9 bulan kahwin mlm ni lah kali pertama aku bersama dgn dia,tapi tak sangka melekat benih kembar tanpa kerelaan aku

Aku adalah seorang isteri, berusia 31 tahun dan berkahwin 14 july tahun lepas atas dasar paksaan keluarga. Sekarang aku mempunyai dua orang putera kembar yang ku lahirkan june yang lalu secara pembedahan.

Sebelum aku lanjutkan cerita, aku perkenalkan suamiku dengan nama Man dan. Dia merupakan bekas teman lelaki semenjak dibangku sekolah menengah lagi.

Kami bercinta selama 7 tahun (2002-2009) dan mengakhiri hubungan atas sebab tiadanya kesefahaman.

Selepas kami mengakhiri hubungan, aku tidak lagi mendengar apa-apa berita tentangnya.

Kami membawa haluan hidup masing-masing. Aku sangkakan kami tidak akan berjodoh kerana semenjak kami putus, dia tidak lagi pernah menghubungiku.

Tahun demi tahun berlalu aku jalani hidup sendiri dan pada 2015, aku menerima miscall dan kiriman whatsapp dari nombor yang aku tidak kenali.

Memandangkan aku takut ada kepentingan, aku pun tanya siapa gerangan orang yang teks dan miscall aku.Berkali kali wasap sampai naik menyampah juga time tu.

Rupa-rupanya dia adalah bekas pakwa aku yang telah meninggalkan aku 6 tahun lalu dan kini, dia muncul kembali. Aku tidak tahu dari mana dia dapat nombor hp kerana setahu aku aku telah tukar nombor dan tak pernah beri sesiapa pun nombor aku.

Tahu yang dia yang whatsapp, aku pun tak reply msg dia. Tetapi Man bukanlah jenis orang yang berputus asa, walaupun aku buat tak tau msg dan tak jawab panggilannya namun dia tetap berusaha.

Sehinggalah hujung 2015, tiba-tiba dia senyap. Tiada lagi whatsapp, tiada lagi panggilan yang aku terima darinya. Aku sangka dia telah jemu dan menyerah. Aku bersyukur kerana tidak lagi diganggu.

Namun sangkaanku salah. Rupa-rupanya Man mempunyai rancangan lain untuk mendapatkanku. Semua rancangan Man ini aku tahu selepas kami diijabkabulkan dari kakak aku yang cukup rapat denganku.

Kronologinya ialah, suatu hari mak ayah aku terjumpa dengan Man di sebuah pasaraya.

Memandangkan Man merupakan bekas teman lelaki yang cukup ok dengan mak ayah aku, mereka pun bertukar-tukar nombor telefon dan disitulah mereka bersekongkol untuk rancangan menyatukan kami berdua.

Tanpa sepengetahuanku, Man menyatakan hasrat untuk kembali dan seterusnya melamar aku pada kedua ibubapa dan mak ayah tentu sahaja menerima lamaran Man apa lagi dia dianggap baik oleh kedua orang tuaku.

Justeru itu aku kehairanan, bila sahaja aku duduk lepak bersama mak ayah, mereka asyik memuji-muji bekas teman lelaki aku dan berkias-kkias denganku. Aku buat tak reti kerana aku anggapnya sebagai gurauan sahaja.

Hari demi hari nama Man makin menjadi-jadi disebut oleh mereka berdua. Aku jadi cuak dan marah namun mereka tetap sahaja memuji dan menyuruh aku kembali pada Man. Aku bingung, kenapa mereka semakin egresef hari demi hari bercerita pasal Man?

Dipendekkan cerita pada april tanpa sepengetahuanku, keluarga Man datang ke rumah untuk merisik seterusnya melamar. Ketika tu aku tiada di rumah kerana keluar bersama adik beradik aku..

Apakah ini rancangan mereka? aku tidak tahu. Aku terkilan kerana lamaran diterima tanpa mendapat persetujuanku terlebih dahulu. Sungguh aku terkilan kerana mereka semua membelakangi aku.

Beberapa minggu selepas itu aku dipaksa bertunang dengan Man, aku cuba menolak tetapi mak aku merayu dan menangis mendesak aku menerima sahaja pinangan Man.

Katanya, inilah bakal suami yang tepat untukku. Ya Allah, aku nak tolak tapi tak sampai hati nak lukakan hati mak aku yang berharap aku segera mengakhiri zaman bujang.

Akhirnya dengan terpaksa aku menerima pinangan Man dan kami bertunang tetapi kami tidak pernah berkomunikasi di mana-mana media sosial, berjumpapun aku enggan kerana terlalu marah atas apa yang berlaku.

Akhirnya aku bersetuju tetapi aku memberi syarat pada mak ayah. Kami hanya melangsungkan majlis serba sederhana dan tiada rakan-rakan aku yang akan dijemput di majlis nikah kami.

Bukan aku tidak mahu menjemput dan menghebahkan pada kawan-kawan tetapi pernikahan aku adalah pernikahan paksa dan tidak membahagiakan aku. Biarlah aku dan keluarga terdekat sahaja yang tahu.

Julai 2017, aku dinikahkan tanpa aku redha. Jadilah kami suami isteri tetapi aku tidak boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri Man.

Aku Belum bersedia menyerahkan diri pada Man yang kini sah menjadi suami aku. Pada mulanya Man bersabar tapi lama kelamaan dia mula menuntut hak sebagai seorang suami.

Kami hanya bersama sekitar bulan 9. Aku menunaikan tanggungjawab secara terpaksa. Selepas dari itu aku harap sangatlah yang Man tidak lagi menuntut apa-apa denganku.

Aku juga berniat untuk bercerai, tetapi…. aku tak tahu bagaimana cara untuk aku minta diceraikan. Lagipun mak ayah pasti tidak setuju dan akan marah jika hasrat ini aku beritahukan pada mereka.

Aku akui, sepanjang berkahwin dia banyak bersabar denganku dan terus memujuk agar aku menerimanya sebagai suami.

Walaupun kami bersama cuma sekali, aku tidak menyangka yang aku akan mengandung benih Man suamiku. Aku mulanya tidak sedar dan fikir, alahan dan hilang selera makan hanyalah disebabkan aku demam dan tidak sihat.

Namun aku mengalami alahan teruk, muntah-muntah dan akan pening bila terhidu bau masakan.

Akhirnya aku ambil keputusan pergi klinik. Dalam hati aku tak hentinya berkata “ya Allah, apa lagi ujian yang melanda aku?”Apabila doktor sken, aku disahkan mengandung 2 bulan.

Tentu sahaja Man paling gembira kerana bakal mendapat zuriat. Aku? ya, aku cukup marah pada Man kerana rasanya aku belum bersedia lagi untuk mengandung.

Tetapi kemarahanku tidak lama pabila aku dipujuk kakak aku agar menerima anak itu. Sebagai seorang bakal ibu, hari demi hari aku merasa semakin menyayangi anak yang ada dalam kandungan aku.

Hasrat untuk aku bercerai dengan Man mungkin terbatal dek kerana adanya anak ini. Aku tak mahu anak aku kehilangan kasih sayang seorang ayah. Aku ambil keputusan akan bertahan dengan perkahwinanku walaupun aku terpaksa korbankan perasaan.

Aku tak sangka aku akan melahirkan bayi kembar. Cuma aku perasan, pada usia kandungan 4 bulan ia membesar bagaikan mengandung 6 bulan.

Aku checkup di klinik dan pada mulanya doktor tak dapat sahkan apa-apa. Perkara ini hanya aku tahu bila kandunganku berusia 5ke6bulan. Ya Allah, aku sedang mengandung bayi kembar rupanya. Dan pada 13jun tahun ini aku selamat melahirkan dua bayi lelaki.

Walaupun secara pembedahan, aku terima asalkan kedua bayi aku selamat dilahirkan. Sepanjang proses kelahirannya suami aku Man setia menemani terkecuali di bilik bedah.

Sekarang, usia kedua baby aku sudah pun 3 bulan. Oh ya, aku lupa nak bagitau mengenai man, dia bekerja di kapal yang memerlukan dia berada di atas kapal berbulan lamanya.

Sekarang aku uruskan bayi kembar ini bersendirian tanpa suami. Walaupun ada keluarga yang memberi bantuan dan menyokong, tetapi ia tidak sama jika adanya suami di sisi.

Alhamdulillah sebelum aku melahirkan, Man rela mengambil cuti walaupun dia sebenarnya tidak dibolehkan bercuti. Hanya dua minggu setelah baby kami lahir, dia kembali bertugas.

Sampai sekarang, aku bertahan dalam perkahwinan ini hanya kerana anak, aku berharap, suatu hari hati ini akan terbuka untuk menerima Man yang kini telah pun menjadi suami dan ayah kepada kedua putera aku.

Jika ada pendapat dan tips untuk aku boleh mencintai suami, aku hargai dan banyak-banyak berterimakasih.Aku harap hati aku akan cepat terbuka untuk mencintai suamiku.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*