
Dua juruterbang pesawat ringan yang mendarat cemas di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini, selamat tanpa sebarang kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusoff berkata, kedua juruterbang berkenaan adalah warga Singapura.
Menurutnya, pesawat jenis Beechcraft Bonanza N5045B itu dikendalikan Dr Yang Kuang Ying, 52, dan juruterbang kedua, Saleehullah Abdul Majid, 41.
PUNCA SEBENAR KENAPA PESAWAT INI MENDARAT
“Maklumat awal, pihak kami dimaklumkan bahawa pesawat ringan mengalami kerosakan enjin.
“Pesawat berkenaan sudah dialihkan ke kawasan lapang berumput kira-kira 100 meter dari lokasi ia mendarat bagi melancarkan pergerakan trafik.
“Proses mengalihkan pesawat mengambil masa 30 minit membabitkan pihak bomba, polis serta PLUS,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.13 pagi dan menggerakkan satu jentera bersama kekuatan 10 anggota ke lokasi.
KOMEN NETIZEN
“Sprm kena siasat ni..klu betol org singapore mcmana bleh terbang bebas dlm malaysia sedangkan rakyat pun kena pkpb..”
“Ada surat rentas negara ke tu? Hari tu rakyat kita gi tioman bawak kterbang pun kena denda…”
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment