“Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua”, kata-kata terakhir kepada isteri dan anak-anaknya sebelum meninggal dunia akibat Covid-19

Ipoh: “Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua”

Itu kata-kata terakhir Ahmad Mohamad Talib, 58 kepada isteri dan anak-anaknya sebelum meningga4l dunia akibat Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, Rabu lalu.

Gambar pesanan bapanya yang ditulis di atas dua helai kertas viral di media sosial selepas dikongsi anaknya Syafiqa Humairak, 32, di laman Facebook miliknya.

Syafiqa Humairak berkata, mereka sekeluarga tidak dibenarkan menyimpan kertas yang mengandungi pesanan bapa kerana dikhuatiri mengandungi virus Covid-19.

Menurutnya, bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang disahkan positif Covid-19 Khamis minggu lalu, sebelum dihantar ke HRPB untuk dikuarantin dan mendapat rawatan lanjut.

“Abah tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif (selepas dimasukkan ke hospital). Keadaannya juga bertambah teruk dan doktor memutuskan supaya abah dikomak4an, Isnin lalu.

“Abah menulis nota itu sebelum dikomaka4n. Dia juga tidak mampu bercakap. Namun, kami sempat berhubung dengan panggilan video sebelum abah dikomak4an,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Syafiqa Humairak berkata, semua ahli keluarga termasuk anak saudaranya yang berusia sebulan turut disahkan positif Covid-19, dan tidak berpeluang menghadiri majlis pengebumian bapanya.

Bagaimanapun, Syafiqa Humairak tidak dijangkiti virus berkenaan kerana dia tinggal di Pulau Pinang.

“Hanya saya yang dibenarkan hadir ke majlis pengebumian. Saya sangat sedih kerana tidak dapat mencium abah buat kali terakhir.

“Saya juga hanya dapat melihat jenazah arwah abah dari jauh. Covid-19 sangat bahaya, hanya dalam tempoh beberapa minggu ia ‘membunuvh’ abah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat diminta sentiasa mengambil berat mengenai langkah keselamatan yang sudah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, arwah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara di sini.

Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 956 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 39,088 kes (74.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 20 November 2020, sebanyak 958 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 52,638 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,221 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 953 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Tiga (3) negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Sabah iaitu sebanyak 512 kes (53.4 peratus), diikuti Selangor dan Negeri Sembilan yang masing-masing melaporkan sebanyak 153 kes (16.0 peratus). Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Sabah berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya Kluster Sabaru (149 kes) dan peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat (196 kes).

Negeri Selangor dan Negeri Sembilan pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada dan juga kluster baharu.

Sebanyak 31 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pada hari ini pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (24 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.

Sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 329 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sumber Hmetro/https://kpkesihatan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*