Tular video t3mbak anjing, lelaki ini dicari, ganjaran RM2,000 buat pemberi maklumat tepat

KUALA LUMPUR – Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan RM2,000 kepada sesiapa yang dapat menyalurkan maklumat sahih berkaitan lelaki dipercayai men3mbak anjing dengan senapa4ng seperti yang tular di media sosial.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, kerjasama orang ramai amat diharapkan bagi membolehkan tindakan susulan diambil terhadap pelaku terbabit.

“Buat masa ini, kita belum menerima maklumat terperinci mengenai kejadian itu kecuali video yang tular.

“Kami mengalu-alukan orang ramai khususnya perakam tidak kira keluarga, rakan atau jiran terdekat lelaki di dalam video berkenaan untuk menyalurkan maklumat dengan menghantar kiriman Whatsapp Hotline Animal Malaysia di talian 01120901097 dengan segera.

“Maklumat itu juga boleh disalurkan kepada pihak berkuasa supaya pelaku diambil tindakan jika benar dia melakukannya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R Kalaivanan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima banyak kiriman video berkenaan hari ini.

Menurutnya, belum ada saksi atau mana-mana individu yang tampil memberi maklumat terperinci.

“Sehingga kini, tiada maklumat lanjut diterima berhubung pelaku dan lokasi juga masih disiasat.

“Tindakan men3embak anjing dengan sena4pang adalah keja4m dan tak berprikemanusiaan, jika ia benar-benar berlaku .

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau mengenali pelaku diharap menghubungi SAFM dengan menghantar kiriman Whatsapp di talian 016-2662007 dan identiti pengadu akan dirahsiakan,” katanya.

Menurut Kalaivanan, hukuman berat menanti pelaku mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 30 iaitu de3nda maksima RM100,000 atau hukuman penja4ra tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika dis4abitkan kesala4han.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai rakaman video berdurasi 24 saat yang menunjukkan seorang lelaki berdiri di depan rumahnya sambil memegang sena4pang sebelum mene3mbak haiwan dipercayai anjing.

Bagaimanapun, wajah pelaku terbabit tidak kelihatan di dalam rakaman video itu dan identitinya belum dapat dipastikan sehingga kini

Saksikan video,

 

 

Sumber wowberita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*