KETUA POLIS JOHOR TUNJUK GAMBAR KASUT ANTARA BARANG RAMPASAN, TIBA TIBA NETIZEN MULA LETAK HARGA. APA KPN JOHOR KOMEN BUAT RAMAI TERHIBUR

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay adalah antara anggota polis yang disegani orang ramai. Dengan gaya yang tegas dan selalu memuat naik perkembangan terkini polis di negeri Johor.

Pada Jun tahun lalu, KPN Johor ini pernah mengeluarkan satu kenyataan sekiranya takut jangan jadi pegawai polis.

Ketika itu beliau telah menerima banyak ancaman dari pihak sindiket PATI (Pendatang Tanpa Izin).

Katanya, beliau menegaskan tidak akan sesekali tunduk dengan ancaman diterima sebaliknya akan terus memperhebatkan operasi bagi mengekang kegiatan penyeludupan masuk atau keluar Pati.

“Memang ada usaha untuk mengambil tindakan ke atas saya termasuk ancaman diberikan. Ada menerusi WhatsApp, mesej dan Facebook juga.

“Itu adalah lumrah. Apa yang penting kita berhati hati dalam apa juga tindakan, kita berjaga-jaga dan yang selebihnya kita serah pada Allah. Selagi kita ikhlas berkhidmat, kita jangan takut. Kalau takut jangan jadi pegawai polis.

“Jadi guru, jadi wartawan pun ada yang terima ancaman. Itu biasa jadi tuan-tuan jangan bimbang jangan takut,” katanya.

GAMBAR KASUT NIKE JADI BIDAAN NETIZEN


Semalam laman Facebook Polis Johor telah memuat naik beberapa keping gambar hasil rampasan penipuan pelaburan tidak wujud, sindiket pelaburan Forex dan mata wang digital kripto dalam serbuan di Taman Sri Kluang, Kluang kelmarin

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan pada jam 9 malam itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 27 hingga 40 tahun.

Satu gambar kasut nike yang dipegang oleh Ketua Polis Johor menjadi bualan netizen. Dikatakan kasut tersebut amat bernilai dan jarang dijumpai pada waktu sekarang.

Netizen mula meninggalkan komen bidaan pada gambar tersebut.

Yang buat netizen apabila Ketua Polis Johor sendiri jawab komen pada gambar tersebut.

“TAMAT sebab barang kes bukan untuk dijual” – KPN Johor

Pada komen KPN Johor itu sahaja terdapat 183 komen dan rata rata memuji sikap bersahaja beliau.

“Sempoi jugak dato rupanya. Teruskan usaha Dato”

“Bila buka bid dato…kami memang minat ni”

“Menanti perkataan TAMAT . Pemenang di ambil atas perkataan TAMAT. Haha.”

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 10 utas jam tangan berjenama Rolex, dua utas jam tangan jenama Hublot, enam buah telefon bimbit pelbagai jenama, 16 keping kad visa pelbagai bank dan 22 kepingan emas.

“Turut dirampas wang ringgit Malaysia berjumlah RM2.17 juta, mata wang asing dianggarkan berjumlah RM1.4 juta dan buah kereta mewah dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM4.6 juta,” katanya.

Apa pun tahniah Polis Johor dan terima kasih Ketua Polis Johor kerana menghiburkan hati semua. Demo memey kenal bare … wor!

Artikel By: AwattSyeikhh Network

Be the first to comment on "KETUA POLIS JOHOR TUNJUK GAMBAR KASUT ANTARA BARANG RAMPASAN, TIBA TIBA NETIZEN MULA LETAK HARGA. APA KPN JOHOR KOMEN BUAT RAMAI TERHIBUR"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*