
Gadis yang mempunyai masalah obesiti, Wani Chomel dimasukkan ke Hospital Putrajaya sekitar jam 9 pagi tadi akibat kesukaran bernafas.
Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas, sakit perut dan muntah teruk.
Wakil Wani yang dikenali sebagai Aishah ketika dihubungi berkata, gadis tersebut kini di bawah pemantauan doktor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman di paru-paru.
“Wani terus dikejarkan ke bahagian kecemasan sebaik tiba di hospital. Wani mengadu sakit perut sejak malam tadi dan dia mengalami muntah teruk.
“Pagi tadi dia kata sesak nafas dan kami terus bawa ke hospital. Saya teman Wani di sejak jam 9 pagi tadi dan sudah berjumpa dengan doktor yang merawat Wani.
“Beliau mengesahkan paru-paru Wani terkena jangkitan kuman. Wani akan ditahan di wad untuk rawatan lanjut dan menjalani pemeriksaan terperinci termasuk di bahagian perut.
“Doktor bimbang jika ada jangkita kuman di bahagian tersebut kerana tidak ada rawatan susulan selepas pembedahan dilakukan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu Aishah memohon orang ramai mendoakan kesihatan Wani dan berharap agar gadis comel tersebut pulih seperti sediakala.
“Ibu Wani di kampung pun kurang sihat, doakan Wani ya supaya dia pulih dan sihat,” katanya.
Terdahulu Wani bersama pasukan Gempur mengadakan sidang media mendakwa dianiaya pengasas kosmetik.
Wani mendakwa berasa tertipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.
Sementara itu,
ISTERI kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahidah mengambil iktibar atas pelbagai isu dan kontroversi yang timbul membabitkan suaminya sebelum ini.
Menurut Shahidah, apa yang berlaku berpunca daripada sikap mereka yang terlalu baik dan mudah mempercayai orang luar.
Meskipun berdepan dengan pelbagai isu panas, Shahidah berkata mereka menerima dugaan itu dengan hati terbuka dan menganggap ia ujian dari Allah.
“Sebenarnya saya belajar apa yang jadi… bila kita terlalu dekat dan baik dengan orang, itulah modal mereka nak tik4m belakang.
“Saya anggap ujian ini adalah Allah nak uji saya untuk dekat dengannya, Allah uji tanda sayang!” katanya membalas komen salah serang pengikut di laman Instagram.
Shahidah jawab komen seorang pengikut.
Dalam komen tersebut, netizen meminta Shahidah lebih berhati-hati sebelum menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana pihak.
“Semoga dipermudahkan urusan Datuk dan Datin. Tolong jangan jadi baik sangat lepas ni… sedih tengok lepas satu-satu,” tulis pengikut itu.
Sebelum ini, nama Aliff Syukri tidak pernah sunyi daripada kntroversi dan pelbagai isu hangat.
Terbaharu, seorang gadis dikenali sebagai Wani Comel yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.
Shahidah sentiasa berada di belakang suami berdepan ujian dan dugaan.
Dalam sidang media pada Jumaat, Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.
Aliff Syukri dalam kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram menganggap tuduhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk merosakkan nama baiknya.
Pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn. Bhd ini turut mempersoalkan tindakan Wani yang mengungkit semula isu yang sudah setahun berlalu.
Difahamkan satu sidang media akan diadakan oleh usahawan kosmetik itu pada Isnin ini.
Aliff Syukri buat sidang media khas.
Selepas Wani Chomel buat sidang media khas Jumaat lepas, DS Aliff Syukri jelaskan sesuatu dengan bukti2 video. Wani Comel ada beritahu dia tidak ambil produk DS Aliff cuma hanya depan kamera sahaja.
Pihak DS Aliff Syukri juga jelaskan Wani Chomel boleh berjalan sebab pembedahan dan rawatan fisio. DS Aliff juga sediakan `coach` khusus untuk Wani Chomel sepanjang di bawah penjagaannya di Sugeh Resort. Kos yang ditanggung juga bukan sedikit. Sedangkan kos pembedahan bariatrik mencecah RM60 ribu.
Sumber gempak/rj
Be the first to comment