Bagi hadiah pun kotak je gempak, ingatkan telefon bimbit baru sekali isinya lain, suami tak sangka isteri menangis sebab ini

WALAUPUN sibuk dengan tuntutan tugas sehingga tengah malam, tidak bermakna hari istimewa yang dinanti-nantikan seorang isteri dilupakan oleh suaminya.

Begitulah yang dialami seorang lelaki yang sebenarnya telah merancang kejutan demi kejutan sempena hari ulang tahun isteri tersayang.

Menerusi video yang dikongsi di laman sosial, lelaki berkenaan membuat kejutan dengan menghadiahkan telefon bimbit tetapi selepas kotak dibuka, ‘isi’ di dalamnya hanyalah fon telinga dan pengecas.

Isteri yang begitu teruja membuka kotak tersebut kemudian menitiskan air mata, tanpa mengetahui hadiah sebenar telah disembunyikan di bawah katil di bilik tidur oleh suaminya.

Prank yang berupa kotak telefon yang mengandungi fon telinga dan pengecaj.

Muhammad Syahmi Azhari berkata, prank itu dirancang sempena hari ulang tahun isterinya ke-25 pada 18 Disember (Jumaat).

Lebih dikenali sebagai Syahmi, katanya, menjelang sambutan hari jadi isterinya, dia berpura-pura lupa, seolah-olah tidak mengingati tarikh istimewa tersebut.

“Sehari sebelum hari jadi isteri memang saya sibuk dengan kerja sampai lewat malam. Sepanjang minggu tu saya langsung tak sebut pasal rancangan untuk sambut hari jadi dia.

“Tapi kira-kira seminggu sebelum tu, saya terlebih dahulu belikan hadiah telefon bimbit untuk dia dan disembunyikan di bawah katil untuk buat kejutan,” katanya kepada mStar.

Hadiah sebenar yang diterima isteri.

Dalam kesibukan kerja, Syahmi yang berusia 25 tahun juga sempat membuat pesanan kek hari jadi menerusi khidmat penghantaran ke lokasi tempat dia bekerja.

“Bila saya sampai rumah kira-kira pukul 12.30 tengah malam, saya buat surprise kek hari jadi. Isteri memang tak sangka ada kejutan untuk dia. Itulah kejutan yang pertama.

“Yang kedua pula prank… bila saya bagi kotak telefon tapi tiada telefon di dalamnya. Bila saya keluarkan hadiah yang sebenar dari bawah katil, dia lagi tak sangka betul-betul hadiah telefon sampai menangis,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini.

Makan malam bersama isteri.

Menurut pemuda berasal dari Alor Setar, Kedah itu, telefon bimbit isterinya mengalami masalah sehingga banyak fungsi tidak dapat digunakan.

“Saya sendiri berkebolehan untuk membaiki telefon tapi telefon isteri ni memang tak boleh baiki kecuali tukar motherboard (papan induk) tapi kosnya mahal.

 

Isteri marah sebab telefon tu harganya mahal. Dia okay saja kalau saya beli telefon murah asalkan boleh guna macam biasa.

MUHAMMAD SYAHMI AZHARI

“Pasal hadiah, isteri sebenarnya tak marah terkena prank tapi dia marah sebab lain… isteri marah sebab telefon yang saya beli tu harganya mahal. Sedangkan dia okay saja kalau saya beli telefon murah asalkan boleh guna macam biasa,” katanya.

Syahmi yang merupakan seorang jurugambar memberitahu, sambutan ulang tahun disusuli dengan makan malam bersama isteri pada hari yang sama.

Syahmi (kiri) dan isteri mendirikan rumah tangga awal tahun ini.

“Antara masalah telefon isteri sebelum ini adalah pengimbas cap jari dan kamera. Bila kamera bermasalah, isteri tak boleh scan (imbas) kod MySejahtera dan terpaksa mendaftar secara manual kalau nak masuk mana-mana premis.

“Sekarang ni isteri dah boleh scan kod MySejahtera,” katanya yang merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) untuk memasuki premis berikutan pandemik C0vld-l9.

Video tersebut,

 

Sumber riverbed

Be the first to comment on "Bagi hadiah pun kotak je gempak, ingatkan telefon bimbit baru sekali isinya lain, suami tak sangka isteri menangis sebab ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*