Bob Lokman Masuk Hospital Dan Perlukan Duit Untuk Bayar Pembedahan. Tiba Tiba Netizen Melenting Bila Ramai Yang “Tag” Minta Tolong Ebit Lew

Pelakon, pelawak, pengacara dan penulis lirik popular, Bob Lokman memerlukan sekitar RM60,000 bagi menampung kos rawatan pembedahan akibat masalah jantung yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, beliau memohon sumbangan orang ramai bagi memasang sejenis alat untuk mengawal degupan jantung.

Justeru, bekas artis serba boleh berusia 56 tahun itu sangat mengharapkan sumbangan ikhlas daripada individu yang prihatin sekali gus dapat menyembuhkan kembali kesihatan dirinya.

Ramai Yang Tag Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew - Inspired to help others by stranger's caring act

Rata rata setiap page Facebook yang menyiarkan artikel Bob Lokman meminta tolong tag Ustaz Ebit Lew untuk bantu.

“Ingat Ebit Lew ni Pusat Zakat ke?” – Netizen

Ada sesetengah individu yang tidak berpuas hati apabila Ebit Lew di’petik’ untuk bantu seorang bekas artis. Ada yang bertanyakan dimana Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Ramai lagi yang lebih kaya kenapa perlu Ebit Lew sahaja.

“Semua Ustaz Ebit Lew. Gunung pun boleh runtuh. Mana pergi artis2 rakan seni yg ada. Inilah masanya utk membuktikan semangat setiakawan di kalangan artis2 itu masih ujud…”

“Persatuan seniman malaysia mana..takan nganga lagi..si penjual tauhu begedil tu apa ke nama tah zed zainon,zed zaini ke zed zebra ahhh sudahh lupa pulakk…”

Kalau Ebit Lew boleh bantu apa salahnya tetapi ada betulnya takkan kita nak harapkan Ebit Lew sahaja. Siapa yang berkemampuan boleh la bantu saudara Bob Lokman ye.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban beliau boleh berbuat demikian ke akaun Maybank milik isterinya Relawati Daud bernombor 162348359386.

Bob turut mempunyai kerjasama dengan Muslim Care Malaysia atas akaun Maybank bernombor 564490211159 atau boleh menghubungi beliau di talian 019-2825555.

Artikel By: AwattSyeikhh Network/eesohor

Be the first to comment on "Bob Lokman Masuk Hospital Dan Perlukan Duit Untuk Bayar Pembedahan. Tiba Tiba Netizen Melenting Bila Ramai Yang “Tag” Minta Tolong Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*