
Kuala Lumpur: Tidak semua artis dan kru produksi program Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) diminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani ujian swab.
Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 35, Nurul Huda Khalid berkata, KKM menyenaraikan beberapa nama kontak rapat penyanyi Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 semalam pada hari pertama SFMM35 untuk menjalani ujian swab dan kuarantin selama 14 hari.
“Senarai nama yang diberikan KKM untuk artis dan kru produksi menjalani ujian saringan tidak ramai. Ia cuma membabitkan beberapa penyanyi pada hari pertama SFMM35 serta kru belakang pentas.
“Namun, kami mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminta semua pihak yang terbabit pada acara ini untuk menjalani kuarantin diri di rumah selama 14 hari selain ada artis yang mengambil inisiatif membuat ujian swab semalam,” katanya.
Menurut Nurul Huda, tarikh baharu untuk hari ketiga SFMM35 masih belum ditetapkan namun akan dilakukan selepas tempoh kuarantin.
“Kita tunggu selepas tempoh kuarantin tamat. Kemungkinan hari ketiga SFMM35 akan dibuat pada hari Jumaat kerana pihak kami tidak mahu mengganggu slot hujung minggu program Vokal Mania dan Lagu Cinta Kita,” katanya.
Dalam pada itu, Nurul Huda meminta kepada mana-mana individu yang mengecam untuk berhenti menyalahkan Alif di atas apa yang berlaku.
“Janganlah salahkan dia sebab takkan dia nak membahayakan orang lain. Alif ada hubungi saya sebaik dia menerima keputusan itu. Dia menangis dan meminta maaf kerana tiada niat untuk menyusahkan semua orang. Apa yang berlaku ini sudah tertulis dan mengingatkan kita semua supaya lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya.
Terdahulu, Alif membuat persembahan menerusi lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan di SFMM35.
Bagaimanapun semalam Alif menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjani ujian swab.
Dengar je Alif Satar p0sitif C0vid-19, ini tindakan pantas rakan selebriti
SUSULAN Alif Satar disahkan p0sitif Covid-19, rata-rata penyanyi dan pengacara Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35) menjalani ujian saringan C0vid-19 dan kuarantin selama 14 hari.
Antara yang berkongsi menerusi Instagram masing-masing adalah pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Husni, serta penyanyi, Hael Husaini, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel dan Naim Daniel.
Rata-rata meminta semua peminat mendoakan yang terbaik buat mereka, keputusan yang keluar baik-baik belaka dan Alif sendiri segera sembuh.
Berikut pula koleksi video dan status selebreti di IG masing-masing ketika membuat ujian saringan C0vid
Sherry Alhadad
Assalamualaikum semua. Saya baru sahaja melakukan c0vid test di Hospital MSU Shah Alam dan akan melakukan self kaurantin selama 14hari. Doakan semoga semuanya di permudahkan. InsyaAllah Doakan sahabat baik kami @alifsatar cepat sembuh
Haziq Husni
Alhamdulillah selesai swab test. Pengalaman kedua. Semoga negatif jua. Saya juga akan kuarantin diri selama 14 hari. Semoga dipermudahkan segala urusan kita. Amin
Naim Daniel
Salam, setelah mendapat perkhabaran tentang my brother @alifsatar , saya bergegas ke MSU Hospital untuk melakukan swab test ke atas diri saya sendiri dan insyaallah keputusan akan diberikan dalam tempoh 24 jam.
Ini merupakan kali kedua saya melakukan swab test (yang pertama pada 23 Oktober 2020) . Atas urusan kerja.
Ernie Zakri
Alhamdulillah. Ernie, @syamel_official , @aqilahmaria_ dan semua team kami sudah selesai melakukan swab test. Mudah mudahan Allah swt permudahkan segalanya buat kami. Kami akan self quarantine selama 14 hari.
Terima kasih @wanyhasrita dan @__nisaanisa__ membantu kami menguruskan proses swab test. Sayang dia
Kak Ninie bukan rolling eyes kat Dr tau, memang cenggitu rupa ku hahahaha tak berapa lawa. Buat semua team #SFMM35 , Ernie doakan agar semuanya selamat, aamin.
Hael Husaini
Semoga semua dipermudahkan. Doa yang baik baik and stay safe
Zynakal,
Alhamdulillah baru selesai swab test stay strong champ
Altimet
Tak kelakar weh. Apa2 pun ni yang ditakdirkan, hadap je lah. Alhamdulillah
Tuju
“Demi keluarga dan orang sekeliling aku jalan kan tugas. Jangan putus doa Insyaallah, semuanya akan baik baik @alifsatar for family”
Sama-sama kita mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja insyaallah.
Sumber hmetro/samsohor
Be the first to comment