
Pelawak Ali Puteh berang selepas ada segelintir pengikut Instagram (IG)nya meninggalkan komen kesat pada foto anak lelakinya, Syed Umar Iskandar yang baru berusia dua bulan.
Ali atau nama penuh, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memuat naik foto bersama dengan disertakan kapsyen ‘My king’.
Sengaja mengundang pergaduhan, terdapat beberapa orang netizen meninggalkan komen berbaur perlian.
Komen itu telah mencetus kemarahan Ali sekali gus memberikan peringatan untuk tidak mengaitkan anaknya.
Walaubagaimanapun, ada juga yang bersikap prihatin meluahkan rasa kesal terhadap individu tidak sensitif itu kerana melibatkan anak kecil yang tidak bersalah.
Ali dan isteri sebelum ini diuji apabila anak perempuan kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan, meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Selain Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2016 ini dikurniakan anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen berusia tiga tahun.
Ali Puteh abadi nama ‘Umar’ pada anak
Pelawak Ali Puteh mengabadikan ‘Umar’ seperti nama sebenar Allahyarham Abam kepada permata hatinya itu.
Ali atau nama penuh, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, berkata, nama Syed Umar Iskandar yang diberi kepada anak lelakinya itu mirip nama arwah Abam, iaitu Syed Umar Mokhtar.
“Kebetulan ketika isteri hamil, arwah Abam meninggalkan kami. Apabila bersalin, kami dapat anak lelaki.
“Jadi, saya berbincang dengan isteri dan emak untuk mengambil nama arwah dan mengabadikan nama itu kepada bayi yang baru dilahirkan ini.
“Apabila semua bersetuju, nama ‘Umar’ diambil lalu jadilah Syed Umar Iskandar. Nama Umar juga ada kaitan dengan dengan sahabat Nabi Muhammad SAW,” katanya kepada BH Online.
Ali berkata, isteri, Melati Fitri dan ahli keluarga yang lain pasti terkenangkan arwah Abam apabila anak mereka juga dinamakan Umar.
“Arwah Abam selalu bersama kami. Ingatan kami terhadap arwah tidak akan terhakis. Rindu kami kepada arwah tidak pernah berpenghujung.
“Malah, nama dua anak saya sebelum ini juga diberikan arwah Abam,” katanya.
Tambah Ali, jika arwah masih hidup, pasti dia sibuk menguruskan banyak perkara demi kesenangan orang lain.
“Rasa macam arwah masih ada dalam setiap momen yang dilalui kami. Tapi, ternyata, Allah lebih menyayanginya,” katanya.
Sumber : Gempak/bharian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sumber transformasi
Be the first to comment