Lelaki Gngster Penuh Tatu di Bdan Lalu Roadblock. Ditanya Knp Tak Pakai Helmet, Jwpan Dia Buat Polis Terpana

Kisah ini diambil dari perkongsian di halaman Facebook Street Dakwah Writer – Ali Russia. Ali Russia merupakan seorang individu profesional yang terlibat dalam industri Oil & Gas.

Dia bagaimanapun mula dikenali apabila terbabit secara aktif dalam program dakwah dan Ijtimak. Kisah-kisahnya banyak dikongsikan di akbar-akhbar dan majalah.

Pelbagai kisah suka dan duka, malah kisah lucu dikongsikan Ali Russia sepanjang melakukan kerja dakwah.

Insyallah – Gengster Kucing

Asalam Bhai, wah wah wah, seronok laa mana yang dapat pergi Ijtimak Tongi, sememangnya Ijtimak Tongi pada tahun ini di sarankan oleh Elders elders supaya seboleh mungkin kita menghadirinya,

Aku tak dapat pergi, tapi Alhamdulillah dapat sampai ke Ijtimak Yala, Barakallah. Di ijtimak Yala aku dapat jumpa ramai kawan kawan, kawan kawan sekolah dulu kala, kawan yang pernah keluar jamaah sama sama dan ramai lagi.

Berbagai peristiwa yang berlaku especialy selepas program ijtimak, selalunya selepas program ijtimak aku akan lepak bersama sama sahabat sahabat yang satu kepala dengan aku di belakang Khemah Istiqbal, berbagai cerita dan karkuzari yang kami dapat.

Sementelah kami dari berbagai tempat dan negara, tetapi yang selalu bersama dengana ku ialah sahabat sahabat manta Mafia dari Indonisia dan Thailand.

Salah satu cerita Mafia atau Gengster yang betul betul menarik dan membuatkan aku berdekah dekah ialah cerita dari seorang sahabat Mohalla Syuhada…Nik Yahya

Begini ceritanya…

Di salah satu kampung di Sabah tinggal seorang samseng kampung yang lagaknya mengalahkan Yakuza lagaknya.

Lelaki gengster ini sebenarnya bukan lah berani sangat tetapi cuma berlagak kerana badan nya di penuhi Tatoo dan salah satu Tatoo yang betul betul membuatkan beliau merasa “Gah” ialah sebuah Tatoo seekor Harimau besar yang terdapat di dadanya.

Setiap petang beliau akan bermotosikal menuju ker warung tempat dimana beliau selalu lepak lepak dan berbual bersama sama penduduk kampung.

Selalunya beliau memakai baju kemeja berlengan pendek dan membiarkan bajunya tidak berbutang dengan tujuan untuk menayangkan Tatoo Harimau besarnya.

Satu hari kampungnya telah berlaku satu rompakan dan roadblock telah di lakukan oleh pihak polis, seperti biasa lelaki tadi telah menunggang motosikalnya untuk pergi ke warung yang biasa beliau melepak.

Tanpa menyedari ada Roadblock beliau menungang motosikalnya menuju ke warung tersebut tanpa memakai topi keledar keselamatan dan tanpa membutangkan baju nya seperti biasa dengan lagak samseng kampung..

Tiba tiba beliau di tahan di pertengahan jalan oleh 2 orang Polis yang membuat roadblock

Dengan separuh mengigil dan terkial kial cuba membutangkan baju nya Polis tadi telah bertanya..

Polis : waaaaaaah…hebat, mana topi keledar..???
Samseng Kampung : Heeeeeeee…. (seringai dan buat muka 10 sen) lupa nak pakai Tok…

Polis : Topi keledar tak pakai…baju tak butang….mafia niii…!!!
Samseng Kampung : Heeeeeeeee….(lagi sekali seringai) sambil terkial kial cuba memasang butang bajunya….

Polis : Ni apa ni…!!! Sambil menunjukkan ke dada samseng kampung tadi..

Samseng Kampung : Ni Kucing Tok…gambar kucing saya…!!

Kami….muaaahahahahahahah…

(Gambar di atas adalah sekadar hiasan semata-mata).

Sumber:FB Street Dakwah Writer – Ali Russia

Be the first to comment on "Lelaki Gngster Penuh Tatu di Bdan Lalu Roadblock. Ditanya Knp Tak Pakai Helmet, Jwpan Dia Buat Polis Terpana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*