Kanak-Kanak Gigih Menjaja Kacang Tepi Jalan, Akhirnya Ibunya Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

” Pernah juga kacang yang saya jual langsung tak laku dan saya balik terus menangis,”

Itu kata-kata Muhamad Alif Isqandar Saiful Masri, 10, yang ditemui menjual kacang goreng sambal di sini, semalam.

Menurut murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Kota ini, saat paling seronok ialah apabila semua jualannya habis diborong pelanggan.

” Ketika itu saya menjaja di kawasan stesen pam minyak dan ada seorang pakcik tu beli semua jualan kacang goreng sambal yang saya jual. Tidak sampai setengah jam jualan habis, seronok sangat.

” Tetapi pernah juga jualan saya langsung tidak terjual walaupun lebih dua jam saya menjaja, dari satu kereta ke satu kereta.

” Sebaik balik saya terus menangis kerana tidak dapat bantu ibu mencari belanja dapur,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Katanya, dia hanya mahu membantu keluarga mencari belanja dapur kerana ayahnya, Saiful Masri Kamarudin, 38, hilang pekerjaan sebagai pembantu kedai makan dan ibunya tidak bekerja.

” Saya minta ibu buatkan kacang sambal dan saya jual di beberapa lokasi seperti stesen pam minyak, kawasan pekan Rembau dan di lokasi yang ramai orang.

” Sehari sekitar 80 hingga 100 paket yang terjual dengan harga RM1.50 setiap satu paket. Dengan jualan ini, dapatlah saya membantu ibu dan ayah yang tiada pendapatan tetap akibat COVlD-19,” katanya.

Si ibu buka cerita

Ibunya, Zuratiqa Zainal Abidin, 29, berkata, hanya Muhammad Alif yang keluar menjaja kacang bagi membantu menampung perbelanjaan kami sekeluarga kerana ayahnya hanya membuat kerja kampung selepas tidak lagi bekerja di kedai makan.

” Dia anak yang baik, mendengar kata dan rajin membantu kami sekeluarga. Tidak pernah dia merungut letih malah sentiasa tersenyum ketika menjaja menyebabkan jualannya cepat habis.

” Ada juga guru sekolahnya menempah kacang sambal selepas terjumpa dia menjaja di stesen pam minyak.

” Satu yang saya puji, dia tak malu menjaja malah nampak seronok melakukan aktiviti itu biarpun kebanyakan rakan-rakan sebayanya sibuk dengan permainan gajet,” katanya.

Katanya, dia memberi gaji sekitar RM5 hingga RM10 selepas habis berniaga dan semua wang itu dimasukan ke dalam tabung simpanannya.

” Dia tidak mahu membazir wang yang diberi malah hanya berbelanja jika perlu sahaja.

” Kalau ditanya cita-citanya ialah mahu menjadi usahawan berjaya dan saya yakin aktiviti menjaja kacang goreng sambal ini akan menjadi pemangkin semangat bagi mengejar cita-citanya suatu hari nanti,” katanya ketika menerima sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) di rumahnya semalam Rumah Rakyat Kota, Rembau.

Sumber Riverbed

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Kanak-Kanak Gigih Menjaja Kacang Tepi Jalan, Akhirnya Ibunya Tampil Jelaskan Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*