
Setelah lebih setahun pemrgian Allahyrham Mejar Mohd Zahir Armaya, bapa arrwah yang juga pelawak veteran AR Badul tampil menuntut haknya sebagai salah seorang waris.
AR Badul atau Armaya Aman Ramlie, 71, berkata, dia kesal apabila haknya sebagai bapa dinafikan tanpa penjelasan munasabah.
” Saya ayah dia, tapi tak layak nak dapat tuntutan terhadap hak Allahyrham.
” Pihak sebelah sana (bekas isteri) kata saya tak ambil tahu tentang anak (Mohd Zahir) sejak kecil dan kata saya bukan bapa dia.
” Setiap ayah tidak mahu kehilangan anaknya. Apa yang saya nak bagitau sekarang ini cuma kepada pihak ATM dan insurans serta keluarga belah sana (bekas isteri), banyak mengatakan saya tidak ambil tahu pasal anak saya sejak dia kecil.
Anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka
” Dia duduk di sebelah ini, bila saya nak pergi ambil dia waktu itu bila ibu dia mahu bawa balik ke Sabah, anak-anak saya sendiri kata saya bukan bapa mereka.
” Ini benar-benar terjadi, jadi saya hanya bertenang saja kerana pada saya mereka sebenarnya sayang saya.
” Jadi sampai mereka besar (dua beradik, anak AR Badul yang dibela ibu angkat) memang saya jarang melihat mereka.
” Justeru bila berlakunya isu ini (menuntut pembahagian harta), pihak sana mengatakan saya tidak ambil tahu..tapi saya bapa kandung dia.
” Pihak ATM juga memberi apa-apa kepada saya kerana menurut mereka saya tidak layak. Pihak insurans juga kata saya tidak layak. Elaun dan pencen dia pun mereka kata saya tidak layak.
” Saya kata takpe, kemudian saya pergi berjumpa dengan pegawai-pegawai tinggi di ATM mereka mengatakan jika saya mahu meneruskan inkues, anak-anak Allahyrham akan kehilangan hak-hak mereka. Jadi kerana itu saya redha dan tak jadi meneruskan inkues.
” Apa yang saya mahukan inkues ini sebenarnya kerana sebagai bapa mereka menghalang saya dari mendapat segala-galanya. Di mana saya nak minta tolong saya pun tak tahu.
” Saya tak kisah disekat, tapi tolong beritahu satu Malaysia,, ini satu contoh seorang bapa yang tak pernah jaga anak daripada kecil, bila jadi macam ini dia tidak harus dan tidak layak..
Beritahu kenapa saya tidak layak
” Jika betul saya tidak layak saya berharap pihak ATM hantar surat kepada saya beritahu,,anda tidak layak gini gini..pencen, anda tidak layak gini gini…
” Insuran kelompok itu memang diberi kepada penama, tapi saya berhak dan boleh untuk menuntut (bahagian) faraid.
” Tapi saya tak mahulah orang kata ini pasal duit lah ni, mungkin banyak cerita buruk tentang saya dengan anak kerana belah sana mengatakan dia yang menjadikan anak saya ini manusia.
” Ini bukan soal duit tapi tentang hak saya sebagai bapa, saya berani untuk tampil ke hadapan, ” katanya kepada mStar.
Mohd Zahir yang juga pegawai komando, m4ut pada 4 September 2019 ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.
Sementara semalam, balu Allahyrham, Nour Shafinar Harun, memberitahu dia sudah menerima insuran kelompok dan membuat pembahagian mengikut jumlah caruman yang difara1dkan iaitu lebih RM5,000 kepada ibu mentua yang berada di Sabah dan ibu angkat arrwah di Setapak.
Menurut Shafinar, dia memang mahu menyerahkan bahagian AR Badul cuma masih belum ada kesempatan memandangkan tidak lagi berhubung
Be the first to comment