Nadia Brian akui suami dah failkan penc3raian, tapi ada perkara yg dia tak akan maafkan

Sebelum ini, pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga pelakon terkenal, Nadia Brian dan suami telah mendapat liputan hangat dari media tempatan. Bukan itu sahaja, pasangan ini juga dikatakan sudah tinggal sebumbung.

Terbaru, Nadia telah membuka mulut dan mendedahkan kepada umum mengenai status hubungannya dengan suami, Muizz Nasruddin.

Dedah status hubungan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, Nadia mengesahkan bahawa suaminya telah memfailkan kes perceraian mereka di mahkamah dan masih menunggu tarikh perbicaraan. Walaupun begitu, pelakon ini tidak mendedahkan punca sebenar suaminya itu bertindak sedemikian.

Ya, dia sudah failkan perc3raian dan kini tunggu tarikh untuk kami hadir ke mahkamah. Status sekarang, pihak sana sudah failkan cuma mahkamah belum buka sebab pandemik Covid-19. Kemudian baru saja beroperasi semula pada 6 Disember lalu dan sekarang menunggu tarikh.

 

‘Saya tak akan maafkan kecuali..’

Alhamdulillah setelah memberi ruang, kini saya menjawab status saya sekarang. Doakan semuanya dipermudahkan. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah. Fitnah, kata-kata yang tak baik kepada saya dan juga kepada keluarga saya, saya tak akan maafkan kecuali datang mohon maaf kepada saya.

Sementara itu, Nadia Brian menerusi akaun Instagramnya sebelum ini berharap agar segala urusan dipermudahkan selain menegaskan dia tidak akan memaafkan orang yang melemparkan fitnah terhadap diri dan keluarga kecuali individu tersebut datang memohon maaf kepadanya.

“Dia Cu-rang Bukan Dengan Seorang, Tapi Dua Lelaki” – Suami Nadia Brian

Muizz mengatakan dia mahu sedaya upaya meny3lamatkan rumah tangganya meskipun sudah hampir tiga bulan tidak tinggal sebumbung dengan isterinya itu.

“Kami masih lagi pasangan suami isteri, cuma kami tidak tinggal sebumbung selama hampir tiga bulan.

“Saya tak pernah menghalau dia keluar dari rumah, malah, saya telah mengajaknya berkali-kali untuk kembali tinggal bersama saya, namun dia menolak dan tinggal di rumah ibunya.

“Saya cuba sedaya upaya untuk meny3lamatkan rumah tangga, namun Nadia tidak memberi kerjasama,” katanya.
Dalam pada itu, Muizz turut mendakwa isterinya itu berlaku cu-rang terhadapnya dan ia melibatkan dua orang lelaki.

“Nadia bukan berlaku curang dengan seorang, tetapi dua orang lelaki, saya ada bukti yang cukup dan saya berada di posisi yang benar,” katanya lagi.

Imbas kembali, Muizz dan Nadia mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam selepas dua tahun berkenalan.

Sumber : BH Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*