Meh La Jumpa I Depan-Depan. Jangan Jadi Pengecvt Baling Batu Sembunyi Tangan – Aishah mengamuk lagi sebab ini

” Memang rancang utk ‘att4ck’ ye, atau kena bayar?? Wow, jangan selindung-selindung dik, meh jumpa I, itupun KALAU YOU BERANI lah?”

Demikian kata-kata penyanyi lagenda, Aishah membiidas semula segelintir pihak yang cuba mempersoalkan kebolehannya menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu.

Aishah meluahkan rasa kesal apabila pihak terbabit cuba membandingkan nyanyiannya dengan Siti Nurhaliza yang juga penyanyi asal lagu tersebut pada Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-35.

” Apa barang setakat DM saja nak kutvk I Btw, ramai yang salah anggap ‘having principles’ as ‘arr0gance’.

” Mehlah jumpa I depan-depan I can explain to you the difference.

” Dont be a cow4rd, peng3cut, baling batu sembunyi tangan. Tunjuk gambar muka you yang sebenar supaya followers I boleh kenal you..”, tulis Aishah di Instagram beliau.

Dalam perkongsian itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah binti Wan Ariffin turut memuatnaik tangkap layar mesej yang dihantar oleh individu terbabit kepadanya menerusi DM di Instagram.

Antara lain individu terbabit menvduh Aishah sebagai seorang yang berlagak dan meminta Aishah menerima kritikan terhadapnya.

” Satu masalah Aishah ni ialah terlampau arr0gant, sebab tu tuhan da tarik balik apa yang u ada.. Memang u nyanyi tak sedap haritu, terima jela hakikat..” tulisnya

Terdahulu, penyanyi yang juga pencipta lagu Aku Bidadari Syurgamu, Ippo Hafiz turut kesal apabila ada segelintir netizen meninggalkan komen negatif terhadap persembahan Aishah semasa separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) yang berlangsung Sabtu lalu.

Menurut Ippo, dia dan penyanyi asal lagu tersebut iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza berbesar hati dengan kesungguhan Aishah menyanyikan lagu itu di pentas SFMM35.

” Mengenai persembahan Kak Aishah semalam, saya yang bertanggungjawab sepenuhnya! Saya cuma ralat apabila baca komen yang ditulis netizen tanpa memikirkan perasaan Kak Aishah.

Pada malam Sabtu, Aishah menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan penyanyi asal Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun, persembahan Aishah menerima pelbagai reaksi penonton termasuklah komen yang berpendapat lagu tersebut tidak dibawa dengan baik dan tiada penjiwaan.

Sementara itu, Ippo menjelaskan pemilihan Aishah untuk menyanyikan lagu itu bukanlah untuk dijadikan perbandingan dengan penyanyi asal.

Apa pula kata Tokti?

Sementara itu bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza pula, beliau menyifatkan pemilihan Aishah mendendangkan lagu popularnya, Aku Bidadari Syurgamu pada Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-35 itu sebagai detik bersejarah.

Siti memberitahu, persetujuan Aishah untuk menggalas tanggungjawab itu dianggap suatu penghormatan.

” Apabila Kak Aishah bersetuju menyanyikan lagu itu, Siti anggap ia suatu penghormatan. Sebelum jadi penyanyi, ketika buat persembahan di majlis orang kahwin dan sebagainya, Siti sering menyanyi lagu Kak Aishah.

” Ketika menyertai Bintang HMI peringkat akhir, Siti menyampaikan lagu Kak Aishah. Kali ini, giliran Kak Aishah pula…. Ini seperti suatu sejarah bagi Siti,” katanya kepada BH Online.

Be the first to comment on "Meh La Jumpa I Depan-Depan. Jangan Jadi Pengecvt Baling Batu Sembunyi Tangan – Aishah mengamuk lagi sebab ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*