Dua kali tersenarai antara lelaki paling kacak dunia, tak sangka ini respon Fazura

Pelakon Fattah Amin akui terkejut apabila sekali lagi tersenarai antara lelaki paling kacak dunia pada tahun 2020.

Jelas Fattah, 30, dia bersyukur kerana masih ada peminat yang mencalonkan namanya dan tidak menyangka akan tersenarai lagi sekali.

“Syukur Alhamdulillah… Itu yang boleh saya katakan

“Sebelum ini pun pernah ada tersenarai, kemudian tahun ini pun ada lagi. Saya pun tak sangka.

“Kalau tak salah, itu pun hasil daripada orang undi,” katanya kepada Gempak.

Fattah merupakan selebriti tunggal dari Malaysia yang menerima pencalonan tahun ini anjuran TC Candler.

Pencalonan dipilih berdasarkan undian dan komen peminat yang dihantar ke laman YouTube rasmi TC Candler, sebelum 100 nama Jejaka Paling Kacak dan Wanita Paling Cantik disenarai pendek.

Bekas juara Hero Remaja itu mendapat tentangan sengit daripada tiga selebriti Indonesia, beberapa aktor Hollywood seperti Leonardo DiCaprio dan Chris Evans serta artis K-Pop.

Mengulas mengenai reaksi isterinya, Nur Fazura apabila dia tersenarai dalam calon tersebut, cerita Fattah senarai itu pernah diulang siar dalam akaun Instagram aktres itu sebelum ini.

“Faz ada repost dari Instagram saya. Katanya ‘wow’, mungkin dia bangga dengan suami dia,” tambahnya ringkas.

Sebelum itu,

Fattah Amin Tersenarai Dalam 100 Lelaki Paling Kacak Di Dunia

Fattah Amin Tersenarai Dalam 100 Lelaki Paling Kacak Di Dunia

Aktor Fattah Amin melakar tersenarai sebagai seorang daripada calon Jejaka Paling Kacak 2020 anjuran TC Candler.

Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 30, merupakan selebriti tunggal dari Malaysia yang menerima pencalonan tahun ini.

Pencalonan dipilih berdasarkan undian dan komen peminat yang dihantar ke laman YouTube rasmi TC Candler, sebelum 100 nama Jejaka Paling Kacak dan Wanita Paling Cantik disenarai pendek.

Bekas juara Hero Remaja itu mendapat tentangan sengit daripada tiga selebriti Indonesia, beberapa aktor Hollywood seperti Leonardo DiCaprio dan Chris Evans serta artis K-Pop.

Dua tahun lalu, pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding, 33, menduduki tangga ke-84 Jejaka Paling Kacak Dunia.

Mula dianjurkan sejak 2013, antara selebriti tampan yang pernah menjuarai gelaran Jejaka Paling Kacak ialah pelakon Hollywood, Michael Fassbender pada tahun 2013, Jamie Dornan, (2014), Diego Boneta (2015), Michiel Huisman, (2016), V BTS (2107), Jason Momoa (2018) dan Jungkook BTS (2019).

Sumber Gempak.

Be the first to comment on "Dua kali tersenarai antara lelaki paling kacak dunia, tak sangka ini respon Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*