Belum hbs pantang, suami paksa melayan. Ditolak, dikatanya derhaka. Dah cerrai, suami giila talak pula

Assalamualaikum dan hi semua. Ini adalah sambungan dari kisah saya menjadi mngsa ped0 seawal umur 7 tahun.

Terima kasih atas doa dari kalian. Sehingga ke saat ini saya masih menitiskan air mata setelah membaca komen, kata kata semangat dari pembaca semua. Terima kasih sekali lagi.

Sebelum saya memulakan part kedua, saya ingin jelaskan mengapa pada ketika itu saya tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

Seperti yang saya ceritakan, pada mulanya saya berjumpa dengan guru kaunseling untuk melaporkan apa yang terjadi. Tapi tiada tindakan yang diambil. Guru tersebut hanya mendiamkan perkara ini dan saya tak tahu apa niat dia.

Beberapa hari selepas itu saya mengadu pula kepada ustazah. Ustazah melaporkan kepada pengetua dan saya dipanggil untuk soal siasat.

Masih kuat dalam ingatan saya, saya diasak dengan soalan yang bertalu talu oleh guru kanan, guru disiplin, ustazah berkenaan dan guru kaunseling. Lalu mereka memanggil warden untuk disoal bersama.

Keadaan semakin tegang apabila warden bagitau saya menggoda adik saudaranya dan suaminya.

Setelah mereka berbincang hanya 1 pilihan yang saya ada. Iaitu dikeluarkan dari sekolah dan masih boleh menduduki PMR.

Jika pihak polis masuk campur, saya akan dihantar ke ‘sekolah budak jahat’ dan masa depan saya terus gelap. Saya takut dengan apa yang dikatakan lalu menurut.

Sekitar tahun 2000 kita tiada media social, tiada handphone, tiada internet. Pada siapa saya nak pergi pun saya tak tahu. Tiada siapa yang membela saya.

Sehingga lah saya berhenti sekolah, saya kerja demi meneruskan hidup. Saya berkenalan dengan seorang lelaki. Usianya belasan tahun lebih tua dari saya. Semakin rapat akhirnya segala kisah silam saya, saya ceritakan.

Saya terharu dengan kata kata semangat yang diberikan. Dia pesan supaya saya lebih mendekatkan diri dengan Allah, jangan putus asa dan sebagainya.

Akhirnya dia luahkan yang dia sanggup ambil saya sebagai isteri dan bimbing saya ke jalan Allah. Naifnya saya terus percaya dan terjatuh hati.

Perkenalan yang tidak selama mana membawa kami ke langkah seterusnya. Kami bernikah diselatan Thailand oleh kerana masalah wali. Saya tak nak cari ayah dan keluarga. Saya yakin saya tak perlukan keluarga saya lagi.

Namun segalanya bertukar kepada bala apabila saya dapat tahu rupanya saya berkongsi kasih. Saya adalah isteri ke-dua yang dinikahi dalam diam.

Dia ambil kesempatan atas masalah wali yang saya hadapi. Setiap hari saya menuntut dia melepaskan saya. Apakan daya saya disahkan mengandung.

Sebaik melahirkan anak pertama baru lah saya tahu rupanya orang yang saya harapnya boleh melindungi saya, rupanya syaiitan yang bertopengkan manusia.

Saya diminta melayan nfsunya setiap masa. Tak kira siang, malam, sakit demam, anak menangis… Pada dia saya halal dan bila dia nak, saya kena sedia. Jika saya ingkar, segala macam hadith dia akan baca.

Keadaan berlarutan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Saya tahan dan sabar dengan segala karenahnya. Apabila saya bersuara dia akan ungkit yang saya ni dah rosak, dia kutip saya macam sampah, saya tiada nilai disisi dia.

Duduk ditempat orang sebatang kara bukan lah mudah. Mak mentua memang bencikan saya. Katanya saya tak layak untuk anak dia dan melabel saya perampas.

Alhamdulillah masuk tahun ke 5 keluarga angkat saya cari saya semula. Mak mula sakit. Saya bersyukur sangat dapat jumpa mak sebelum dia meninggal dunia.

Mak minta maaf kerana tak dapat jaga saya dengan baik. Demi Allah saya tak marahkan mak. Saya salahkan diri saya sebab tak jaga diri elok elok.

Kemudian ayah kandung saya cari saya. Entah lah, saya tak reti berdendam dengan keluarga sendiri. Saya terima dengan terbuka.

Tapi suami saya sering mengungkit saya ni rosak depan ayah kandung saya. Dia pernah tampar saya depan ayah dab kata,

“Ayah tak pernah jaga dia. Dia ni perempuan tak elok. Saya kutip dia bla bla bla…”

Pernah sekali saya sakit nak bersalin. Suami saya datang ke hospital dan maki maki saya sebab saya pergi ke hospital tanpa izin dia.

Kemudian saya masuk labour room dia kata,

“Nak mati pun mati lah.” Saya teran anak dia keluar dengan harapan saya mti bersama anak saya. Tapi andai saya mti, apa nasib anak saya dirumah.

Dalam pantang tak sampai 44 hari dah memaksa saya layan nfsunya. Bila saya katakan saya tak mampu lagi, dia kata saya isteri derhaka dan takkan masuk syurga.

Dipukul sampai tak boleh berjalan itu biasa. Ditampar sampai pecah bibir juga biasa. Sebab apa? Sebab saya menolak untuk melayan dia.

Saya masih bersabar demi anak. Walaupun saya kerap menjadi punching bag suami, tetapi dengan anak dia tak pernah berkasar. Dia sayang sangat dengan anak kami. Tak pernah dia marah hatta jentik anak kami.

Jika saya cerita pada kawan kawan dia mesti mereka akan kata saya menipu. Suami saya orang masjid, berjubah, berkopiah 24jam. Tak pernah miss solat jemaah maghrib dan isyak di masjid. Kadang kadang dia sendiri melaungkan azan.

Sampai lah saya melahirkan anak ketiga, keadaan masih sama. Akhirnya hati saya mti. Mak dan bapa angkat dah pergi tinggalkan saya. Kemudian ayah juga menyusul. Dah tak ada sesiapa lagi untuk melindungi saya. Saya tekadkan hati untuk menuntuk cerrai.

Dia boleh melepaskan saya tapi anak anak saya tak boleh ambil. Saya setuju. Ya saya dicerraikan dengan cara yang paling hina.

Bermula lah hidup saya dengan hati yang mti. Saya bawa diri jauh ke selatan tanah air. Seorang diri, tanpa sesiapa. Saya menyewa bilik, cari kerja.

Dengan kelulusan PMR yang saya ada, saya hanya layak jadi pelayan di kedai makan. Lepas lah untuk saya bayar sewa bilik dan keperluan sendiri. Tetapi setiap malam saya tidur bertemankan air mata. Setiap malam saya rindukan anak anak saya.

Kemudian saya dapat masuk kilang. Alhamdulillah duit gaji saya cukup untuk saya beli keperluan anak setiap kali saya melawat mereka. Ex suami? Akhirnya giila talak. Setiap malam ws saya, katanya anak anak perlukan saya. Dia sendiri rindu saya.

Setelah hampir 4 tahun menjanda, hadir seseorang dalam hidup saya. Saya berterus terang padanya yang saya janda anak 3. Dia bawa saya jumpa ibunya, ibunya memeluk saya dan kata, “anak makcik dah cerita semuanya. Kahwin lah, makcik restu.”

Sehari sebelum kami bernikah, dia berjanji takkan buat saya menangis lagi. Dia berjanji akan padam segala kisah duka saya. Kini kami bahagia dengan seorang cahaya mata yang baru lahir aidilfitri yang lalu. Walaupun kehidupan kami sederhana tapi saya bahagia.

Benarnya yang pelangi akan muncul selepas hujan. Cuma pelangi saya ni betul betul lambat muncul. Mungkin sesat agaknya.

Kadang kadang saya buruk sangka dengan Allah. Mengapa saya diuji seawal umur saya 4 tahun, iaitu kehilangan ibu. Dan ujian datang tak putus putus.

Apakah salah saya lahir ke dunia? Apakah dosa ibubapa saya sehingga saya terpaksa menanggung segala kesengsaraan ni?

Doakan saya bahagia ke akhir hayat. Dan doakan semoga satu hari nanti anak anak saya akan kembali pada saya. Saya masih tidak mampu untuk menuntut hak penjagaan ke atas anak anak saya.

Kepada mereka yang menganiaya saya, saya tidak lah mendoakan perkara yang tidak elok. Tapi saya masih tidak mampu memaafkan.

Juga kepada pihak sekolah yang saya anggap menganiaya saya, saya serahkan kepada Allah untuk menghukum.

Kepada lelaki yang telah merosakkan saya, aku tahu kau dah kahwin dan ada 2 anak perempuan. Jaga lah anak anak kau sebaiknya

Kepada bekas suami, Gee tak dendam dengan abang. Cuma Gee terkilan abang tak lindungi Gee.

Kepada suami, hanya Allah sahaja boleh balas jasa awak. Awak bagi sinar baru dalam hidup saya. Mungkin ini kebahagiaan sebelum saya menutup mata.

Kepada anak anak umi, umi minta maaf sayang. Umi tak mampu nak ambik awak lagi. Tapi umi tak pernah putus doa moga kita bersatu dibawah satu bumbung kelak.

Ya sekarang saya lah wanita terbahagia namun hati kecil saya kerap menangis kerana rindukan anak anak yang jauh.

Ada kalanya terlintas di hati, apakah saya selfish dengan meninggalkan anak anak demi mencari kebahagiaan? Salahkah saya keluar dari kehidupan yang penuh kesengsaraan?

Maafkan andai ada salah silap sepanjang penulisan saya disini.

Salam sayang, Kak Zie.

Reaksi Warganet

Aminah Siti –
Keluar jugak air mata. Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul. Sejak kecil dah hadap gangguan, sebelumm sampai umur mumayyiz. Sikit sebanyak ganggu cara kita adapt dan bersocial.

Mungkin dari segi luaran, dulu dulu orang ingat kita liar, tapi tuhan tahu apa kita sembunyi dan apa kita zahirkan. Mujur puan tahu apa betul dan salah.

Jangan menyesal. Apa yang dah berlaku, sedang berlaku dan apa akan berlaku, itu yang terbaik untuk kita. Pasal anak anak tu, selain berdoa, kekalkan berhubung dengan anak anak.

Pasal orang orang yang aniaya puan, percayalah puan tak salah jika tak mampu maafkan, cepat atau lambat mereka akan terima balasan. Allah tak pernah tidur…

Hasa Acs –
Macam mana pengetua pk dan ustazah tu tak tanya betul betul kalau warden tu fitnah? Sebab saya juga guru, saya jugak bekas seorang pelajar yang pernah di fitnah oleh warden gara gara cemburu tak bertempat.

Tapi saya bertahan dan cari saksi. Last last warden tu mengaku salah smpai habis sekolah bagi surat minta maaf.

Ikut pengalaman saya handle kes bgni, takkan diam dan cari cara penyelesaian. There is something missing i guess. Tapi saya hat off dengan awak sis. Sangat kuat brtahan. Tak semua orang mampu sekuat ini. Semoga ganjaran syurga buat awak !

Salwa Syed Omar –
Allahu. Menitik airmata membaca coretan puan. Tiada apa yang mampu diucapkan selain mendoakan Allah sentiasa memberkati dan mempermudahkan urusan puan dunia akhirat dan suami puan jua dibalas dengan beribu rahmat atas kebaikannya dalam mengambil puan sebagai suri hidup beliau dan melayan puan dengan selayaknya.

Kepada ex suami, cukuplah berselindung disebalik kopiah dan ahli masjid. Cukup la menjadikan alasan agama dalam memperbodohkan orang lain serta sebagai senjata ugutan. Semoga balasan setimpal dengan perbuatan akan menjadi hukuman di dunia dan akhirat.

Sue Amy –
Saya memang rasa tak puashati dengan cara sekolah menangani masalah Zie. Patutnya ikutlh procedure, lapor kepada polis etc..

Menolong student, bukan menyalahkan kerana nak melindungi individu dan menjaga nama baik sekolah. Kenapa tak siasat latarbelakang student, bila dah buang sekolah apa nasib dia.

Ya Allah kasihannya Zie kerana mereka telah merosakkn masa depan Zie. Berapa lama Zie menanggung derita dan kesusahan. Sayang sebab Zie seorang pelajar yang bijak tetapi telah dimusnahkn dan tidak dapat membela nasib diri.

Semoga Zie terus mendapat kebahagiaan dan keberkatan hidup di samping suami dan anak anak, aminn..

Sumber – Kak Zie (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*