PENJUAL BUNDLE INI MENITIS AIR MATA BILA ADA SEORANG INI BORONG SEMUA BARANG. RUPANYA INI SEBAB SEBENAR KENAPA AIR MATA PENJUAL BUNDLE INI MENGALIR (VIDEO)

Tahun 2020 ini arena jualan bundle memang semakin berkembang. Jualan bundle atau dalam nama lain jualan pakaian terpakai ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

Video berada di bawah artikel

Walaupun bunyinya pakaian terpakai tetapi jangan salah sangka kerana ada baju bundle yang boleh mencecah ribuan ribu ringgit.

Tetapi bukan semulah pakaian bundle ini mahal, ada je yang murah sehingga murah rm2 sehelai baju pun ada.

Peniaga Bundle Ini Menangis Kenapa?

Niyyar Bin Bakri, itulah nama peniaga pakaian bundle ini. Ketika sedang buat jualan secara LIVE di Facebook dia telah mengalirkan air mata. Kenapa?

Seorang individu bernama Azarinah Binti Awang jelaskan segalanya. Menurut saudari Azarinah sebab kenapa Niyyar menangis adalah ada seorang telah membeli pakaian bundle beliau dengan harga RM3 Ribu ringgit.

Jualan itu Niyyar sendiri tidak sangka. Yang lebih mengusik jiwa apabila duit hasil jualan tersebut bukan lah untuk Niyyar berjoli sakan tetapi duit itu akan dijadikan modal untuk dia pulang ke kampung Indonesia untuk menziarahi pusara kedua ibu bapa beliau.

Bundle yang terjual itu telah disimpan lama dan tidak terjual dan sudah semestinya rezeki tidak salah alamat.

Kenyataan penuh Azarinah.

Rezeki itu tidak pernah salah alamat , selagi Allah berkehendak selagi itu rezekimu tidak akan berhenti mencurah2 . Allah tidak pernah tidur , Dia bersama2 Hamba-Nya setiap detik perjalanan kehidupan kita di muka bumi ini .

Niyyar Bin Bakri nda sangka barangnya jalan RM3k subuh tadi . Selama dia menjual nda pernah jalan itemnya rm3k . Dia meluah yg barang tu dia simpan dan kumpul2 sda lama , akhirnya subuh tadi tejual smua adidasnya . Dia terharu , bangga dgn dirinya .

Semua org syg sma kamu niyyar . Berusaha jak selagi mampu , jangan pernah dongakkan diri bila sda trbiasa dengan kehidupan yg mewah kelak . Sentiasa bersyukur dlm setiap rezeki yg kau dapat. Bersabar dalam setiap dugaan , Semakin ramai yg kecam semakin kuat kau kna hadapi .

Pemberani adidas subuh tadi sis Stella May Robert J Spisol . Tahniah sis dpt harga jackpot , dlm msa yg sama laku jualan si niyyar . Terbaikk , support sma support kan . Siapa lagi yg mahu support kalau bkn kta yg bantu sesama kta .

Description facebooknya buat air mata subuh nih kluar . Aku nda boleh kalau jenis yg begini lumrah kehidupannya , auto air mata jatuh .

emoga niyyar dimurahkan rezeki , di lindungi oleh-Nya , sentiasa berada di dlm golongan2 yg baik serta mulia di sisi-Nya . Kuatkan semangat , tabahkan hati . Semoga semua seller2 bundle di murahkan rezeki dunia akhirat , serta laris manis jualannya

Artikel By: AwattSyeikhh Network/epulsohor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*