
Kumpulan hak asasi di Indonesia membantah tindakan polis menempatkan seorang pondan di dalam sebuah penjara lelaki yang disifatkan sebagai diskriminasi.
Pondan tersebut, Millen Cyrus atau nama sebenarnya Muhammad Millendaru Prakasa Samudro ditahan bersama rakan lelaki di Jakarta pada hujung minggu lalu kerana disyaki memiliki dadah.
Menurut laporan media tempatan, dia yang juga personaliti media sosial berharap akan dipindahkan dari penjara lelaki.
Iya, Millen yang sering berpewatakan dan berpakaian wanita adalah seorang lelaki. Nama asalnya adalah Muhammad Millendaru Prakasa Samudra. Dia kemudian mengaku sebagai transgender dan memperkenalkan dirinya sebagai Millen Cyrus.
“Dia akan dimasukkan ke sel lelaki, sesuai dengan jenis jantina yang tertera pada kad pengenalannya. Kad pengenalannya menunjukkan dia lelaki,” kata pihak polis seperti diberitakan media Indonesia.
Justeru, bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini, pihak berkuasa menempatkan pondan berusia 21 tahun itu di sel bersendirian (khas).
Namun, mereka tetap menegaskan bahawa jantina Cyrus adalah lelaki berdasarkan keterangan pada kad pengenalan diri.
“Status pelaku adalah lelaki seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalannya,” kata jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus.
Melihat tindakan tersebut, kumpulan hak asasi mengatakan ia menyerlahkan cabaran yang dihadapi oleh pondan Indonesia yang mengatakan polis mendiskriminasikan identiti jantina.
Sebelumnya, sewaktu sidang media yang dibuat pihak polis, dia mengaku dirinya telah menggunakan sabu sekurang kurangnya empat kali dan mengambil minuman keras.
Dia kemudian meminta maaf kerana selama ini berbohong kepada keluarga dan netizen dengan mengatakan dirinya mengamalkan gaya hidup sihat termasuk sering bersenam untuk kekal cantik.
“Saya nak minta maaf kepada seluruh keluarga. Saya salah. Saya telah mengambil d4 dah dan juga meminum alkohol.
“Saya sangat menyesal. Tolong jangan tiru perlakuan buruk saya. Jauhi d4 dah,” katanya dalam sidang media tersebut, semalam.
Millen ditangkap bersama seorang sahabat lelaki atas risikan dan bantuan orang awam. Bagaimanapun selepas ujian dijalankan, hanya Millen positif d4 dah, manakala sahabatnya negatif.
Lelaki berusia 21 tahun ini juga sebelum ini kerap memberikan kenyataan berbaur kontroversi termasuk mendedahkan mengenai pembedahan payu dara dan pada Jun lalu mengaku dirinya hamil.
Sumber: BH Online , CNN Indonesia
Be the first to comment