
PETALING JAYA – Seorang gadis yang pernah tular sebelum ini kerana mengalami masalah berat badan mencecah hampir 300 kilogram (kg) tampil membuat pendedahan dan tuntutan terhadap seorang jutawan kosmetik atas tuduhan teraniaya dan dimanipulasi.
Gadis itu, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Comel, 23, mendakwa dirinya seperti ditipuu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.
Menurut Wani, dia telah didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah prroduk pelangsingan badan tetapi saya perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu.
“Selepas menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Ogos 2019, saya telah didatangi pihak usahawan tersebut untuk menandatangani kontrak.
“Bagaimanapun saya tidak diberitahu dengan jelas tentang kandungan kontrak tersebut tanpa mengetahui isi kandungannya,” katanya ketika ditemui pada satu sidang akhbar sebentar tadi.
Ujarnya lagi, selepas selesai menjalani pembedahan bariatrik tersebut, segala urusan melibatkan rawatan susulan dilakukan sendiri olehnya tanpa diberikan wang pembiayaan yang dijanjikan.
Tambah gadis berasal dari Jerantut, Pahang itu, segala rekod kesihatan selepas dia menjalani pembedahan bagaimanapun dipegang pihak usahawan tersebut dan dia tidak mengetahui status serta tindakan lanjut yang perlu dilakukan.
WANI COMEL (kanan) bersama peguamnya (tengah) menunjukkan laporan polis bersama kotrak perjanjian yang diberikan seorang utawan kosmetik tanah air.
“Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan itu telah berjanji akan membantu saya dari segi kewangan.
Upah hanya bawah Rm1000
“Bagaimanapun saya tidak menerima sebarang bentuk bantuan seperti yang telah dijanjikan. Lebih menyedihkan apabila saya cuma menerima ‘upah’ kurang daripada RM1,000 selepas terlbat dengan penghasilan kandungan video tentang produk pelangsingan badan,” katanya.
Pada sidang akhbar tersebut, Wani turut memberitahu bahawa dia terpaksa membuat lapora4n polis untuk menjamin keselamata4n diri selepas didatangi wakil usahawan itu dalam keadaan mara4h dan telah mengoyakkan kontrak yang telah ditandatangani.
“Saya telah dimarahi hanya kerana telah menerima bantuan daripada pihak lain,” ujarnya.
WANI tidak dapat menahan air matanya pada sidang akhbar mendedahkan penganiayaan dan pelanggaran kontrak seorang jutawan kosmetik popular terhadao dirinya di Faroz Cafe, Taman Tun Dr Ismail hari ini.
Tampil membuka mulut, Wani yang turut ditemani peguam, Haziq Aizuddin Subhi berkata, dia ingin menuntut pamp4asan dan ha4buan yang telah dijanjikan selain ingin membatalkan kontrak yang telah ditandatangani.
“Saya mengalami kemurungan disebabkan perkara tersebut selain turut dikeca4m dan dica4ci netizen dengan tuduhan tidak berasas.
“Ada yang menggelar saya sebagai tidak kenang budi, pemalas dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata,” katanya.
Selain menuntut hak, Wani berharap pendedahan ini mampu membersihkan namanya yang dipandang sebelah mata oleh masyarakat.
Melihat di akaun instagram DS Alif nampak seperti tiada apa-apa yang berlaku. DS Alif sempat lagi memuat naik status mengenai produk terbaru nya.
Namun begitu rata-rata netizen bertubi-tubi bertanya di ruangan komen mengenai adik Wani tetapi tiada respon daripada DS Alif sendiri.
Semoga diharapkan persengketaan ini dapat diselesaikan secara baik dan aman. Juga tidak perlu sampai ke Mahkamh.
Terkini respon DS Aliff
Alhamdulillah……
Saya tunggu2 juga akhirnya hari ni berlaku…
Saya simpan segalanya dari hari pertama saya berjumpa beliau…..tunggu penjelasan saya Isnin nanti jam 2 petang… ikut hati nak jawab juga hari ni tapi x ada persediaan dari segi masa biar anda sendiri menilai.. dan kami tahu siapakah punca perkara ini
Saya akan menjawab semua persoalan dengan segala maklumat yg ada dalam perjanjian…tidak separuh- separuh seperti yang dibaca….dengar boleh tpi pastikan dengar dua2 side?
Jangan pernah melupakan mereka yang peduli dengan kamu ketika kamu susah,serta jangan melupakan orang yang sudah membantumu bahkan ketika kamu tiada yang mahu membantu”
Artikel Olahan RJ/Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment