Aksi mesra Zetty, Lan Solo selepas persembahan ‘Vokal Mania’ dik3cam tak manis. Sekali dia bagitahu perkara sebenar

VIDEO yang memperlihatkan aksi mesra penyanyi Lan Solo berpelukan dengan peserta rookie program Vokal Mania iaitu Zetty Rashid mengundang kritikan netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen menyifatkan aksi mesra Lan dan Zetty yang ditunjukkan di laman sosial itu sebagai tidak manis.

Bagaimanapun, Zetty, 26, menegaskan penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela itu sememangnya abangnya namun enggan berkongsi lebih lanjut kerana beranggapan ia sesuatu yang terlalu privasi.

Zetty menjelaskan Lan adalah abangnya.

“Setakat ini, apa yang saya boleh jelaskan kami memang abang dan adik. Tapi saya tak boleh nak bercerita lebih lanjut lagi mengenai hubungan kami.

“Bukan saya tak nak kongsikan tapi ada benda yang melibatkan keluarga ini perlu disimpan dan menjadi privasi antara kami.

“Untuk saya dan abang Lan, kami tak ada masalah atau isu yang besar. Biarlah orang luar tahu dia abang saya dan saya adik dia,” kata Zetty kepada mStar.

Sebenarnya saya dan abang Lan dah dapat agak netizen mesti akan buat spekulasi.

Video dan beberapa foto yang dimuat naik Zetty dan Lan berpelukan di Instagram masing-masing mendapat perhatian netizen yang keliru dengan hubungan mereka.

Aksi tersebut dirakam selepas mereka selesai membuat persembahan di pentas Vokal Mania yang berlangsung pada malam, Ahad.

Dalam pada itu, Zetty yang juga seorang penyanyi memberitahu dia dan Lan sudah menjangkakan netizen akan membuat spekulasi terhadap mereka.

Menurut penyanyi lagu Terpulanglah ini, isteri kepada Lan iaitu Nur Sheila Hassim juga sudah mengetahui hubungan mereka berdua sebelum menjadi isteri penyanyi itu lagi.

Zetty memberitahu isteri Lan turut mengetahui hubungan mereka berdua.

“Sebenarnya saya dan abang Lan dah dapat agak netizen mesti akan buat spekulasi. Tapi tak apa, kami tak kisah sekiranya mereka nak fikir yang bukan-bukan.

“Sebab kalau kita jelaskan pun, mereka tetap akan persoalkan semula dan ada saja yang tak kena. Tapi sebenarnya kalau kaji betul-betul, mesti kenal kami adik-beradik.

“Ada yang memang kenal saya, mereka tak bercakap apa-apa sebab tahu pertalian kami. Malah, isteri abang Lan pun tahu siapa saya sebelum mereka berkahwin,” ujarnya.

“Saya tahu niat dia” – Zetty (Mentor) berang kenalan hantar bukti kek4sih ciu-m wanita lain

PENYANYI Zetty Rashid mendedahkan ada pihak cuba merosakkan hubungannya dengan teman lelakinya, Nemo yang juga vokalis kumpulan Cherpen Band.

Menurut Zetty, 26, individu tersebut yang merupakan kenalannya secara tiba-tiba menghantar foto kekasihnya itu seakan sedang bercumbu dengan wanita lain kepadanya bagi membuktikan Nemo curang terhadapnya.

“Saya tahu niat dia yang memang sengaja nak menghantar foto itu kepada saya. Yang saya geram, dia bukanlah kenalan rapat saya pun.

“Tapi sibuk nak masuk campur urusan orang lain. Sudah la tak tahu apa-apa, kemudian sebarkan benda yang tidak sahih untuk memburukkan lagi keadaan.

Zetty memuat naik paparan skrin mesej yang mendakwa kekasihnya berciu-m dengan wanita lain.

“Sebab itu saya terpaksa muat naik paparan skrin mesej yang dihantar sebab geram dengan perangai dia seperti ‘makcik bawang’,” kata Zetty kepada mStar Online.

Zetty diminta mengulas mengenai paparan skrin mesej yang memperlihatkan seseorang menghantar foto mendakwa kekasihnya bercium dengan wanita lain di laman sosialnya.

Dalam pada itu, Zetty memberitahu dia sebenarnya sudah mengetahui berkenaan foto tersebut sejak beberapa hari lalu menerusi rakan baiknya.

Kata Zetty, dia juga mengakui berlaku salah faham antaranya dengan Nemo disebabkan foto tersebut namun isu sudah diselesaikan dengan baik.

Zetty dan Nemo bercinta sejak setahun lalu.

“Sebenarnya saya dah tengok foto tersebut beberapa hari lalu. Ada rakan baik saya beritahu mengenai foto itu sudah tersebar.

“Dan disebabkan itu juga, ada berlaku salah faham antara saya dan Nemo. Tapi kami sudah selesaikan masalah itu.

“Bagi saya, lebih mudah sekiranya Nemo sendiri yang jelaskan mengenai perkara itu kepada umum,” ujarnya.

Anak didik penyanyi Lan Typewriter dalam program Mentor Milenia 2016 ini dan Nemo mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun yang lalu.

Be the first to comment on "Aksi mesra Zetty, Lan Solo selepas persembahan ‘Vokal Mania’ dik3cam tak manis. Sekali dia bagitahu perkara sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*