecewanya di laman Twitternya bahawa video itu sengaja dirakam bagi menjatuhkan dirinya.

Balkisyh bersama dua anaknya disahkan negatif COVID-19 selepas 14 hari dikuarantin di Hotel Amansari, Nusajaya, Johor. Beliau dilaporkan terpisah dengan dua anaknya selama 48 jam di Singapura.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Lama tertunda, akhirnya Balkisyh lega dah boleh kahwin dengan duda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*