5 lagi laporan diterima, dikatakan guna minyak pengasih, tak sangka ini jawapan dari KP Selangor

Shah Alam: Polis Selangor menerima kira-kira lima lagi laporan polis terhadap pendakwah selebriti yang ditahan baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, semua laporan itu diterima di dua daerah iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan juga IPD Petaling Jaya dan siasatan masih berjalan.

“Jumlah laporan terkini kira-kira empat hingga lima, jadi kita menyeru pada mangsa-mangsa agar tampil ke hadapan sekiranya mereka mangsa kepada pendakwah ini,” katanya selepas menerima sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman daripada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun selaku Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif Inix Technologies Holdings Bhd di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Noor Azam berkata, berdasarkan siasatan awal, kebanyakan mangsa berusia 21 hingga 25 tahun dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mudah tertarik dengan cara pendakwah terbabit meyakinkan mereka.

“Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pendakwah yang boleh menenangkan dan meyakinkan mangsa terutamanya bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada mangsa.

Dakwaan guna minyak pengasih

Berhubung dakwaan pendakwah terbabit menggunakan ilmu pengasih katanya, setakat ini pihaknya tiada maklumat mengenainya.

Beliau berkata, semua laporan yang dibuat mangsa akan disiasat dan dikumpulkan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana perkenalan mereka juga medium apa yang digunakan.

“Kalau siasatan lengkap, kita akan ambil tindakan. Kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan fakta-fakta dan bukti. Sama ada boleh dakwa atau tidak, keputusan itu terpulang kepada pihak pendakwaan,” katanya.

Ketika ditanya mengapa kebanyakan mangsa mengambil masa lama untuk membuat laporan polis, katanya, berkemungkinan mangsa malu kerana ia membabitkan maruah diri.

“Kadang-kadang mangsa malu, kita tidak boleh salahkan mangsa sebab ini melibatkan maruah tetapi apabila seorang keluar, mesti dua tiga orang mangsa akan keluar lagi.

“Jadi saya menyeru, yang pernah jadi mangsa datanglah ke balai dan buat laporan polis, kita akan ambil tindakan, tidak perlu takut,” katanya

Terjawab Kenapa Semua Gadis Itu Mudah Terpedaya Dan Ikut Da’i Pulang ke Rumah. PoIis Dedahkn Sebabnya

Sejak minggu lalu, kisah tentang Da’i Syed yang ditah4n atas dkwaan merog#I hangat diperkatakan ramai.

Bukan seorang, tetapi beberapa wanita telah tampil membuat laporan mendkwa menjadi mngsa rog#I pendkwah muda itu.

Paling mengejvtkan adalah apabila seorang guru yang mengajar di Lembah Klang tampil mendedahkan beliau turut menjadi mngsa.

Kenapa gadis-gadis itu mudah mengikut Da’i pulang ke rumahnya?

Namun di saat mngsa mengalami tr4uma kerana mengatakan kejadian itu berlaku tanpa kerelaan mereka, terdapat segelintir warganet mempersoalkan kenapa dengan mudah gadis-gadis yang mendkwa menjadi mngsa perbu4tan Da’i Syed mengikutnya pulang ke rumah.

Bagaimanapun, pihak berkuasa telah mendedahkan selebriti rancangan agama itu dipercayai menggunakan medium media sosial untuk memperd4yakan mngsa.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jnyah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed yang mengatakan suspk menggunakan modus operandi yang sama dalam memp3rdaya mngsa.

Menurut Huzir, suspk akan berkenalan melalui Instagram, mengajak mngsa keluar makan sebelum memperd4ya mereka ke rumahnya untuk melakukan perbuatan itu.

” Suspk mula berkenalan dengan mngsa melalui direct message (DM) dan semua mereka adalah pengikut di Instagram.

” Suspk akan mengajak mngsa keluar makan atas pelbagai alasan termasuk atas kapasiti sebagai da’i, rakan Instagram dan perniagaan.

” Kemudian suspk atas pelbagai alasan membuat helah dan memp3rdaya serta memer4ngkap mngsa sebelum bawa balik ke rumah. Ketika di rumah berlaku perkara tanpa kerelaan.” katanya kepada Mstar.

Huzir berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat PoIis Bukit Aman pada Selasa.

Tambah Huzir sehingga kini poIis menerima tujuh lap0ran poIis iaitu dua membabitkan Sksyen 376 Kanun Kesksaan (rog#I), tiga kes bagi Sksyen 354 Kanun Kesksaan (cab0I) dan satu kes di bawah Sksyen 377C Kanun Kesksaan (se.ks Iuar t4bii).

Manakala satu kes lagi diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut susulan tiada unsur gngguan sksu4I.

Da’i Syed sambung tahan r3man lima hari.

” Kami percaya mungkin ada lagi lap0ran, kita bersedia untuk itu dan sudah menubuhkan pasukan khas untuk siasat kes yang melibatkan suspk.

” Kejadian yang dilaporkan adalah terkini… namun tak kira lama atau baru, sila tampil dan buat lap0ran poIis, kita akan siasat,” katanya.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25, ditahan semula pada pagi Selasa selepas tempoh r3man pertama berakhir pada 1 Disember.

Suspk ditahan r3man selama lima hari lagi sehingga 6 Disember bagi membantu siasatan.

Menurut peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan, suspk tetap dengan pendiriannya menafikan semua dkwaan terhadapnya dan sedia memberi kerjasama kepada pihak poIis bagi membersihkan namanya.

Sumber hmetro/RJ

Be the first to comment on "5 lagi laporan diterima, dikatakan guna minyak pengasih, tak sangka ini jawapan dari KP Selangor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*